5 Punca Sakit Tekak Yang Anda TAKKAN Percaya, Ada Yang Wajib Jumpa Doktor!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 09/09/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Sakit tekak adalah salah satu simptom paling lazim di dunia, lalu menyebabkan lebih 13 juta kedatangan ke klinik setiap tahunJika anda salah seorang yang mengalami sakit tekak kini, jangan risau, ketahui petua hilangkan sakit tekak dan ubat sakit tekak yang efektif dari artikel ini.

Apa simptom dan tanda sakit tekak?

Sakit tekak atau sore throat merujuk kepada rasa sakit, kering dan gatal pada bahagian tekak yang boleh disebabkan oleh beberapa perkara. 

Setiap individu boleh mengalami keadaan ini. Sakit tekak tidak semestinya berlaku di bahagian tekak sahaja. Sebaliknya, keradangan boleh berlaku di mana-mana struktur dalam rongga tekak. 

Ini simptom sakit tekak yang wajar disemak:

  1. Rasa terbakar
  2. Rasa sakit di bahagian tekak ketika bercakap
  3. Rasa sakit tekak ketika menelan sesuatu
  4. Pembukaan mulut yang terhad
  5. Pertuturan terganggu
  6. Sakit di bahagian tekak ketika menguap
  7. Tekak kelihatan merah 
  8. Berdengkur dan sukar bernafas
  9. Tonsil menjadi bengkak

Kadangkala, terdapat juga tompok putih dan nanah pada bahagian tonsil. Tompok ini lazimnya disebabkan oleh bakteria spesies Streptococcus sp kumpulan A. Bergantung pada puncanya, sakit tekak juga boleh disertai dengan simptom lain seperti:

  • Hidung tersumbat dan berair
  • Kerap bersin
  • Batuk berkahak
  • Demam
  • Menggigil
  • Kelenjar membengkak di bahagian leher
  • Suara jadi serak
  • Sakit-sakit badan (sendi dan otot)
  • Kurang selera makan
  • Sakit kepala dan telinga

Apa punca sakit tekak yang dialami oleh anda?

Seperti yang disebut di atas, kesakitan boleh terjadi apabila berlakunya keradangan pada mana-mana struktur dalam rongga tekak seperti:

  • Faringitis: keradangan farinks; struktur di belakang mulut dan kaviti hidung
  • Tonsilitis: keradangan dan kemerahan tisu tonsil
  • Laringitis: keradangan dan kemerahan pada kotak suara atau larinks

Akan tetapi, sebenarnya, kebanyakan sakit tekak disebabkan oleh dan juga faktor persekitaran seperti pencemaran udara. Ini penjelasannya:

#1 Jangkitan virus

Sekitar 90% daripada sakit tekak adalah disebabkan oleh jangkitan virus. Ini antara virus yang kerap menyebabkan sakit tekak:

  • Influenza: Penyebab kepada flu
  • Virus Epstein-Barr (EBV): Penyebab kepada penyakit infectious mononucleosis yang disebarkan melalui air liur
  • Virus measles: Penyebab kepada demam campak 
  • Virus Varicella Zoster: Penyebab penyakit chickenpox
  • Virus beguk (mumps) – Boleh menyebabkan kelenjar air liur di leher bengkak

#2 Strep throat dan jangkitan bakteria

Terdapat sejenis sakit tekak yang berpunca dari jangkitan bakteria – iaitu Strep throat. Jangkitan ini menyebabkan 40% daripada keseluruhan kes sakit tekak dalam kalangan kanak-kanak. 

Ada juga jangkitan tekak yang sebenarnya disebarkan melalui hubungan seks! Antara jangkitan kelamin (STIs) yang boleh menyebabkan keradangan tekak adalah gonorrhea dan juga chlamydia

Penyebaran bakteria ini boleh berlaku melalui seks oral. 

#3 Alahan

Apabila sistem imun badan terdedah kepada alergen tertentu seperti debunga, daun, bulu binatang, ia akan merembeskan beberapa bahan kimia yang mencetuskan keradangan saluran pernafasan. 

Ini boleh mendorong kepada hidung tersumbat, mata berair, bersin dan juga kerengsaan tekak.

Selain itu, terdapat juga keadaan di mana cecair mukus boleh menitis ke bahagian belakang tekak. Keadaan ini dikenali sebagai postnasal drip dan ia boleh menyebabkan ketidakselesaan tekak.

#4 Faktor udara

Menghirup udara kering boleh menyebabkan hilangnya kelembapan pada bahagian tekak dan saluran pernafasan atas. 

Ini akan mengakibatkan rasa kering dan gatal pada tekak. Selain faktor kelembapan udara, sakit tekak juga boleh terjadi kerana-bahan pencemar dalam udara. Ini termasuklah:

  • Asap rokok
  • Jerebu
  • Bahan kimia mudah meruap yang digunakan untuk proses kimia dan pembersihan
  • Asap kenderaan 

#5 Penyakit refluks asid 

Penyakit refluks asid atau lebih dikenali sebagai gastroesophageal reflux disease (GERD), adalah keadaan di mana asid dalam perut naik semula ke bahagian esofagus. 

Asid tidak sepatutnya berada dalam saluran esofagus. Oleh itu, apabila berlakunya refluks asid, ia akan menyebabkan rasa terbakar, sakit dan juga keradangan di bahagian tekak. 

Selain itu, ia juga boleh menyebabkan rasa pedih ulu hati.

Siapa yang lebih cenderung untuk menghidap sakit tekak?

Walaupun semua individu berisiko menghidap sakit tekak, terdapat sesetengah golongan tertentu yang lebih cenderung menghidapnya. Antara golongan tersebut adalah:

  • Kanak-kanak atau sistem imun yang lemah
  • Individu yang tinggal di tempat ramai atau ruang sempit seperti bilik darjah, hospital, atau pejabat
  • Terdedah kepada asap rokok (juga dipanggil perokok pasif)
  • Alahan kepada habuk, haiwan bulu atau debunga
  • Rinitis kronik atau biasanya mempunyai rinitis

Bila seseorang itu perlu berjumpa dengan doktor?

Lazimnya, sakit tekak akan reda dengan sendiri setelah beberapa hari. Namun, terdapat beberapa keadaan yang memerlukan anda terus berjumpa doktor!

Antaranya:

  • Penyakit yang berlanjutan melebihi tempoh 7 hari
  • Sakit semasa bercakap, bernafas atau masalah membuka mulut
  • Sakit kerongkong dengan sakit di dalam sendi temporomandibular, atau sakit telinga
  • Sakit tekak dengan gatal-gatal atau demam di atas 38 darjah Celsius
  • Darah dalam air liur, atau kahak
  • Kekeringan melebihi 2 minggu
  • Sakit tekak yang terlalu perit
  • Sakit sendi-sendi badan
  • Sakit leher atau leher menjadi kaku

Jika doktor mengesyaki anda menghidap Strep throat, mereka akan membuat kultur sampel tekak bagi mengesahkan jangkitan bakteria Streptococcus

Ujian darah akan dilakukan jika doktor mengesyaki anda ada penyakit lain seperti demam kelenjar.

*Artikel di atas telah ditaja dan ditulis untuk iNova Pharmaceuticals (Singapore) Pte Limited Malaysian Branch

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

NyQuil Cold & Flu Nighttime

Kenali apa itu NyQuil Cold & Flu Nighttime. Bagaimanakah penggunaan, dos yang disyorkan serta langkah berjaga-jaga.

Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Lion Grunenberg
Ubat/Herba A-Z, Ubat A-Z 31/05/2018 . 4 minit bacaan

Umcka

Kenali apa itu Umcka . Bagaimanakah penggunaan, dos yang disyorkan serta langkah berjaga-jaga.

Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Akalili Sukor
Ubat/Herba A-Z, Ubat A-Z 23/05/2018 . 3 minit bacaan

Phenol

Ketahui mengenai %%title%% di %%sitename%%, termasuk kaeadah penggunaan, kesan sampingan, dan tindak balasnya.

Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Helma Hassan
Ubat/Herba A-Z, Ubat A-Z 17/05/2018 . 4 minit bacaan

Chloraseptic

Ketahui mengenai %%title%% di %%sitename%%, termasuk kaeadah penggunaan, kesan sampingan, dan tindak balasnya.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Zofir Wajdi
Ubat/Herba A-Z, Ubat A-Z 13/04/2018 . 1 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

ubat sakit tekak

Siapa Yang Ada Masa Untuk Sakit Tekak? Selain Lozeng, Ini 5 Ramuan Boleh Cuba!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 03/08/2020 . 3 minit bacaan
cara hilangkan sakit tekak

Sakit Tekak Ketika Menelan? Cuba 16 Cara Hilangkan Sakit Tekak Yang Paling BERKESAN Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Nurul Nazrah
Diterbitkan pada 29/02/2020 . 5 minit bacaan
tekak bengkak

Selalu Sakit Tekak Bila Nak Menelan, Cuba 8 Penawar Ini Yang Ada Di Dapur Rumah Anda!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Ayu
Diterbitkan pada 29/02/2020 . 3 minit bacaan
NyQuil

NyQuil

Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Lion Grunenberg
Diterbitkan pada 31/05/2018 . 4 minit bacaan