Masalah muka berjerawat adalah isu yang tidak dapat dielakkan. Namun beberapa jenis makanan untuk elak jerawat ini boleh membantu menanganinya, cubalah!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.
Makanan untuk elak jerawat
Bagi kebanyakan orang, mempunyai kulit yang licin sukar dicapai.
Tidak kira berapa banyak produk atau vitamin untuk elak jerawat yang mereka gunakan, jerawat tidak kelihatan bertambah baik.
Jerawat boleh berlaku apabila kita tertekan atau letih. Bahkan perubahan dalam musim pun boleh menyebabkan jerawat.
Walau bagaimanapun, bagi kebanyakan orang, punca utama jerawat adalah pengambilan makanan mereka.
Diet boleh memainkan peranan penting dalam penjagaan kesihatan kulit.
Sebagai contoh, jika anda makan banyak makanan berminyak, anda lebih berisiko mendapat jerawat.
Mujurlah, terdapat juga banyak makanan sihat yang boleh mencegah jerawat.
Berikut adalah senarai lapan makanan untuk cegah jerawat dan elok untuk kesihatan tubuh badan anda. Masa untuk menyusun senarai barang runcit anda sekarang!
Avokado
Avokado lazat dan kaya dengan vitamin E dan C.
Vitamin untuk elak jerawat ini membantu melawan keradangan dan mengurangkan kemerahan jerawat anda.
Avokado juga membantu melembap kulit anda secara semula jadi.
Makanan untuk elak jerawat #Kacang
Kacang kaya dengan vitamin E, magnesium, kalium, zink, kalsium dan zat besi.
Kebanyakan penghidap jerawat sebenarnya telah dikaitkan dengan kekurangan mineral, maka penambahan mineral ini adalah sangat baik.
Anggur Merah
Anggur mengandungi banyak bahan kimia semula jadi dan antioksidan yang boleh membantu dengan keradangan kulit serta kesan sampingan reaksi alahan pada kulit.
Beberapa keadaan kulit seperti ekzema atau psoriasis juga boleh mendapat manfaat daripada antioksidan dalam anggur.
Baca juga: