backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Parut Jerawat Hilang Dalam Masa 1 Hari? Ikut 8 Tip Ini, Cuma Guna Bahan Di Dapur Saja!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 25/04/2023

    Parut Jerawat Hilang Dalam Masa 1 Hari? Ikut 8 Tip Ini, Cuma Guna Bahan Di Dapur Saja!

    Siapa yang sukakan parut jerawat? Kesan hitam pada wajah ini bukan sahaja buruk dilihat, bahkan juga boleh membuatkan kita rasa resah dan gelisah. Namun, adakah cara nak hilangkan parut jerawat dalam masa 1 hari?

    Untuk pengetahuan anda, rawatan parut jerawat selalunya memerlukan masa selama 6 hingga 8 minggu untuk menunjukkan hasil.

    Malah, tidak ada krim magis yang boleh menghilangkan parut dalam masa 1 hari.

    Walau bagaimanapun, dengan amalan penjagaan kulit wajah yang baik, parut jerawat akan pulih dalam tempoh yang singkat.

    Jika anda inginkan kulit wajah yang cantik dan berseri, rutin skincare yang baik merupakan kuncinya.

    Pada masa yang sama, diet yang sihat, senaman yang kerap dan kehidupan yang tenang tanpa stres juga boleh menyumbang kepada kesihatan kulit.

    Di bawah, kami ada beberapa petua atau cara nak hilangkan parut jerawat dalam masa 1 hari.

    Namun, sebelum mencubanya, anda boleh lakukan patch test untuk pastikan anda tidak alah terhadap bahan-bahan ini.

    Cara nak hilangkan parut jerawat dalam masa 1 hari

    Sebenarnya, sukar untuk menghilangkan parut jerawat dalam masa sehari. Namun, ada beberapa bahan yang mungkin dapat membantu memudarkan parut anda. 

    Antaranya ialah:

    1. Madu dan serbuk kulit kayu manis

    Campuran madu dan kulit kayu manis sudah lama terbukti dapat mengurangkan jerawat. 

    Selain sifat antibakterianya, bahan-bahan ini juga dapat mengurangkan inflamasi dan kemerahan pada kulit wajah.

    Cuba campurkan madu bersama serbuk kulit kayu manis. Kemudian, sapukan pada parut jerawat dan biarkan semalaman. Basuh muka dengan air suam keesokan harinya.

    2. Guna teh hijau untuk pudarkan parut

    Teh hijau kaya dengan antioksidan, flavanoid dan tanin yang amat berkesan untuk melawan bakteria yang menyebabkan jerawat.

    Sapu teh hijau pada kawasan muka juga boleh menghentikan penyebaran bakteria penyebab jerawat.

    Jika anda inginkan manfaat lebih daripada teh hijau, minum sahaja secawan teh hijau sehari untuk memastkan wajah bebas jerawat!

    3. Gunakan gel aloe vera untuk memudarkan jerawat

    cara nak hilangkan parut jerawat dalam masa 1 hari

    Cuba sapukan gel aloe vera pada kawasan yang berjerawat. Gel aloe vera boleh membunuh bakteria berbahaya pada kulit dan mengurangkan inflamasi.

    Pada masa yang sama, ia juga dapat meningkatkan peredaran darah ke kawasan kulit dan membuatkannya nampak lebih sihat dan ‘glowing’!

    Malah, aloe vera juga dapat menyembuhkan parut jerawat dengan cepat dan pantas. 

    Sebab itulah ia sesuai digunakan sebagai salah satu cara nak hilangkan parut jerawat dalam masa 1 hari.

    4. Gunakan pencuci muka yang mengandungi AHA dan BHA

    cara nak hilangkan parut jerawat dalam masa 1 hari

    Pencuci muka yang mengandungi AHA atau BHA dapat memberikan pengelupasan lembut pada wajah. Malah, penggunaan asid ini juga boleh memudarkan parut dan menyelesaikan masalah pigmentasi.

    Kini, anda boleh mendapatkan produk yang mengandungi AHA dan BHA di farmasi berdekatan. Exfoliators ini juga sangat sesuai dijadikan sebahagian daripada regimen penjagaan wajah anda.

    5. Gunakan serum yang mengandungi vitamin C

    Serum yang mengandungi vitamin C berupaya untuk mencerahkan kulit wajah. Dalam masa yang sama, ia juga mampu mengurangkan parut di wajah dengan penggunaan yang kerap.

    Sama seperti exfoliator, serum vitamin C juga boleh didapati dengan mudah di farmasi. Cari serum yang berkualiti daripada jenama yang diyakini. 

    Penggunaan serum vitamin C yang murah mungkin akan buatkan wajah anda menjadi semakin teruk!

    6. Guna mentega koko sebagai pelembap

    Mentega koko dapat memudarkan parut jerawat dan mencerahkan kulit. Cuba sapukan satu lapisan nipis mentega koko pada wajah dan tinggalkan semalaman.

    Dalam masa seminggu dua, pasti anda dapat lihat perbezaan dari segi tona wajah.

    7. Air ros untuk memudarkan jerawat

    Air ros diperbuat dengan kaedah penyulingan. Baunya yang wangi dan menyenangkan juga boleh membuatkan kita rasa tenang dan membantu kita melegakan stres.

    Salah satu kelebihan air ros ialah sifat antiradangnya. Malah, air ros juga dikatakan dapat mengurangkan iritasi yang berlaku disebabkan ekzema dan rosacea.

    Air ros juga boleh melembutkan tisu parut dan mencerahkannya dengan cara menggalakkan pertumbuhan sel baru. Gunakan setiap hari untuk keputusan yang terbaik.

    Cara nak hilangkan parut jerawat dalam masa 1 hari #8. Letak timun

    cara nak hilangkan parut jerawat dalam masa 1 hari

    Timun merupakan bahan semula jadi yang amat baik dalam merawat parut jerawat. 

    Ia mengandungi pelbagai vitamin dan mineral seperti magnesium yang sangat bermanfaat untuk kulit.

    Malah, timun juga boleh memudarkan jerawat dan mengurangkan inflamasi. 

    Potong timun dan gunakan hirisannya pada kulit untuk mempercepatkan penyembuhan parut dan menyegarkan kulit.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 25/04/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan