backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Gel Aloe Vera Baik Untuk Kulit Wajah? Ikut 8 Tip Pakai Ini, Baru Boleh Dapat Manfaat!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 4 minggu lalu

    Gel Aloe Vera Baik Untuk Kulit Wajah? Ikut 8 Tip Pakai Ini, Baru Boleh Dapat Manfaat!

    Kita semua sedia maklum bahawa lidah buaya memang bagus untuk kulit tetapi apa pula kelebihan atau kebaikan aloe vera untuk muka secara spesifik? Sebenarnya, mungkin ada banyak! Jom baca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut tentangnya.

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Kulit, anda boleh klik di sini.

    Gel lidah buaya, ramuan rahsia untuk kulit!

    Untuk pengetahuan anda semua, lidah buaya adalah sejenis pokok berwarna hijau, berdaun tebal, berbatang dan berlendir di mana gel yang wujud di dalam tumbuhan ini ada banyak manfaat.

    Tumbuhan yang turut popular dengan nama aloe vera ini biasa digunakan di dalam produk kulit kerana ia tinggi dengan vitamin dan mineral yang dikatakan bagus untuk organ terbesar manusia ini.

    Dalam pada itu, gel lidah buaya juga bersifat antiradang, antioksidan serta antimikrob sekali gus menjadikan ia sebagai salah satu bahan semula jadi yang bagus untuk kulit individu.

    aloe vera untuk muka
    Manfaat aloe vera untuk kesihatan kulit.

    Memandangkan ia juga banyak tumbuh di Malaysia, masyarakat kita dahulu memang sudah lama menggunakan ia dalam usaha untuk mencantikkan kulit. Namun, adakah ia benar efektif?

    Kenapa perlu guna aloe vera untuk muka?

    Di pasaran kini, telah wujud banyak produk aloe vera untuk muka yang telah membawa keyakinan tentang kegunaan tumbuhan ini terhadap organ terbesar tubuh badan.

    Alasannya, mungkin wujud banyak kelebihan dan kebaikan aloe vera untuk muka seperti berikut:

    Manfaat pakai aloe vera gel sebelum tidur #1. Melembapkan kulit wajah

    Gel lidah buaya dipercayai boleh membantu melembapkan kulit muka kerana tumbuhan ini tinggi dengan kandungan air (H20) yang tentu sahaja bagus kalau anda ada masalah kulit kering.

    #2. Mencerahkan kulit wajah, antara kelebihan aloe vera gel untuk muka

    Gel lidah buaya dipercayai turut membantu mencerahkan kulit muka hasil agen Aloesin dan Aloin yang mampu mengurangkan sel melanin lantas membuat kulit lebih putih, licin dan lembut.

    #3. Produk aloe vera untuk muka dapat mengurangkan masalah jerawat

    Kebanyakan produk dan testimoni kulit di pasaran kini mempercayai aloe vera sebagai salah satu bahan kandungan yang utama ekoran ia memiliki sifat antiradang, antioksidan serta antimikrob.

    Dengan sifat-sifat di atas berserta variasi nutrien yang ada di dalam gel lidah buaya ini, ia mampu untuk membunuh bakteria punca jerawat dan dalam masa sama mencegah ia daripada berulang.

    masalah jerawat
    Mitos mengenai masalah jerawat.

    #4. Mengecilkan liang pori

    Manfaat aloe vera untuk muka yang seterusnya adalah ia mungkin mampu mengecilkan liang pori pada kulit muka sekali gus akan membantu individu dalam usaha mencegah masalah di atas.

    Bukan hanya itu, pengecilan liang pori di kulit wajah turut membantu mengurangkan kesan kedut atau kerut yang sedia ada. Hasilnya, anda mampu untuk tampil lebih cantik serta awet muda.

    #5. Merawat luka, iritasi, alergi dan penyakit

    Terdapat banyak isu pada kulit yang turut boleh diselesaikan dengan gel aloe vera termasuk kesan luka, iritasi, alergi atau penyakit kulit terutama ekzema, dermatitis, psoriasis dan lain-lain.

    Pun begitu, diingatkan juga bahawa tumbuhan ini bukan ubatan atau rawatan utama untuk segala isu yang dibangkitkan di atas. Dapatkan nasihat lebih lanjut daripada doktor pakar dermatologi.

    Bagaimana cara pakai aloe vera di muka?

    Dalam erti kata mudah, memang benar aloe vera untuk muka itu ada banyak manfaat dan ia boleh membantu anda merawat kulit agar ia lebih cantik dan sihat. Tetapi, bagaimana cara pakainya?

    Sebenarnya, cara pakai aloe vera di muka tidak sukar, anda cuma kena ikut langkah di bawah:

    aloe vera untuk muka
    Cara menggunakan gel aloe vera yang betul.
    • Potong daun lidah buaya daripada pokok di bahagian yang paling dekat dengan akar. Jangan mencabut daun ketika memotong kerana ia akan membahayakan gel di dalam daun.
    • Cucikan dengan teliti bahagian luar daun.
    • Keluarkan gel daripada bahagian dalam daun.
    • Tambahkan beberapa titisan bahan lain seperti lemon, limau, madu dan lain-lain ke dalam gel (opsyenel).
    • Bersihkan muka anda dengan pembersih, pencuci dan pelembap.
    • Sapukan gel pada kulit muka dengan rata.
    • Biarkan gel di kulit muka selama yang anda mahu.
    • Basuhkan gel di kulit muka sehingga yakin bersih.

    Kesimpulan

    Walaupun ramai orang percaya aloe vera untuk muka itu berkesan, namun ia masih boleh mengakibatkan kesan berbahaya termasuk iritasi atau alergi pada kulit terhadap sebahagian individu lain.
    Untuk lebih pasti dan selamat, dapatkan konsultasi dengan doktor atau pakar dermatologi dahulu!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 4 minggu lalu

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan