home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Penguatkuasaan Larangan Merokok, Kemenangan Bagi Perokok Pasif

Penguatkuasaan Larangan Merokok, Kemenangan Bagi Perokok Pasif

Kenyataan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung larangan merokok di semua restoran dan premis makanan yang berkuatkuasa pada 1 Januari 2019 mungkin menjadi satu pembelaan bagi golong perokok pasif atau sesiapa sahaja yang kurang menyenangkan dengan aktiviti itu.

Seperti kebanyakan sedia maklum, selain kawasan seperti tempat awam dan bangunan kerajaan, arahan larangan merokok kali ini melibatkan semua restoran dan premis perniagaan termasuk warung makanan di tepi jalan.

Menurut laporan Berita Harian, Dr Lee Boon Chye berkata cadangan berkenaan sudah diluluskan di peringkat Parlimen dan akan berkuatkuasa pada tahun hadapan. Larangan merokok kali ini melibatkan semua restoran sama ada restoran tertutup, berhawa dingin atau restoran dan warung berkonsep terbuka perlu mematuhi arahan itu bermula tahun depan.

Seiring dengan larangan itu, walaupun mungkin menerima reaksi negatif golongan perokok dan pemilik restoran, tindakan akan diambil terhadap perokok dan juga pemilik restoran yang tidak mematuhi peraturan terbabit mengikut Peraturan-Peraturan Kawalan hasil Tembakau 2004 di bawah Akta Makanan 1983 (Akta 324).

Etika Merokok: Hormati Golongan Tidak Merokok

Bau asap membuatkan orang lain di sekitar anda yang tidak merokok berasa tidak selesa. Jika seseorang ingin merokok, mereka seharusnya pergi ke kawasan khas atau peribadi supaya tidak menjejaskan orang lain. Ini kerana apabila seseorang keluar merokok atau merokok di restoran, asap rokok boleh membahayakan orang lain.

Malah, jika anda seorang perokok, anda mungkin menyedari bahawa terdapat peraturan etika merokok di khalayak ramai yang telah lama dikeluarkan.

Di Malaysia, umumnya sudah mengetahui mengenai larangan merokok di beberapa ruang awam, termasuk hospital, lapangan terbang, tandas awam, premis kerajaan, kafe internet dan premis kerajaan.

Di bawah Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2017, sesiapa yang merokok di kawasan larangan boleh dikenakan denda RM10,000 atau penjara tidak melebihi 2 tahun.

Aktivit merokok di tempat awam bukan sahaja melanggar undang-undang tetapi juga menimbulkan ketikdakselesaan kepada orang lain yang tidak merokok. Mereka mungkin keberatan untuk menegur anda, tetapi perlu ada sikap saling menghormati bagi memastikan kesejahteraan bersama ketika berada di tempat awam.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Larangan merokok di restoran, premis makanan 1 Januari 2019 https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/10/484622/larangan-merokok-di-restoran-premis-makanan-1-januari-2019 Accessed on Oct 12, 2018.

Respect non-smokers http://www.chicagotribune.com/news/ct-xpm-2006-02-04-0602040228-story.html Accessed on Oct 12, 2018.

Smoking Etiquette https://www.thespruce.com/smoking-etiquette-1216721 Accessed on Oct 12, 2018.

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Farah Aziz Disemak pada 05/12/2019
Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
x