backup og meta

Nak Tahu Kenapa Anda Sering Sakit Perut, Semak 6 Punca Gastrik Ini!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 2 minggu lalu

    Nak Tahu Kenapa Anda Sering Sakit Perut, Semak 6 Punca Gastrik Ini!

    Gastrik adalah sejenis keadaan kesihatan di mana berlaku keradangan pada dinding perut. Istilah yang lebih tepat bagi keadaan ini adalah gastritis. Namun, tahukah anda apa punca gastrik? 

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman, sila dapatkannya di sini.

    Punca gastrik 

    Secara umumnya, fungsi normal perut adalah untuk mengeluarkan asid (gastric juice) yang berperanan untuk mencerna makanan dan membunuh kuman mahupun bakteria yang masuk melalui mulut, ketika anda sedang makan, bernafas dan sebagainya.

    Oleh sebab itu, tahap keasidan di dalam adalah lebih tinggi berbanding bahagian lain di dalam saluran pemakanan atau usus anda. 

    Disebabkan tahap keasidan di dalam perut itu adalah tinggi, terdapat satu mekanisma akan terbentuk yang dirujuk sebagai protective mechanism.

    punca gastrik
    Antara cara merawat masalah gastrik.

    Ia berperanan untuk melindungi dan mencegah dinding perut daripada terhakis. Mekanisma ini akan menghasilkan sejenis lapisan cecair atau mukosa yang menjadi penghalang (protective layer) kepada asid daripada mengenai dinding perut.

    Jadi seandainya anda mengalami masalah gastrik angin, ia bermakna, berlaku atau terdapat sesuatu yang telah mengganggu penghasilan lapisan ini. 

    Beberapa keadaan yang boleh meningkatkan punca gastrik teruk adalah:

    1. Jangkitan bakteria

    Sejenis bakteria bernama Helicobacter pylori adalah penyebab utama bagi keadaan kesihatan ini. Bakteria ini wujud di dalam perut ramai orang tapi hanya sesetengah orang sahaja yang mengalami keradangan.

    Dikatakan daripada 10 kes gastrik, 8 daripadanya dipercayai berpunca daripada jangkitan bakteria Helicobacter pylori ini atau lebih mudah dirujuk sebagai ‘H.pylori’. Bakteria ini dikatakan boleh menjangkiti manusia melalui pengambilan makanan yang sudah tercemar. 

    1. Penggunaan ubat tahan sakit

    Ubat-ubatan seperti aspirin, ibuprofen dan naproxen berpotensi menyebabkan gastrik akut atau kronik jika diambil secara berkala atau berlebihan. Ia menyebabkan gastrik dengan menjejaskan faktor utama yang melindungi lapisan dinding perut.

    1. Peningkatan usia

    Semakin berumur, lapisan dinding perut menjadi semakin nipis. Ini meningkatkan risiko keradangan.

    1. Alkohol salah satu punca gastrik

    Pengambilan secara berlebihan boleh mendatangkan masalah gastrik angin. Ini kerana minuman beralkohol ini dipercayai mampu mendatangkan kerengsaan dan mengikis lapisan perut, sekali gus menyebabkan ia terdedah kepada asid. 

  • Stress punca gastrik
  • Gastrik angin boleh berlaku bukan sahaja disebabkan oleh tidak makan mengikut waktu yang sepatutnya, tetapi ia juga boleh berlaku sekiranya tahap tekanan yang membebani badan seseorang individu berada pada tahap yang tinggi. 

  • Autoimun
  • Punca gastrik juga mungkin boleh disebabkan oleh sistem imun badan sendiri yang menyerang lapisan perut. Keadaan ini jarang tetapi antara punca yang boleh berlaku.

    Ubat tahan sakit VS ubat gastrik

    Jika anda seorang yang kerap mengambil ubat tahan sakit daripada farmasi setiap kali mengalami sebarang rasa sakit, sila berhati-hati. Ia boleh menyebabkan keradangan dan ulser pada perut dan bahagian awal usus kecil (duodenum).

    Bagaimana gastrik berlaku?

    Ubat tahan sakit yang kita maksudkan adalah ubat anti-radang bukan steroid atau nonsteroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs).

    Antaranya termasuk aspirin, ibuprofen, naproxen dan diclofenac. Ubat-ubatan ini boleh didapati di farmasi tanpa memerlukan preskripsi daripada doktor.

    Ubat-ubatan ini adalah baik dan efektif tetapi ia boleh menyebabkan gastrik dan ulser jika digunakan selama beberapa minggu atau bulan.

    Kawal pengambilan

    punca gastrik
    Ubat untuk gastrik.

    Jika mengalami sakit yang ringan seperti terseliuh atau luka, mulakan dengan rehat dan tuam menggunakan ais atau air sejuk untuk mengurangkan bengkak dan rasa sakit. Jika ingin mengambil ubat gastrik, anda boleh gunakan panadol atau paracetamol. Dua ubat ini tidak termasuk dalam kumpulan NSAIDs dan ia adalah lebih selamat.

    Lebih bahaya lagi adalah anda mengambil NSAIDs kerana sakit perut. Jika sakit tersebut disebabkan oleh gastrik, ubat tahan sakit bukan akan mengurangkan kesakitan, tetapi bahkan memburukkan lagi keadaan. Silap haribulan, boleh berlaku pendarahan.

    Bagi kes seperti ini, mereka harus menjalani pemeriksaan berkala untuk mengesan kesan-kesan sampingan yang mungkin berlaku. Kebiasaannya, doktor akan memberikan ubat-ubatan lain bagi mengelakkan berlaku gastrik dan ulser. Ubat gastrik tersebut termasuk:

    • Perencat pam proton (PPI) – omeprazole, lansoprazole.
    • Penghalang reseptor H2 – cimetidine, ranitidine.
    • Antiasid.
    • Misoprostol.

    Ambil perhatian!

    Ubat gastrik yang disebutkan di atas ini membantu mencegah atau mengurangkan kesan NSAIDs ke atas lapisan dinding perut dengan mengimbangi fisiologi di dalam perut.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 2 minggu lalu

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan