Guna Berus Gigi Untuk Terangsang? AMARAN KERAS, 5 ‘Alat Beronani’ Ini Sangat Berbahaya!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 17/09/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Ya, memang ramai manusia yang hidup di muka bumi ini beronani.

Walaupun fakta ini sangat sukar untuk dipercayai, namun inilah realiti sebenar kehidupan masa kini.

Menurut kajian yang dijalankan oleh Pakar Sosiologi dari University of Chicago, kira-kira 61% lelaki dan 38% wanita yang tinggal di Amerika Syarikat mengaku pernah melancap.

Menurut kajian itu lagi, kelompok usia yang paling banyak melancap adalah golongan lelaki yang berumur 20 hingga 39 tahun serta golongan wanita yang berumur 18 hingga 20 tahun.

Bukan sahaja di negara Uncle Sam, bahkan individu di seantero dunia ini juga tidak lari dari perbuatan ini.

Ada juga individu yang gemar beronani dengan bantuan pelbagai benda yang kadangkala tidak masuk dek akal.

Ingin tahu apakah benda-benda tersebut dan adakah ia berbahaya? Baca artikel ini!

Adakah beronani itu normal?

Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, wajarlah untuk kita tahu tentang perkara ini terlebih dahulu.

Jawapannya adalah ya, ia adalah normal kerana majoriti individu dewasa pernah melakukannya.

Anda mungkin biasa dengar ia dilakukan oleh individu remaja kerana belum berkahwin namun ketahuilah bahawa pasangan yang sudah berumah tangga juga mungkin melakukannya.

Pun begitu, ketahuilah bahawa melancap adalah satu perbuatan yang dilarang dalam agama Islam dan boleh mendatangkan dosa jika terus melakukannya untuk memuaskan nafsu.

Selain itu, bahaya onani juga adalah ia boleh menjejaskan tahap kesihatan individu.

Meskipun begitu, ia mungkin tidak akan menghalang segelintir individu dari terus beronani.

Lebih menakutkan, ada yang gemar menggunakan pelbagai benda untuk membantu mereka melancap!

melancap

Beronani bukan setakat guna sex toy sahaja…

Seperti mana yang umum sudah tahu, beronani adalah satu perbuatan mengurut atau menggesel alat sulit dengan menggunakan tangan bagi tujuan merangsang nafsu seksual.

Pun begitu, hanya menggunakan tangan kosong sahaja sudah tentu kesat lantas menyukarkan proses tersebut.

Disebabkan itu, pelbagai peralatan turut sama digunakan bagi memudahkan aktiviti ini dilakukan oleh individu terbabit.

Antaranya adalah pelincir, minyak, losyen atau sebarang peralatan yang boleh melincinkan pergerakan tangan dalam merangsang alat kemaluan.

Untuk lebih hangat, ada juga individu yang menggunakan alat permainan seks seperti vibrator, dildo, butt plug dan pelbagai lagi yang lain.

Persoalannya, adakah penggunaan sex toy semasa beronani adalah selamat?

Jawapannya adalah ya, sekiranya ia digunakan dengan cara yang bersih dan betul. Jika tidak, risiko penularan penyakit jangkitan kelamin (STD) adalah agak tinggi – inilah bahaya onani yang paling utama.

Namun bukan setakat sex toy sahaja yang digunakan untuk melancap…

Benda yang tidak patut digunakan untuk beronani!

Menggunakan tangan kosong atau alat permainan seks adalah normal, namun benda-benda berikut adalah sangat tidak patut digunakan untuk melancap baik bagi lelaki atau wanita:

#1. Makanan

Terkejut? Memang ada orang yang melakukannya!

Menurut Profesor Obstretrik dan Ginekologi di Northwestern University’s Feinberg School of Medicine Dr. Lauren Streicher, jangan sesekali menggunakan makanan sebagai alat untuk memuaskan nafsu.

Haiwan, buah-buahan dan sayur-sayuran sangat terdedah kepada bakteria dan bahan kimia yang sangat berbahaya kepada alat sulit anda.

Bukan itu sahaja, pelbagai jenis makanan juga mempunyai banyak bentuk yang sudah tentu boleh membuat alat kemaluan kalian luka.

melancap

#2. Berus gigi

Dr. Streicher turut menyatakan bahawa berus gigi sama ada jenis biasa atau eletrik juga adalah tabu ketika beronani.

Meskipun ia boleh bergetar sama seperti vibrator, berus gigi berisiko membuat alat sulit kalian mengalami kecederaan, kekoyakan dan keradangan pada tisu.

Ingin ditekankan bahawa, berus gigi mudah tercemar kerana bakteria dari mulut kita. Itulah sebabnya kita perlu menukarnya setiap 3 bulan. Apatah lagi menggunakannya pada klitoris akan menyebabkan risiko kemasukkan bakteria ini ke dalam vulva dan vagina. Seterusnya mengakibatkan jangkitan tertentu.

#3. Sikat rambut

Dr. Streicher mendedahkan lagi bahawa sikat rambut juga boleh mendatangkan risiko yang sama dengan berus gigi.

Ini kerana ia sudah tentu mengumpul pelbagai kuman serta hidupan mikro seperti kutu pada rambut yang akan mendatangkan bahaya jika masuk ke dalam alat kemaluan.

Bukan itu sahaja, sifatnya yang agak tajam juga boleh melukakan alat sulit anda lantas mengakibatkan infeksi.

#4. Lilin

Mungkin ramai menyangka sifat lilin yang licin adalah sesuai digunakan sebagai alat untuk beronani.

Anda ternyata salah kerana Dr. Streicher menjelaskan bahawa ia berisiko untuk patah semasa dimasukkan ke dalam faraj wanita.

Cairan lilin juga mengandungi bahan kimia yang boleh merengsakan kulit jika digunakan sebagai pelincir untuk zakar.

#5. Permainan selain sex toy

Akhir sekali adalah permainan selain sex toy.

Menurut Dr. Whelihan yang merupakan Pakar Ginekologi dari Florida, Amerika Syarikat, virus dan bakteria seperti E.coli boleh merebak melalui permainan dan berbahaya jika ia masuk ke dalam alat kemaluan.

Antara kesan yang mungkin berlaku adalah vaginosis bakteria dan faraj berbau seperti ikan.

Adakah anda mahu bahaya onani ini terjadi kepada anda? Fikirkan semula jika terfikir untuk beronani dengan benda-benda ini!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Seks Semasa Haid Bukan Sahaja Kotor Tapi Juga Bahaya! Kalian Mungkin Terkena Penyakit Ini!

Rasanya ramai yang tahu kita tidak digalakkan buat seks semasa haid tanpa tahu sebabnya bukan? Jom sama-sama ikuti artikel ini dengan lebih lanjut!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 12/10/2020 . 3 minit bacaan

Nak Hamil Kena Tahu Bila Waktu Subur, Tapi Tahu Tak Tanda Subur Setiap Wanita Berbeza?

Tanda-tanda ovulasi wanita mungkin berbeza bagi setiap individu, ada juga yang tidak mengalami sebarang gejala ketika ia berlaku.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Kehamilan, Rancang Kehamilan 12/10/2020 . 3 minit bacaan

Terangsang Apabila Pasangan Angkat Ketiak? Anda Mungkin Termasuk Dalam Golongan Ini!

Semua orang lahir dengan fantasi seks yang tersendiri. Bagaimana dengan ketiak manusia? Adakah ia normal atau tidak? Jom klik untuk tahu lebih lanjut!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 08/10/2020 . 3 minit bacaan

Seks Memang Seronok Namun Ada Kajian Kata Ia Boleh Cetuskan Serangan Asma! Benarkah?

Seks adalah satu aktiviti yang sangat seronok. Namun ada kajian yang kata ia boleh jadi punca penyakit asma! Benarkah? Jom klik untuk tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Pusat Kesihatan, Asma 08/10/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

penyakit radang pelvik

Malu Nak Jumpa Doktor, Penyakit Radang Pelvik Boleh Sembuh Sendiri Tanpa Rawatan?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 20/10/2020 . 3 minit bacaan
warna zakar

Perasan Tak Warna Alat Sulit Kita Berbeza Dengan Kulit Badan? Ini Rupanya Punca Kejadian!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan
haid dua kali sebulan

“Eh.. Kenapa Bulan Ini Dua Kali Datang Haid?” Takutnya! Normal Atau Tidak?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 15/10/2020 . 3 minit bacaan
tiub fallopio

Tiub Fallopio Tersumbat? Usah Risau, Ini Cara Semula Jadi Yang Boleh Dilakukan Hanya Di Rumah

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 14/10/2020 . 3 minit bacaan