backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Info Lengkap Tentang Chlamydia Yang Perlu Anda Tahu

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 29/12/2020

Info Lengkap Tentang Chlamydia Yang Perlu Anda Tahu

Chlamydia merupakan salah satu sakit kelamin yang lazim di Malaysia. 

Penyakit yang berjangkit melalui seks ini berlaku disebabkan oleh jangkitan bakteria yang dikenali sebagai Chlamydia trachomatis.

Salah satu tanda penyakit chlamydia ialah keluarnya cecair atau lendiran yang tidak normal daripada faraj ataupun zakar. 

Chlamydia perlu dirawat dengan serta-merta untuk elakkan komplikasi yang lebih teruk seperti penyakit radang pelvis (pelvis inflammatory disease).

Tambahan lagi, kebanyakan mereka yang dijangkiti chlamydia tidak menunjukkan sebarang simptom (asymptomatic). Oleh sebab itu, ramai pesakit chlamydia berpotensi menyebarkan penyakit ini kepada orang lain tanpa sedar.

Chlamydia selalunya berlaku kepada wanita muda. Namun, ia boleh menjangkiti sesiapa sahaja tidak kiralah jantina ataupun umur.

Punca sakit kelamin chlamydia

Sakit kelamin chlamydia berlaku apabila seseorang melakukan hubungan seks melalui vagina, dubur atau secara oral tanpa sebarang perlindungan

Jangkitan pula terjadi apabila membran mukus bersentuhan dengan cecair yang telah dijangkiti. Cecair ini boleh berasal daripada air mani, vagina ataupun dubur seseorang ketika melakukan hubungan seks.

Kebanyakan transmisi penyakit ini berlaku melalui hubungan seks.

penyakit kelamin

Walau bagaimanapun, ibu yang mengandung dan telah dijangkiti chlamidia boleh menurunkan penyakit ini kepada anak mereka ketika bersalin.

Malah, chlamydia juga boleh meningkatkan risiko bayi pramatang dan juga keguguran.

Selain itu, penyakit ini juga boleh menyebabkan penyakit konjunktivitis jika organ mata bersentuhan dengan cecair yang dijangkiti chlamydia.

Simptom sakit kelamin chlamydia

Simptom sakit kelamin ini mungkin berbeza bagi lelaki dan perempuan disebabkan perbezaan pada sistem reproduktif.

Simptom chlamydia untuk lelaki:

  • Keluar cecair luar biasa dan berbau busuk daripada zakar.
  • Sakit atau pedih ketika membuang air kecil.
  • Kerap membuang air kecil.
  • Sakit pada kawasan testikel.
  • Simptom chlamydia untuk wanita:

    1. Keluar cecair yang luar biasa dan berbau busuk daripada vagina.
    2. Sakit ketika melakukan hubungan seks.
    3. Sakit pada kawasan abdomen.
    4. Pedih ketika membuang air kecil.
    5. Pendarahan antara 2 haid.
    6. Sakit pada bahagian belakang badan.

    Untuk sesetengah individu, jangkitan chlamydia boleh merebak hingga ke bahagian tiub falopio. Ini akan menyebabkan penyakit radang pelvis yang boleh menyebabkan kemandulan.

    Lelaki dan wanita juga boleh dijangkiti chlamydia secara oral. Selalunya, ia tidak akan menimbulkan apa-apa simptom, namun kadangkala jangkitan boleh menyebabkan:

    1. Batuk.
    2. Demam.
    3. Sakit tekak.

    Mereka yang melakukan seks anal juga tidak terlepas daripada jangkitan chlamydia.

    Simptomnya termasuklah rasa sakit atau pendarahan pada kawasan dubur. Selain itu, jangkitan akan menyebabkan cecair yang luar biasa keluar daripada kawasan dubur pesakit.

    Individu juga boleh alami jangkitan (konjungtivitis) jika cecair yang dijangkiti masuk pada kawasan mata. Antara tanda-tanda konjungtivitis adalah:

    1. Mata yang kemerah-merahan.
    2. Iritasi.
    3. Bengkak.
    4. Pedih.
    5. Berair.

    std

    Bagaimana untuk kenal pasti cecair sakit kelamin yang disebabkan chlamydia?

    Simptom ini merupakan salah satu gejala lazim yang dilaporkan oleh pesakit yang menghidap chlamydia.

    Oleh sebab itu, penting untuk anda kenal pasti ciri-cirinya supaya anda mudah untuk mengenali penyakit tersebut.

    Untuk lelaki:

    Cecair yang keluar melalui zakar akibat penyakit chlamidia selalunya bersifat pekat dan berwarna putih. Namun, kadangkala cecair tersebut boleh juga berwarna coklat, hijau atau kuning.

    Selalunya, lelaki akan mengalami masalah ini 1 hingga 5 hari selepas jangkitan.

    Untuk wanita:

    Cecair yang keluar daripada vagina selalunya berwarna kuning dan berbau busuk. Ia mula muncul 1 hingga 3 hari selepas jangkitan.

    Ujian untuk sakit kelamin chlamydia

    Untuk menentukan sama ada seseorang itu mempunyai chlamydia, mereka haruslah diperiksa oleh doktor yang bertauliah.

    Ujian akan dilakukan jika pesakit ataupun pasangan mereka melaporkan sebarang simptom yang berkaitan dengan chlamydia.

    Selain itu, mereka yang mempunyai kehidupan seksual yang aktif juga disarankan untuk melakukan pemeriksaan secara berkala.

    Ujian akan dijalankan dengan cara mengambil sampel swab daripada serviks wanita, ataupun ujian urin untuk lelaki. 

    Bergantung kepada tempat jangkitan, doktor mungkin akan mengambil sampel di kawasan dubur atau tekak.

    Jika anda disahkan menghidap chlamidia, rawatan akan dilakukan serta-merta untuk mengelakkan sebarang komplikasi jangka panjang.

    Rawatan untuk sakit kelamin ini

    Individu yang dijangkiti chlamydia akan diberikan preskripsi yang mengandungi antibiotik oleh doktor. Antaranya ialah:

    • Azithromycin
    • Doxycycline
    • Erythromycin
    • Levofloxacin
    • Ofloxacin
    • Amoxicillin

    Kebanyakan jangkitan akibat chlamydia akan sembuh dalam masa dua minggu. 

    Jika anda sedang menerima rawatan untuk chlamydia, anda dinasihatkan untuk tidak melakukan sebarang aktiviti seksual.

    Masih ada risiko untuk penghidap chlamidia menjangkiti orang lain walaupun telah sembuh daripada jangkitan sebelumnya.

    Selain itu, pasangan anda juga amat digalakkan untuk melakukan ujian yang sama walaupun mereka tidak menunjukkan sebarang simptom.

    Individu yang pernah dijangkiti chlamydia boleh mengalami jangkitan yang sama pada masa hadapan.

    Pencegahan sakit kelamin

    penyakit kelamin

    Cara yang terbaik untuk mengelakkan chlamydia adalah dengan tidak melakukan apa-apa hubungan seksual.

    Selain itu, cara lain untuk mencegah chlamydia termasuklah:

    1. Menggunakan kondom.
    2. Elakkan melakukan hubungan seks dengan ramai pasangan.
    3. Jalani ujian STD dengan kerap.
    4. Pastikan pasangan anda juga tidak mempunyai sebarang STD.

    Sama seperti penyakit kelamin yang lain, chlamydia boleh dielakkan jika anda melakukan seks dengan selamat.

    Gunakan kondom atau diafragma semasa seks untuk mengelakkan sebarang jangkitan yang tidak diingini.

    Untuk wanita pula, elakkan amalan meruang. Amalan ini boleh mengurangkan jumlah bakteria baik di dalam vagina dan akan meningkatkan risiko jangkitan penyakit kelamin. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 29/12/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan