Influenza Bukan Penyakit Biasa, Jom Ikrar Cegah Flu Menerusi Norma Baharu!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 12/08/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Apa itu flu? Ia bahaya atau tidak?

Untuk pengetahuan anda, influenza (flu) adalah penyakit yang menjangkiti sistem pernafasan dan disebabkan oleh virus influenza.

Ia boleh menyebabkan pelbagai gejala sama ada ringan atau serius. Jika dibiarkan tanpa sebarang rawatan, ia boleh mengancam nyawa.

Di Malaysia yang merupakan salah sebuah negara tropika di atas garisan Khatulistiwa, kejadian wabak ini boleh berlaku sepanjang tahun.

Ditambah pula dengan penularan virus korona baharu pada ketika ini, sesuatu perlu dilakukan segera untuk membendung wabak flu dari terus berleluasa!

Pandemik COVID-19 buat keadaan lebih teruk!

Seperti mana yang kita semua sedia maklum, dunia kini sedang dilanda pandemik COVID-19.

Bermula di China dan seterusnya merebak ke seantero dunia, kini Amerika Syarikat pula menjadi negara yang paling terjejas teruk.

Negara kita juga tidak terkecuali terjejas dan kehidupan ‘norma baharu’ wajar diamalkan kini demi kesihatan masyarakat sejagat.

Sebenarnya, ia bukan sahaja perlu diamalkan ketika pandemik malahan juga setiap masa untuk kehidupan yang lebih sejahtera.

Dengan norma baharu ini, maka peluang kita untuk melawan COVID-19 dan pelbagai penyakit yang dianggap biasa seperti flu, demam dan selesema akan dapat dibendung.

flu

‘Cegah Flu, Norma Baharu’

Program Imunisasi Sepanjang Hayat (Immunise4Life) telah bekerjasama dengan badan perubatan, individu berpengaruh serta organisasi bukan kerajaan (NGO) bagi menjayakan kempen ‘Cegah Flu, Norma Baharu’.

Buat anda yang mungkin belum tahu, ia adalah kempen ikrar atas talian kebangsaan yang menggesa orang ramai untuk terus melindungi diri dan orang tersayang daripada influenza.

Mesej yang ingin disampaikan menerusi kempen ini adalah untuk individu mendapatkan vaksinasi flu setahun sekali bagi bersama membendung flu yang dianggap sebagai penyakit biasa.

Jom sama-sama kita berikrar untuk bersama mereka menerusi pautan ini: https://www.actoflove.ifl.my/

Mengapa vaksinasi flu itu penting?

“Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan lebih 1 billion kes flu berlaku setiap tahun di mana 3 hingga 5 juta berada dalam keadaan parah, dan meragut nyawa lebih 650,000 orang seluruh dunia”, jelas Professor Datuk Dr Zulkifli Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Program Immunise4Life (IFL).

Menurut beliau lagi, vaksinasi flu setahun sekali adalah satu kaedah terbaik untuk membendung penyakit ini yang sangat berbahaya buat golongan mudah terjejas seperti:

  • Kanak-kanak
  • Ibu hamil
  • Warga emas
  • Pesakit kronik

Jika kalian tidak tergolong dalam 4 kategori di atas ini, jangan berasa lega kerana anda juga berisiko terkena flu dan boleh membawa maut sekiranya mendapat jangkitan bakteria (secondary infection).

Bagaimana pula untuk tahu jika kalian telah dijangkiti virus influenza? Ini simptom-simptomnya:

  • Demam
  • Selesema
  • Batuk
  • Bersin
  • Hidung tersumbat
  • Sukar bernafas

Sekiranya anda, ahli keluarga atau sahabat handai anda mengalami simptom yang dinyatakan di atas ini, maka segeralah berjumpa doktor untuk mengelak komplikasi yang lain.

flu

Mencegah flu lebih baik dari mengubati!

Sudah menjadi lumrah untuk mencegah daripada merawat sebarang penyakit di muka bumi ini.

Kita boleh ambil contoh COVID-19 di mana sehingga kini masih tiada vaksin yang dapat dihasilkan.

Oleh itu, langkah pencegahan seperti normal baharu haruslah diamalkan untuk membendungnya.

Buat anda yang masih keliru dengan terma normal baharu ini, ia merangkumi:

  • Kerap mencuci tangan dengan air dan sabun
  • Gunakan cecair sanitasi tangan
  • Amalkan penjarakan sosial
  • Elakkan bersalaman, bersentuhan atau berpelukan
  • Pakai pelitup muka ketika di luar rumah

Sebenarnya, ia bukan sahaja perlu dilakukan untuk memerangi COVID-19 sebaliknya juga untuk melawan pelbagai penyakit yang dianggap biasa seperti flu.

Selain mengambil vaksinasi setahun sekali, flu juga boleh dicegah melalui normal baharu ini.

Dalam pada itu, terdapat pelbagai lagi perkara yang mungkin kita semua boleh lakukan bersama.

bayi

Menurut Dr. Zulkifli lagi, golongan yang paling mudah terdedah kepada virus influenza ini adalah bayi ekoran imunisasi tubuh badan yang masih lagi lemah.

Cara untuk melindungi bayi yang berusia bawah 6 bulan ini adalah elak dari sentuh, pegang, dukung dan cium mereka tidak kira jika ia anak anda atau bukan.

Konklusinya, apa itu flu adalah sejenis penyakit biasa yang sering berlaku kepada kita namun ia tidak wajar dipandang ringan.

Oleh itu, segeralah kita semua mendaftarkan diri untuk berikrar bersama memerangi penyakit biasa yang sebenarnya luar biasa ini.

‘Cegah Flu, Normal Baharu’

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

AWAS Wanita Penghidap Asma Berisiko Alami Komplikasi Teruk COVID-19! Ambil Langkah Ini

Asma bronkial adalah penyakit kronik yang lazim didiagnosis di Malaysia. Apabila dunia kecoh dengan jangkitan virus korona baharu, penghidap asma...

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
COVID-19 16/02/2021 . 3 minit bacaan

Betul Ke Vaksin COVID-19 Boleh Sebabkan Kesan Sampingan Kekal? 

Adakah suntikan vaksin COVID-19 boleh menyebabkan kesan sampingan? Benarkah terdapat 3,000 kesan sampingan vaksin bersifat kekal seperti yang diperkatakan?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
COVID-19 11/02/2021 . 3 minit bacaan

SOP Tahun Baru Cina Telah Diluluskan, Sejauh Mana Ia Bersesuaian Dengan Situasi Wabak?

Prosedur operasi standard (SOP) yang diumumkan oleh kerajaan Malaysia bagi sambutan Tahun Baru Cina sepanjang wabak pandemik virus korona berlangsung...

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
COVID-19 11/02/2021 . 3 minit bacaan

Bukan Semua Pesakit COVID-19 Perlu Masuk Hospital, KECUALI Yang Ada 11 GEJALA Ini

Bukan semua individu positif jangkitan COVID-19 perlukan rawatan hospital. Namun, jika alami tanda-tanda amaran tertentu, anda perlu segera jumpa pakar.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
COVID-19 10/02/2021 . 4 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

kes bunuh

Lelaki Berisiko 3 Kali Ganda Bunuh Diri Sepanjang Wabak COVID-19, Ini Tip Nak Cegah!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 05/03/2021 . 3 minit bacaan
pemberian imunisasi

Vaksin COVID-19 Kini Telah Tiba! Kenali Jenis Vaksin Yang Bakal Anda Terima Nanti

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 03/03/2021 . 3 minit bacaan
suntikan vaksin pneumococcal

Bukan Bayi Saja Kena Suntik, WARGA EMAS Pun Sama! Ada 5 Vaksin Orang Tua Mesti Ambil

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 24/02/2021 . 3 minit bacaan
program vaksinasi

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Sudah Tiba! Rujuk Jadual Vaksin Di Sini

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 24/02/2021 . 3 minit bacaan