Suplemen probiotik akan memperkenalkan bakteria baik ke dalam saluran penghadaman seseorang, yang mungkin membantu menghentikan penyebaran bakteria H. pylori.
Makan makanan yang mengandungi probiotik juga boleh memperbaiki gejala gastritis. Makanan ini termasuklah yogurt, kimchi dan juga kombucha.
#2. Ubat gastrik paling berkesan: Minyak pati
Minyak pati yang boleh memberi kesan positif terhadap gejala gastritis termasuklah minyak pati pudina, halia dan cengkih.
Anda boleh menggunakan minyak ini melalui penggunaan peresap (diffuser) atau bertanya kepada doktor tentang cara menggunakannya dengan selamat untuk membantu melegakan gastrik.
#3. Ubat gastrik angin paling berkesan: Suplemen ekstrak bawang putih

Sesetengah kajian mencadangkan bahawa ekstrak bawang putih boleh membantu mengurangkan gejala gastritis yang disebabkan oleh bakteria H. pylori.
Anda boleh mencincang bawang putih mentah dan memakannya di rumah.
Jika anda tidak menyukai rasa bawang putih mentah yang agak kuat, anda boleh mencincangnya dan makan bersama sesudu mentega kacang atau membalutnya dengan kurma.
Rasa mentega kacang atau kurma akan membantu menutupi rasa bawang putih.
#4. Minum teh hijau dan madu Manuka
Teh hijau juga boleh menjadi ubat gastrik paling berkesan yang boleh anda amalkan.
Satu kajian menunjukkan bahawa, minum teh hijau atau teh hitam sekurang-kurangnya sekali seminggu boleh mengurangkan kehadiran bakteria H. pylori dalam saluran pencernaan dengan ketara.
Madu Manuka juga mungkin bermanfaat untuk anda.
Ini kerana ia mengandungi sifat antibakteria yang membantu melawan jangkitan. Lebih elok jika anda mencampurkan madu Manuka bersama-sama teh anda.
#5. Elakkan makanan pencetus gastritis
Gastritis merujuk kepada keradangan lapisan perut. Oleh itu, pengambilan diet yang membantu mengurangkan keradangan boleh memberikan kelegaan dari masa ke masa.
Walau bagaimanapun, kajian tidak menunjukkan secara konklusif bahawa pengambilan diet tertentu boleh menyebabkan atau mencegah gastritis.

Namun begitu, anda boleh cuba mengenal pasti makanan yang mencetuskan gejala gastritis.
Menurut kajian pada tahun 2020, beberapa makanan yang boleh memburukkan keadaan gastrik termasuklah produk daging, makanan bergula, makanan pedas, makanan bergoreng dan juga alkohol.
#6. Ubat gastrik paling berkesan: Berhenti merokok
Jika anda seorang perokok, anda perlu hentikan tabiat tersebut dengan segera.
Merokok boleh merosakkan lapisan perut seseorang dan meningkatkan risiko anda untuk mendapat kanser perut.
Berhenti merokok boleh mengurangkan kerengsaan pada lapisan perut dan membolehkan ia sembuh dan membantu mengurangkan gejala gastritis.
Kesimpulan
Senarai yang kami nyatakan ini merupakan antara remedi atau ubat gastrik paling berkesan untuk masalah gastrik ringan.
Jika ia berlarutan dan menjadi semakin teruk, hentikan sebarang suplemen dan berjumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen