backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

5

Tanya Doktor
Simpan

Setitis Air Mani Ada Berjuta Sperma! Suami Terpancut Sedikit, Isteri Boleh Hamil?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman Ā· Dokter Umum Ā· Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra Ā· Disemak pada 16/02/2024

    Setitis Air Mani Ada Berjuta Sperma! Suami Terpancut Sedikit, Isteri Boleh Hamil?

    Pernahkah anda terdengar kenyataan seperti setitik air mani boleh hamil atau menyebabkan seorang perempuan itu mengandung?

    Sejauh manakah kenyataan ini tepat dari segi sains? Adakah benar setitik air mani boleh hamil, ataupun ia hanya mitos semata-mata?

    Banyak yang anda perlu tahu tentang rahsia di sebalik setitik air mani boleh hamil. Jom, ikuti kupasan kami dalam artikel di bawah!

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Seksual, anda boleh klik di sini.

    Setitik air mani boleh hamil? Ia membawa jutaan sperma

    Apabila seorang lelaki mengalami ejakulasi, hampir 300 juta sperma akan dilepaskan ke dalam vagina seorang wanita.

    Dalam 1 ml air mani, ada lebih kurang 20 juta sperma! Banyak bukan!

    Tetapi, anda perlu tahu bahawa hanya SATU sahaja sperma yang diperlukan untuk membuatkan seorang wanita itu hamil.

    Walau bagaimanapun, perjalanan sperma menuju ke ovum adalah sebuah perjalanan getir yang berliku-liku. Daripada jutaan sperma yang memasuki vagina, hanya beberapa ratus sahaja yang akan tinggal pada akhir perjalanan.

    Jika sperma ini bertemu dengan ovum di dalam tiup falopio, proses persenyawaan akan berlaku.

    Namun, ini semua bergantung juga kepada kitaran kesuburan seorang wanita jika setitik air mani boleh hamil ini.

    kualiti air mani
    Kualiti air mani yang subur.

    Jika tiada penghasilan ovum sewaktu pasangan melakukan hubungan kelamin, maka tiadalah proses persenyawaan berlaku.

    Oleh itu, wanita tersebut tidak akan mengandung dan akan datang haid seperti biasa. Jadi, anda tidak perlu fikir tentang berapa hari selepas bersama boleh mengandung.

    Benarkah hanya dengan satu titik atau titis air mani lelaki, wanita boleh mengandung?

    • Benar, kemungkinan itu agak tinggi! Ini kerana kehamilan hanya memerlukan hanya 1 daripada jutaan sperma di dalam air mani yang terpancut daripada zakar lelaki ke faraj wanita.

    Berapa lama air mani boleh bertahan dalam rahim?

    Jangka hayat sperma bergantung kepada di mana lokasi sperma tersebut.

    Anda perlu tahu bahawa sperma tidak dapat hidup lama jika berada di luar tubuh badan manusia. Di atas permukaan yang kering, sperma akan mati ketika air mani mula mengering.

    Di atas kawasan yang lembap pula, sperma mungkin dapat hidup lebih lama. Namun, dalam kawasan berair seperti di dalam kolam, kebarangkalian untuk sperma boleh berenang memasuki vagina adalah hampir mustahil.

    Oleh itu, amat sukar untuk para isteri mengandung jika suami tidak ā€˜pancut dalamā€™.

    Tetapi, sperma mampu tinggal di dalam tubuh wanita sehingga 5 hari selepas mengadakan hubungan seksual.

    Oleh itu, jika anda melakukan hubungan kelamin bersama pasangan beberapa hari sebelum ovulasi, masih ada peluang untuk kerana setitik air mani boleh hamil.

    setitik air mani boleh hamil
    Sperma di dalam air mani lelaki.

    Benarkah setitik air mani boleh hamil?

    Pertama sekali, anda perlu tahu bahawa seorang perempuan boleh mengandung walaupun tidak melakukan sebarang penetrasi seksual.

    Walaupun kebarangkaliannya adalah rendah, hubungan dengan cara zakar tidak masuk ke faraj boleh mengandung jika air mani berada di sekitar kawasan vagina.

    Selain itu, jika si isteri menyentuh air mani dengan tangan dan kemudian menyentuh pula kemaluannya, ini juga boleh menjadi antara sebab mengandung!

    Perbuatan menggesel zakar pada sekitar kemaluan isteri ketika melakukan seks juga akan meningkatkan risiko untuk hamil.

    Tetapi, haruslah diingat bahawa ejakulasi pada perut atau peha isteri misalnya masih berisiko. Anda boleh secara tidak sengaja ā€˜tersapuā€™ air mani itu pada bukaan vagina isteri!

    Anda mengamalkan kaedah pull-out? Ketahuilah bahawa kaedah ini bukanlah 100% berkesan. Jika anda ingin mengelakkan kehamilan, bertindaklah secara bijak dengan menggunakan kondom semasa berasmara.

    Mengandung? Saya masih belum bersedia!

    setitik air mani boleh hamil
    Ujian kehamilan sendiri di rumah.

    Jika anda tidak mempunyai sebarang rancangan untuk mengandung, anda boleh cuba lihat tanda air mani masuk ke rahim dan ambil pil kontraseptif kecemasan di farmasi terdekat. Tetapi ini hanya untuk kecemasan sahaja ya!

    Usah rasa paranoid, lebih-lebih lagi jika anda mempunyai akses kepada pelbagai cara untuk mengelakkan kehamilan seperti:

    • Mengambil pil perancang ā€“ Anda boleh merancang kehamilan dengan mengambil pil perancang. Amalkan juga pemakaian kondom untuk lelaki.
    • Menahan diri dari bersetubuh ā€“ kaedah kontraseptif yang paling berkesan adalah dengan menahan diri daripada melakukan persetubuhan (abstinence).

    Anda juga perlu tahu bahawa walaupun masih ada kebarangkalian untuk anda mengandung ketika bersentuhan dengan air mani yang sedikit, peratusannya amatlah rendah!

    Jadi jangan risau tentang setitik air mani boleh hamil ini lagi ya!

    Jika mempunyai persoalan tentang kaedah kontraseptif terbaik untuk anda dan keluarga, silalah ke klinik terdekat bagi mendapatkan penjelasan lebih lanjut.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum Ā· Hello Health Group


    Ditulis oleh Fatin Zahra Ā· Disemak pada 16/02/2024

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan