backup og meta

7 Ubat Sakit Tekak & Batuk Paling Popular 2026 — Pilihan Ramai Untuk Kelegaan Cepat

Berikut kami senaraikan beberapa produk yang mungkin bermanfaat untuk anda. Untuk makluman, kami mungkin terima sedikit komisen setiap kali anda membeli melalui link ini. Namun, jangan bimbang! Tiada sebarang caj dikenakan pada anda. Ketahui lebih lanjut tentang proses pemasaran kami di sini.

Masalah sakit tekak, batuk serta kahak memerlukan kelegaan dengan kadar segera kerana ia akan menjejaskan aktiviti harian kalian. Bagaimana? Anda hanya perlu ambil ubat sakit tekak terbaik farmasi yang berkesan!

7 Ubat Sakit Tekak & Batuk Paling Popular 2026 — Pilihan Ramai Untuk Kelegaan Cepat

Jika anda keliru mahu pilih produk yang mana satu, berikut beberapa jenama paling bagus dan popular pada tahun ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Keadaan Telinga, Hidung & Tekak, sila klik di sini.

Jenama ubat sakit tekak terbaik farmasi!

  1. BETADINE Sore Throat Spray
  2. DifflamAB Blackcurrant Lozenge
  3. Strepsils Original Regular
  4. Linkus Lozenges with Natural Mint Flavor
  5. WOODS’ Peppermint Drops Sore Throat Relief Lozenges
  6. VITAHERB Cold & Cough Lozenges
  7. Nutriva Propolis M.E.D. Oral Spray Mouth Ulcer And Sore Throat Spray

Disebabkan kesibukan menjalani kehidupan, ramai individu mungkin tidak mempunyai kesempatan untuk berjumpa dan berbincang dengan doktor tentang masalah sakit tekak mereka lalu memilih untuk mencari lozeng di farmasi.

Sebenarnya, tiada masalah! Ada beberapa jenis lubat sakit tekak terbaik farmasi  yang popular, bagus dan berkesan seperti di bawah:

#1. BETADINE Sore Throat Spray, bantu atasi tekak rasa pedih

BETADINE Sore Throat Spray yang bertindak terus pada kawasan tekak untuk kelegaan cepat. Ia sesuai digunakan apabila tekak terasa sangat tidak selesa.

Spray ini juga praktikal dan mudah digunakan, terutama bagi mereka yang sukar mengambil lozeng.

Ubat sakit tekak terbaik farmasi #2. DifflamAB Blackcurrant Lozenge 

DifflamAB Blackcurrant Lozenge antara jenama yang sering menjadi pilihan kerana membantu melegakan sakit tekak dan keradangan. Rasa buahannya menjadikannya lebih mudah diambil.

Ia sesuai untuk kelegaan lebih menyeluruh, terutama bagi mereka yang mengalami ketidakselesaan tekak berpanjangan.

#3. Strepsils Original Regular, Strepsil sakit tekak

Strepsils Original Regular, antara pilihan paling popular untuk melegakan sakit tekak ringan hingga sederhana. Ia mengandungi dua bahan antiseptik aktif yang membantu melawan bakteria serta memberi kelegaan pada tekak yang pedih atau kering.

Selain itu, lozenges ini mudah diambil dan memberi kesan kelegaan yang boleh bertahan sehingga beberapa jam. Ia sesuai untuk kegunaan harian, terutama ketika tanda awal sakit tekak mula dirasai atau ketika tekak terasa tidak selesa.

#4. Linkus Lozenges with Natural Mint Flavor

Mengandungi pelbagai bahan aktif bersama perisa pudina yang menyegarkan, ia mampu melegakan gejala sakit tekak yang juga sesuai untuk semua individu serta mungkin tidak begitu mengeringkan mulut anda.

Apa yang membezakan produk ini dengan produk lain adalah ia dikatakan tidak mudah cair, larut atau habis di dalam mulut sekali gus membuatkan lozeng jenama ini mampu tahan lebih lama sehingga 2 ke 3 jam.

#5. WOODS’ Peppermint Drops Sore Throat Relief Lozenges

WOODS’ Peppermint Drops adalah lozeng yang dapat membantu masalah ketidakselesaan pada tekak dengan rasa mint yang menyegarkan. Ia sesuai diambil bila-bila masa untuk kelegaan cepat.

Selain itu, lozenges ini mudah dibawa dan membantu memberikan rasa lega sementara pada tekak kering atau gatal.

Ubat sakit tekak terbaik farmasi #6. VITAHERB Cold & Cough Lozenges

Diperkaya dengan ekstrak daun ivy bersama pelbagai bahan aktif lain, ia sangat bagus buat individu yang ada masalah batuk atau kahak yang teruk dan dalam masa sama juga mampu melegakan kesakitan pada tekak.

Selain bebas gula dan alkohol, ia juga memiliki rasa manis daripada herba semula jadi yang tidak akan meloyakan atau memeningkan kepala. Dalam erti kata mudah, ia sesuai buat anda yang gemar sensasi semula jadi.

#7. Nutriva Propolis M.E.D. Oral Spray Mouth Ulcer And Sore Throat Spray

Nutriva Propolis M.E.D. Oral Spray mengandungi propolis semula jadi yang membantu melegakan ulser mulut dan sakit tekak. Ia sesuai untuk penggunaan harian.

Selain itu, formulanya membantu menenangkan kawasan yang terjejas dan memberi rasa lega dengan cepat serta mudah digunakan bila diperlukan.

Kesimpulan

Umumnya, masalah sakit tekak merupakan perkara yang mungkin tidak terlalu serius dan hanya memerlukan ubatan serta rawatan yang ringan daripada doktor atau melalui ikhtiar diri sendiri sahaja.

Dengan mengambil lozeng ini, ia sudah tentu dapat membantu untuk melegakan tetapi bukan menyelesaikan masalah tersebut seratus peratus. Ia cuma suatu usaha bagi meminimumkan gejala dan risiko.

Sekiranya ubat sakit tekak terbaik farmasi dalam senarai di atas atau jenama lain tidak dapat mengatasi kesakitan anda, sila berjumpa dengan doktor segera untuk mengelakkan sebarang kesan buruk berlaku!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sore Throat: Symptoms, Causes & Treatment, https://my.clevelandclinic.org/health/symptoms/8274-sore-throat-pharyngitis, Accessed Mar 8 2023.

Sore Throat – How to Get Rid of A Sore Throat, https://familydoctor.org/condition/sore-throat/, Accessed Mar 8 2023.

When is a Sore Throat a More Serious Infection?, https://www.healthychildren.org/English/health-issues/conditions/ear-nose-throat/Pages/When-a-Sore-Thoat-is-a-More-Serious-Infection.aspx, Accessed Mar 8 2023.

Not all lozenges are for sore throats!, https://www.consumermedsafety.org/safety-articles/not-all-lozenges-are-for-sore-throats, Accessed Mar 8 2023.

Sore throats suck. Do throat lozenges help at all?, https://www.uq.edu.au/news/article/2022/07/sore-throats-suck-do-throat-lozenges-help-all, Accessed Mar 8 2023.

Versi Terbaru

21/05/2026

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Makan Gula-Gula Sakit Tekak Untuk Kurangkan Batuk Dan Kahak, Betul Ke Berkesan?

7 Jenis Ubat Batuk Terbaik Di Pasaran, Boleh Legakan Batuk & Sakit Tekak Anda!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 5 jam lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan