backup og meta

Ada Masalah Ketagih Melancap? Baca 5 Tip Penting Ini Sebelum Terlambat!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada seminggu lalu

    Ada Masalah Ketagih Melancap? Baca 5 Tip Penting Ini Sebelum Terlambat!

    Setiap kali berbicara tentang onani, sudah pasti kebanyakan kita akan beranggapan bahawa perbuatan ini dilakukan oleh individu yang gila seks atau mempunyai masalah mental. Ada juga yang memikirkan berkenaan tip melancap dan kesan melancap lelaki dan perempuan. 

    Pada 2018, seorang lelaki berusia 33 tahun ditemui mati ketika Hari Valentine di Afrika akibat sakit jantung selepas melancap sebanyak 62 kali! 

    Pun begitu, kita semua perlu tahu bahawa ia sebenarnya adalah normal dan ramai orang yang melakukannya.

    Satu fakta yang agak membimbangkan bukan?

    Persoalannya, bagaimanakah untuk menghilangkan ketagihan melakukan tabiat buruk ini jauh dari kehidupan kita? 

    Jom ikuti artikel ini untuk tahu cara berhenti melancap dengan lebih lanjut.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan Mental, anda boleh klik di sini

    Kesan melancap lelaki dan wanita

    keburukan melancap
    Kesan onani kepada otak.

    Jangan terkejut kerana untuk pengetahuan anda, ada juga manfaat melancap yang tersembunyi. 

    Bagi lelaki, ia berguna kepada remaja yang sedang dalam proses belajar mengenai seks.

    Secara tidak langsung, kesan melancap lelaki akan memberi mereka pengetahuan dan pengalaman tentang apa yang mereka suka atau tidak mengenai seks.

    Ini sangat penting buat lelaki dalam kehidupan seks mereka bersama pasangan apabila telah berkahwin kelak.

    Pun begitu, ia bukanlah satu kemestian sebab proses pembelajaran masih boleh berlaku tidak kira usia.

    Di sebalik manfaat ini, tersembunyi juga mudaratnya dan yang paling menakutkan onani dikatakan boleh jadi punca lelaki mati pucuk!

    Bagi wanita pula, terdapat banyak manfaat di sebalik melancap ketika period.

    Dikatakan, perbuatan ini akan menyebabkan rembesan hormon endorfin, bahan kimia yang memberikan kita perasaan gembira, seronok dan puas.

    Disebabkan itu, bahan kimia ini dikenali sebagai ubat tahan sakit semula jadi.

    Untuk pengetahuan anda, ia juga akan berlaku kepada golongan lelaki.

    Buat wanita yang susah mencapai klimaks, melancap mungkin membolehkan anda mendapat pengalaman seks yang lebih memuaskan.

    Ia boleh dijadikan satu sesi peribadi di mana seorang wanita mencuba pelbagai jenis sentuhan dan tekanan tangan tanpa rasa malu atau stres.

    Akan tetapi, bukankah lebih baik jika ia dilakukan bersama pasangan?

    Di sebalik manfaat melancap yang tidak seberapa ini, tersembunyi banyak lagi mudarat onani kepada individu.

    Jadi, anda yang mengalami ketagihan tabiat buruk ini, sila ambil tindakan!

    Tip melancap (untuk berhenti)!

    tip melancap
    Cara untuk berhenti melancap.

    #1. Jauhi pornografi untuk berhenti melancap pada bulan puasa

    Seperti yang diperkatakan di atas, video lucah adalah faktor pendorong utama individu beronani.

    Disebabkan zaman teknologi kini, gambar, video dan laman sesawang lucah lebih mudah diakses.

    Namun, anda perlu cari jalan untuk menjauhinya bagi tip melancap (untuk berhenti).

    Di Malaysia, sistem keselamatan jalur lebar tidak kurang hebatnya seperti negara maju yang lain.

    Jadi, kebanyakan laman porno telah disekat.

    Akan tetapi, masih ada cara untuk mengaksesnya dengan kemajuan teknologi sekarang.

    Jadi, ia sebenarnya terpulang kepada diri anda.

    Apa yang boleh dilakukan anda perlu muhasabah diri dan mungkin lebih mendekatkan diri kepada tuhan.

    #2. Alihkan perhatian anda dari melancap ketika period

    Ini pula ialah tip melancap (untuk berhenti) yang kedua. Masa terluang yang terlalu banyak juga boleh jadi punca seseorang itu melakukan tabiat buruk ini.

    Jadi, apa kata anda cuba cari hobi baru selain daripada melancap pada bulan puasa?

    Sebagai contoh, anda boleh bermain muzik, bermain sukan ataupun permainan video untuk mengalihkan tumpuan anda dari perkara berkaitan seks yang boleh memudaratkan kesihatan seksual anda.

    #3. Luangkan masa dengan individu lain

    Kadangkala, alasan individu beronani kerana mereka berasa keseorangan dan sunyi kerana tiada individu yang dapat menemani ketika masa lapang mereka.

    Jadi, luaskan rangkaian kenalan anda.

    Dengan ini, anda pasti akan sentiasa bersama mereka lantas mengurangkan terus keinginan anda untuk melancap.

    #4. Bersenam 

    Kedengaran mudah untuk mengelakkan diri daripada melancap pada bulan puasa, bukan?

    Namun, tip melancap (untuk berhenti) yang paling senang inilah kadangkala cara yang paling berkesan.

    Setiap kali anda terasa ingin beronani, apa kata anda cuba gunakan waktu itu untuk bersenam?

    kesan melancap
    Kualiti air mani yang subur.

    Anda juga boleh mencuba bersenam di rumah dengan senaman ringan seperti:

    Tip melancap (untuk berhenti) #5. Jangan tidur dalam keadaan telanjang

    Ini pula tip melancap (untuk berhenti) yang kelima. Ya, memang tidak ramai yang suka tidur bogel namun ada yang melakukannya.

    Keadaan ini sebenarnya boleh menyebabkan anda terasa ingin melancap.

    Ini kerana sentuhan kulit ke kulit boleh merangsang nafsu syahwat tanpa disedari.

    Jadi, cuba tidur berpakaian selepas ini dan hadkan sentuhan tangan anda ke bahagian alat sulit, ya?

    Kesimpulan

    Tidak dinafikan bahawa ketagihan terhadap tabiat buruk ini boleh mendatangkan kesan yang buruk kepada kesihatan mental anda. Berhenti melancap mulai sekarang sebelum terlambat!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada seminggu lalu

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan