backup og meta

Nak Dapatkan Kulit Wajah 'Flawless'? Boleh Ikut 4 Tip Mudah Ini, Pasti Menjadi!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 09/11/2023

    Nak Dapatkan Kulit Wajah 'Flawless'? Boleh Ikut 4 Tip Mudah Ini, Pasti Menjadi!

    Kulit muka flawless semestinya menjadi idaman semua wanita di muka Bumi ini. Namun, secara realitinya untuk mengecapi wajah yang bersinar dan tanpa cela, anda harus bekerja keras terutamanya untuk jaga muka bagi mendapatkan hasil yang dihajati.

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.

    Kulit muka flawless? Bagaimana cara untuk dapat?

    Apabila anda sering terdedah kepada pencemaran udara, sinaran matahari mahupun makeup, kulit anda pasti akan terkesan.

    Antara cara untuk memulihkan dan memperbaharui kulit adalah dengan tidur. Kajian menunjukkan mereka yang cukup tidur mempunyai risiko yang lebih rendah dalam mengalami penuaan pada kulit.

    Ini menunjukkan bahawa fenomena beauty sleep itu amatlah penting untuk jaga muka. Akan tetapi anda jangan pula bergantung kepada tidur sahaja!

    Tidur yang mencukupi seiring dengan penjagaan muka yang serasi dengan kulit akan menjadi kombinasi yang terbaik dalam usaha mendapatkan kulit cantik dan muka flawless.

    muka flawless

    Namun begitu, terdapat kesilapan-kesilapan yang sering wanita lakukan yang menyumbang kepada berlakunya masalah kulit, seperti:

    #1 Tabiat tidak mencuci muka sebelum tidur

    Seharian bekerja mahupun belajar semestinya memenatkan. Anda hanya akan terbayang-bayang katil dan bilik anda yang sejuk lagi selesa itu.

    Namun, jangan jadikan penat sebagai satu alasan! Jika anda ingin memiliki muka flawless, anda harus rajin dan beristiqamah dalam pembersihan muka terutamanya sebelum tidur.

    Pastikan anda memilih pencuci yang betul. Sekiranya anda rasa terlalu malas, sediakan facial wipe di sebelah katil agar anda boleh menggunakannya sebelum tidur.

    #2 Pakai produk antioksida anda pada waktu siang

    Pasti ramai tertanya-tanya, mengapa harus memakai skin care yang berasaskan antioksida atau lebih sinonim dengan vitamin C ini pada waktu siang? Apa fungsi antioksida?

    Ini kerana, pada waktu siang apabila kita keluar bekerja ataupun belajar, kita akan terdedah kepada radikal-radikal bebas yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

    Radikal bebas ialah bahan menyerang dan merosakkan sel yang sihat lalu menyebabkan penyakit kepada badan.

    Fungsi produk antioksida ini mampu meneutralkan radikal-radikal bebas tersebut. Oleh yang demikian, agak membazir sekiranya anda menggunakan produk vitamin C pada waktu malam.

    Anda lebih memerlukan antioksida pada waktu siang.

    Di samping itu, produk-produk yang berasaskan vitamin C di pasaran tidaklah murah, jadi ia akan menjadi suatu penjimatan sekiranya anda mengamalkan tip jaga muka ini!

    muka flawless

    #3 Muka flawless: jangan skrub muka secara berlebihan

    Skrub merupakan salah satu daripada rutin penjagaan kulit yang penting dan tidak asing lagi dalam kalangan wanita mahupun lelaki.

    Skrub bermanfaat dalam membuang sel-sel kulit mati daripada atas permukaan kulit anda.

    Rutin skrub dalam skin care akan menonjolkan sel kulit baharu kepada permukaan kulit wajah. Muka pastinya akan kelihatan lebih cerah, bersih dan glowing.

    Tapi anda harus beringat! Skrub muka secara berlebihan akan membawa kemudaratan. Ini kerana tindakan over exfoliate akan menyebabkan kerengsaan kepada kulit dan berpotensi untuk mendapat jerawat.

    Terdapat lambakan jenis skrub di pasaran, yang merangkumi daripada physical exfoliator dan juga chemical exfoliator. Pastikan anda memilih jenis dan jenama skrub yang paling sesuai dengan kondisi kulit anda.

    #4 Amalkan produk wajah berasaskan retinoid

    Apa itu retinoid? Ia mengandungi vitamin A dan sering digunakan dalam kajian bagi tujuan anti penuaan. Retinoid dapat membantu dalam mengurangkan garis-garis halus dan kedutan di wajah.

    Retinoid bukan sahaja bermanfaat bagi anti penuaan, ia juga dapat mencerahkan pigmentasi, bintik keratosis aktinik, dan mempercepatkan kadar pembaharuan sel-sel kulit.

    Ia mampu mengurangkan tanda-tanda penuaan dengan meningkatkan penghasilan kolagen kulit. Namun, ubat ini memerlukan perundingan perubatan dan ia adalah kontraindikasi semasa kehamilan.

    muka flawless

    Namun, anda perlu ingat bahawa hasil tidak datang bergolek! Kesan penggunaan retinoid akan memakan masa dalam 3 hingga 6 bulan dengan pemakaian yang berterusan untuk mendapatkan hasil yang ketara.

    Jika anda bercadang untuk menambah produk retinoid dalam rutin penjagaan muka, pastikan anda baca perkara-perkara ini terlebih dahulu!

    • Penggunaan retinoid boleh mencetuskan kekeringan kulit wajah. Elakkan memakainya setiap hari, cuba untuk berselang-seli sehingga kulit anda ‘ngam’ dengan produk ini
    • Anda wajib memakai sunblock apabila terdedah kepada sinaran matahari. Ini kerana, retinoid akan meningkatkan sensitiviti kulit anda terhadap cahaya matahari

    Sekarang impian untuk anda memiliki kulit muka flawless dan cantik tidak lagi mustahil! Anda cuma harus extra rajin mengamalkan rutin jaga muka anda.

    Dengan penjagaan dan pemilihan produk yang tepat mengikut kondisi kulit masing-masing, tips kulit flawless and glowing ini pasti akan berkesan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 09/11/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan