backup og meta

Kalau Sudah Bosan Cara Yang Sama Saja, Apa Kata Guna Sex Toy Ketika Beraksi?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 14/06/2023

    Kalau Sudah Bosan Cara Yang Sama Saja, Apa Kata Guna Sex Toy Ketika Beraksi?

    Anda dan pasangan peminat alat mainan seks? Maka artikel ini adalah tepat untuk anda! Ini kerana ramai suami isteri di luar sana yang tidak tahu akan cara penggunaannya ketika melakukan hubungan intim. Jadi, apa posisi seks dengan sex toy yang anda dan pasangan boleh cuba?

    Jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk mengetahuinya.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.

    Apa itu alat mainan seks?

    Buat anda yang belum tahu, terdapat banyak alat mainan seks yang tercipta di dunia ini bertujuan membantu anda dan pasangan mendapatkan hubungan intim yang lebih mengghairahkan lagi mengasyikkan.

    Ia mempunyai banyak jenis, bentuk dan tujuan. Antara yang paling popular di seantero dunia ini adalah vibrator, dildo, butt plug, cock ring dan macam-macam lagi.

    Jangan risua, kami akan beritahu posisi seks dengan sex toy yang boleh dipraktikkan.

    Posisi seks dengan sex toy yang suami isteri wajib cuba!

    seks dengan sex toy

    Mungkin ramai yang arif tentang pelbagai posisi atas katil dan mungkin ada dalam kalangan anda yang hebat menggunakan sex toy. Namun, bagaimana untuk menggabungkan 2 elemen ini agar aksi di ranjang anda menjadi lebih hangat, panas dan membara?

    Ini merupakan beberapa posisi seks dengan sex toy yang anda dan pasangan wajib cuba:

    #1. Gaya missionary dengan vibrator

    Posisi missionary adalah posisi atas ranjang paling umum dan biasa dilakukan. Akan tetapi, gaya membosankan ini sebenarnya boleh jadi punca kedua-dua pasangan sukar mencapai klimaks terutamanya wanita.

    Jadi, apa yang anda dan pasangan boleh lakukan adalah isteri berbaring dalam keadaan menelentang sambil suami berada di atasnya. 

    Kemudian, suami menggunakan seks dengan sex toy iaitu memasukkan vibrator ke dalam faraj secara perlahan-lahan sehinggalah isteri hampir mencapai orgasma.

    Sesudah itu, barulah suami memasukkan zakar untuk melakukan penetrasi ke dalam faraj isteri sehinggalah kedua-dua anda dan pasangan berasa puas!

    #2. Aksi berjimak doggy style dengan vibrator

    Aksi doggy style adalah alternatif yang lebih baik dan menarik. Bukan itu sahaja kelebihannya, ia boleh dilakukan bersama posisi seks dengan sex toy. 

    Caranya adalah lebih kurang sama sahaja dengan posisi missionary tadi iaitu suami boleh memasukkan vibrator ini secara perlahan-lahan sehinggalah isteri hampir klimaks.

    Selepas itu, suami tidak perlu menunggu lama untuk melakukan penetrasi zakar ke dalam faraj. Bezanya, kesemua ini dilakukan dalam posisi doggy style.

    Buat anda yang kurang arif, posisi ini dilakukan dengan keadaan isteri perlu menonggeng sambil merehatkan siku dan lutut.

    Tugas suami pula mudah sahaja. Lakukan tusukan zakar dalam keadaan melutut dan tangan bebas untuk meraba tubuh badan isteri.

    #3. Aksi seks spooning dengan dildo

    Anda dan pasangan tahu posisi spooning ini? Buat anda yang kurang biasa dengan istilah ini, ia adalah posisi seks yang kurang menggunakan tenaga dan sangat mudah dilakukan.

    Caranya, isteri hanya perlu berbaring ke sisi sambil membelakangi suami. Kemudian, suami boleh menggunakan tangan untuk meramas payudara isteri sambil mendayung.

    Akan tetapi, bagaimana untuk melakukannya dengan dildo?

    Mudah sahaja. Sambil mendayung, anda boleh selang-selikan ia dengan memasukkan dildo ke dalam faraj untuk anda berehat seketika.

    Lakukan proses ini berulang kali sehingga isteri mula menampakkan tanda-tanda akan klimaks.

    Jika ister hampir mencapai orgasme, masukkan kembali zakar anda ke dalam faraj untuk pergerakan penyudah dan lepaskan air mani anda!

    seks dengan sex toy

    #4. Posisi bercinta anal sex dengan butt plug

    Amaran! Untuk anda yang beragama Islam, posisi ini adalah dilarang sama sekali untuk dilakukan.

    Seks anal adalah posisi seks yang memerlukan lelaki memasukkan zakar ke dalam lubang dubur wanita dan bukannya lubang faraj.

    Jika anda berniat untuk melakukannya bersama sex toy yang dikenali sebagai butt plug, ini cara yang boleh dipraktikkan.

    Ketika isteri sedang menonggeng sambil menunggu zakar suami dimasukkan ke dalam lubang dubur, mungkin suami boleh menggantikan zakar dengan butt plug ini?

    Ini kerana lubang dubur atau anus tidak akan menghasilkan cecair yang banyak sama seperti faraj untuk memudahkan penetrasi.

    Jadi, alat mainan seks ini adalah sangat membantu untuk anda memasukkan zakar selepas itu.

    #5. Posisi seks missionary dengan cock ring

    Seperti yang telah banyak kali disebutkan dalam artikel, posisi missionary memang membosankan. Pun begitu, apa kata anda tambah rencah dengan menggunakan cock ring?

    Buat anda yang belum tahu, cock ring atau cincin zakar banyak digunakan oleh lelaki yang mungkin mengalami masalah ereksi lemah. Ia berfungsi meningkatkan aliran darah ke zakar sekali gus menguatkan ereksi lelaki.

    Hakikatnya, posisi seks dengan sex toy ini tidak hanya termaktub kepada missionary sahaja.  Anda dan pasangan boleh cuba bermacam-macam posisi sambil cock ring dipasang pada zakar.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 14/06/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan