Sedang mencari petua hilangkan beguk? Kalau ikut orang tua dulu-dulu, mereka akan sarankan untuk guna nila. Tapi berkesankah?
Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group
Sedang mencari petua hilangkan beguk? Kalau ikut orang tua dulu-dulu, mereka akan sarankan untuk guna nila. Tapi berkesankah?
Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Penyakit Berjangkit, anda boleh klik di sini.
Masyarakat Malaysia kaya dengan amalan turun-temurun dan rawatan tradisional yang diwarisi daripada nenek moyang. Tidak terkecuali juga pelbagai jenis pantang larang yang ada.
Semua petua dan pantang larang ini terhasil daripada pengalaman mereka dalam menghadapi keadaan-keadaan tertentu, seperti menggunakan nila sebagai salah satu antara petua hilangkan beguk di rumah.
Sebahagian daripadanya adalah bagus dan berkesan, sebahagian yang lain pula kadangkala bertentangan dengan ilmu moden dan mungkin boleh mendatangkan bahaya.
Namun, semuanya bertujuan baik untuk melindungi anak-anak mereka daripada perkara yang tidak diingini, meskipun tidak semuanya adalah tepat.
Jika dahulu, asalkan dapat beguk, tentu emak, ayah atau nenek akan sapukan nila. Katanya, itu akan mempercepatkan proses sembuh.
Tidak pasti daripada mana datangnya petua ini, tetapi sebenarnya tiada kaitan yang dapat dihubungkan antara nila dan beguk.
Ada yang mendakwa bahawa beguk disebabkan oleh kekurangan iodin. Maka, nila akan membantu menyelesaikan masalah itu.
Hakikatnya, sudahlah nila itu tidak mengandungi iodin, beguk sendiri pun tidak ada kaitan dengan kandungan iodin di dalam badan.
Beguk disebabkan oleh jangkitan virus beguk atau mumps virus yang menjejaskan kelenjar parotid, iaitu sejenis kelenjar terletak di bahagian pipi di bawah dan hadapan kedua-dua belah telinga.
Jangkitan virus ini menyebabkan kelenjar parotid bengkak, sama ada melibatkan satu atau kedua-dua kelenjar.
Secara amnya, ia adalah sejenis jangkitan, bukannya kekurangan zat atau mana-mana nutrisi di dalam badan.
Tiada ubat atau rawatan khusus bagi beguk. Hanya vaksin sahaja cara terbaik untuk menguruskan penyakit ini.
Selain itu, apa yang boleh dilakukan adalah mengurangkan simptom yang dialami oleh pesakit. Ini termasuk:
Perlu diingat bahawa antibiotik bukanlah sebahagian daripada rawatan bagi jangkitan virus. Oleh itu, jangan ambil sebarang jenis antibiotik untuk penyakit virus termasuk beguk.
Sudahlah tidak berkesan, ada kemungkinan juga anda akan mendapat kesan sampingan. Lebih baik anda sapu sahaja nila sebagai petua menghilangkan beguk! Fikir-fikirkan!
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen