backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Selain Gunakan Ubat Farmasi, Ada 7 Lagi Cara Efektif Hilangkan Ulser Lidah Tradisional!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 02/01/2024

    Selain Gunakan Ubat Farmasi, Ada 7 Lagi Cara Efektif Hilangkan Ulser Lidah Tradisional!

    Tidak cukup di bibir atau gusi, masalah yang popular dengan nama ‘mata ikan’ ini muncul pula di lidah. Ya, kondisi ini memang rasa sakit dan tidak selesa! Persoalannya, apa ubat ulser lidah paling mujarab yang anda boleh gunakan tidak kira moden atau tradisional?

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Mulut, anda boleh klik di sini.

    Apa maksud, punca dan kesan ulser lidah?

    Untuk pengetahuan anda semua, ulser adalah kondisi munculnya tompok atau bintik berbentuk bulat dan berwarna putih di atas permukaan organ akibat kesan luka terbuka yang tidak dirawat.

    Kondisi ini boleh terjadi di mana-mana anggota badan termasuk kulit, perut, usus dan banyak lagi tetapi mungkin lebih sering berlaku pada bahagian oral terutama bibir, gusi dan lidah anda.

    Terdapat beberapa penyebab ulser lidah, berikut adalah antara yang utama:

    • Kecederaan lidah yang tidak dirawat
    • Infeksi kuman
    • Produk mulut
    • Individu kurang minum air kosong
    • Gejala penyakit sistem imunisasi
    • Simptom penyakit jangkitan kelamin
    • Kanser lidah
    ubat ulser lidah
    Ulser lidah itu petanda awal kanser?

    Kebiasaannya, masalah ini mungkin datang dan pergi dengan sendiri walaupun tanpa sebarang ubatan atau rawatan tetapi wujud juga risiko kemunculan ulser itu adalah petanda penyakit kronik seperti kanser!

    Sekiranya anda yakin ia hanya mata ikan yang biasa, anda boleh cuba merawatnya di rumah sahaja dengan penggunaan ubat ulser lidah di farmasi atau bahan-bahan tradisional dari dapur.

    Cara hilangkan ulser di lidah moden @ tradisional!

    Kondisi ini bukan sahaja boleh menyebabkan kesakitan bahkan kesukaran untuk menelan air liur, makanan dan minuman. Jadi, adalah penting untuk anda merawat sebelum ia lebih melarat.

    Tidak perlu pening kepala lagi, berikut beberapa ubat ulser lidah yang kalian boleh cuba di rumah:

    #1. Ubat ulser lidah versi moden

    Pertama, anda mesti cuba ubat topikal dalam bentuk krim atau gel yang boleh ditemui di farmasi, klinik atau pasar raya. Cara untuk menggunakan ubat ini juga cukup mudah yakni disapukan dan dibiarkan seketika, ulang beberapa kali sehari sehingga ulser mula hilang.

    #2. Ubat ulser lidah versi tradisional

    Sebagai alternatif, anda juga boleh cuba ubat sapu dalam bentuk serbuk yang amat popular dalam kalangan masyarakat Cina sejak zaman dahulu lagi. Menggunakan serbuk yang diperbuat daripada bahan semula jadi seperti buah tembikai, ia boleh membantu merawat kondisi ulser.

    ubat ulser lidah
    Ulser lidah yang menyakitkan.

    #3. Kumur mulut dengan air garam

    Merupakan cara yang paling menakutkan dan menyeksakan, ramai percaya jika kumur air garam boleh membantu merawat mata ikan. Hakikatnya, cara popular ini mungkin benar boleh menjadi antara ubat ulser lidah.

    Ini kerana garam itu sendiri memiliki sifat antiseptik yang membuat saiz ulser menjadi lebih kecil atau terus menutup kesan luka. Namun, kaedah ini sudah pasti akan memedihkan mulut anda.

    Cara hilangkan ulser lidah #4. Madu

    Madu memang terkenal sebagai ubat tradisional terutama jika ia melibatkan masalah kulit. Kalian boleh cuba menyapukan ia di ulser lidah kerana ia mempunyai sifat antioksidan yang tinggi.

    Apa yang mungkin menarik, ia sedap untuk ditelan dan dimakan selain tidak membawa rasa pedih.

    Cara hilangkan ulser lidah #5. Mentega

    Mentega juga bagus dijadikan sebagai alternatif untuk membantu merawat mata ikan dengan cara yang sama seperti garam di mana ia boleh menyebabkan kebas pada ulser sekali gus mengurangkan rasa sakit.

    Namun, adalah lebih baik untuk anda memanaskan mentega terlebih dahulu bagi memaksimumkan hasilnya.

    #6. Soda penaik juga boleh membantu?

    ubat ulser lidah
    Serbuk penaik juga boleh membantu merawat ulser.

    Selain mengambil makanan untuk ulser lidah di atas, ada juga bahan dapur yang mungkin boleh membantu!

    Bahan yang penting untuk memasak atau membakar kek ini dipercayai mampu menyeimbangkan tahap keasidan dan mengurangkan masalah keradangan sekali gus boleh menyembuhkan kondisi mata ikan atau ulser pada lidah dan tempat lain di bahagian oral.

    #7. Minum lebih banyak air kosong

    Sudah terang lagi bersuluh, masalah ulser akan lebih mudah terjadi jika mulut anda terlalu kering atau dehidrasi. Jadi, ubat ulser lidah yang paling utama tentu sahaja minum banyak air kosong.

    Selain air kosong, air kelapa juga bagus kerana ia bukan sahaja akan menghidratkan bahkan tinggi komponen antimikroba yang boleh menghapuskan mikrob penyebab masalah itu dari awal lagi.

    Konklusinya, anda boleh cuba pelbagai ubat ulser lidah sama ada moden atau tradisional dalam usaha untuk mencuba merawat masalah ulser di lidah atau bahagian oral yang lain. Apa yang penting, pastikan anda dapatkan informasi dan nasihat daripada doktor terlebih dahulu ya?

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 02/01/2024

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan