Terdapat beberapa keadaan yang meningkatkan risiko anda untuk mengalami hepatitis toksik atau keradangan hati. Jom ketahui dengan lebih lanjut mengenai penyakit hati ini.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group
Terdapat beberapa keadaan yang meningkatkan risiko anda untuk mengalami hepatitis toksik atau keradangan hati. Jom ketahui dengan lebih lanjut mengenai penyakit hati ini.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman, sila dapatkannya di sini.
Merupakan kesan tindak balas terhadap pendedahan bahan-bahan tertentu, seperti alkohol, bahan kimia, ubatan atau suplemen.
Simptomnya boleh berkembang dalam beberapa jam atau hari. Namun, untuk kes tertentu memerlukan penggunaan berkala selama berbulan-bulan sebelum muncul gejala.
Gejala hepatitis toksik biasanya akan hilang apabila tiada lagi pendedahan kepada bahan perengsa.
Tetapi kesannya kepada hati boleh kekal mengakibatkan parut yang tidak dapat disembuhkan (sirosis). Dalam beberapa kes, boleh terjadi kegagalan hati – sehingga mengancam nyawa.
Satu-satunya rawatan untuk kegagalan hati kronik adalah melalui pemindahan hati – menggantikan hati rosak dengan yang lebih sihat daripada penderma.
Antara gejala yang boleh dialami, seperti:
Walaupun hati mempunyai keupayaan untuk pertumbuhan semula, tetapi pendedahan berterusan terhadap bahan toksik menyebabkan bahaya yang ada kalanya tidak dapat disembuhkan.
Hepatitis toksik boleh berlaku disebabkan:
Tabiat pengambilan alkohol yang banyak selama bertahun-tahun boleh mengembangkan hepatitis alkoholik – keradangan pada organ hati kerana alkohol dan boleh menyebabkan kegagalan hati.
Ubat penahan sakit tanpa preskripsi, misalnya acetaminophen, aspirin dan ibuprofen boleh merosakkan hati jika diambil dengan kerap atau bersama alkohol.
Beberapa ubatan dikaitkan dengan kecederaan hati teruk, contohnya statin – digunakan untuk merawat kolesterol tinggi, niasin dan antivirus tertentu.
Terdapat herba dan suplemen dianggap berbahaya untuk hati termasuklah lidah buaya, chaparral dan ephedra.
Pendedahan terhadap bahan kimia semasa bekerja turut meningkatkan risiko kecederaan hati.
Bahan kimia biasa yang boleh menyebabkan kerosakan hati termasuklah karbon tetraklorida pelarut cucian kering, vinil klorida dan bahan kimia industri biphenyl polychlorinated.
Baca juga:
Faktor-faktor yang boleh meningkatkan risiko hepatitis toksik termasuk:
Pengambilan ubatan tertentu yang mempunyai risiko kerosakan hati meningkatkan kecenderungan untuk mengalami keradangan hati.
Ini terutamanya jika anda memakan banyak ubat atau mengambil lebih daripada dos disyorkan.
Mempunyai gangguan serius seperti sirosis atau penyakit hati berlemak tanpa alkohol menjadikan risiko anda lebih tinggi untuk terdedah kepada kesan toksik.
Jangkitan kronik dengan virus hepatitis menjadikan hati anda lebih terdedah kepada penyakit hepatitis toksik ini.
Peningkatan usia menyebabkan fungsi hati dalam memecahkan bahan berbahaya menjadi perlahan.
Ia bermakna bahan bertoksik ini dan produk sampingannya akan kekal lebih lama dalam tubuh.
Makan ubat bersama alkohol atau suplemen herba tertentu meningkatkan risiko keracunan.
Wanita memetabolisme toksik tertentu lebih perlahan daripada lelaki.
Ia menyebabkan hati terdedah kepada kepekatan darah tinggi dengan bahan berbahaya untuk tempoh yang lama, sekali gus meningkatkan risiko keradangan hati.
Mewarisi genetik tertentu turut boleh mempengaruhi penghasilan dan tindak balas enzim hati dalam memecahkan toksik.
Individu yang mempunyai pekerjaan melibatkan penggunaan bahan kimia industri tertentu boleh mengakibatkan risiko mendapat hepatitis toksik ini.
Sukar untuk mencegah hepatitis toksik kerana anda tidak dapat menentukan reaksi tubuh terhadap pengambilan ubat tertentu.
Tetapi risikonya boleh dikurangkan dengan:
Memakan ubat preskripsi seperti disarankan walaupun gejala tidak bertambah baik. Manakala anda hanya boleh mengambil ubat bukan preskripsi apabila benar-benar memerlukannya.
Pilihlah kaedah semula jadi untuk mengatasi masalah biasa seperti tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi dan sakit artritis.
Jangan mudah menganggap produk semula jadi tidak menyebabkan bahaya. Sebaiknya rujuk pakar sebelum mula mengambil sebarang herba atau suplemen.
Alkohol dan ubat-ubatan adalah kombinasi yang tidak elok.
Jika anda mengambil acetaminophen, elakkan pengambilan minuman beralkohol.
Tanyakan doktor atau ahli farmasi mengenai interaksi antara alkohol dan ubat preskripsi dan bukan preskripsi yang anda ambil untuk keselamatan.
Jika pekerjaan anda berkaitan dengan penggunaan bahan kimia berbahaya, lakukan semua langkah berjaga-jaga yang diperlukan untuk melindungi diri.
Jika bersentuhan dengan bahan berbahaya, ikuti panduan di tempat kerja anda atau hubungi talian kecemasan untuk bantuan.
Hindari daripada meletakkan sebarang ubat atau suplemen di tempat yang mudah dicapai kanak-kanak.
Ini penting untuk mengelakkan risiko mereka memakannya secara tidak sengaja!
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen