backup og meta

Kenapa Kita Tidak Digalakkan Cukur Bulu Kemaluan Setiap Kali Sebelum Seks?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 21/06/2022

    Kenapa Kita Tidak Digalakkan Cukur Bulu Kemaluan Setiap Kali Sebelum Seks?

    Ada banyak perkara atau rutin yang akan dilakukan oleh individu setiap kali sebelum seks seperti mandi untuk segar, makan untuk tenaga serta mungkin juga mencukur bulu kemaluan agar alat sulit kelihatan lebih menarik.

    Pun begitu, tahukah anda bahawa ia mungkin boleh bawa bahaya? Jom baca artikel untuk mengetahui lebih lanjut!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.

    Kenapa ramai gemar mencukur bulu kemaluan?

    Sebenarnya, mencukur bulu tidak kira pada kemaluan, kaki, tangan, ketiak dan lain-lain bahagian pada tubuh badan itu adalah pilihan peribadi diri sendiri. Anda bebas untuk mahu atau tidak buat.

    Mungkin ramai individu yang beranggapan bahawa mencukur bulu kemaluan itu bertujuan untuk kebersihan dan kesihatan walhal tidak ada alasan atau sokongan dalam aspek perubatan.

    “Mencukur sebahagian atau seluruh bulu pada sesuatu tempat di badan anda itu tidak punya sebarang sebab dalam aspek perubatan,” menurut Pakar Obstretik & Ginekologi, Dr Mary Marnach.

    mencukur bulu kemaluan

    Menurut beliau lagi, perbuatan ini mungkin hanya akan membawa mudarat terutama jika tersalah cara. Anda berisiko tinggi untuk mengalami ketidakselesaan teruk pada alat sulit.

    Dalam erti kata lebih mudah, ramai gemar cukur bulu kemaluan mereka untuk tujuan kebersihan dan kesihatan sedangkan ia hanya satu pilihan untuk nilai estetika sahaja.

    Tetapi, ada satu anjuran yang kata kita tidak boleh main cukur bulu pada alat kelamin. Kenapa?

    Jangan cukur bulu setiap kali sebelum seks!

    Anjuran untuk tidak mencukur bulu kemaluan setiap kali sebelum seks itu bukannya datang tanpa sebarang sokongan atau alasan yang serba kukuh, ia terbukti boleh membawa kesan buruk.

    Ia kerana perbuatan ini terbukti berkait dengan pelbagai jenis penyakit jangkitan seksual (STD).

    Sebuah kajian terbitan jurnal Sexually Transmitted Infections menyatakan bahawa individu yang gemar cukur bulu alat sulit mereka tidak kira pada waktu apa pun mungkin lebih tinggi risiko STD:

    Seperti mana yang kita semua tahu, seks itu akan melibatkan persetubuhan kulit ke kulit serta pengeluaran cecair dari tubuh badan. Kontak rapat ini sahaja boleh menyebarkan STD.

    mencukur bulu kemaluan

    Dalam pada itu, ada sebab utama lain kita perlu elak daripada mencukur bulu kemaluan setiap kali sebelum seks untuk menghindari penyakit jangkitan kelamin. Teruskan baca di bawah.

    Risiko STD akan jadi lebih tinggi jika cukur!

    Kita mungkin sudah tahu jika perbuatan cukur bulu alat sulit akan meningkatkan risiko STD. Kenapa?

    Untuk pengetahuan anda semua, kulit di sekitar alat kelamin anda akan jadi lebih sensitif selepas cukur bulu akibat rengsa, radang, ruam, mahupun luka kesan daripada pisau cukur.

    Selain itu juga, cara cukur bulu di sekitar kemaluan yang kurang tepat juga boleh jadi punca bulu tumbuh ke dalam (ingrown hair), kondisi yang biasa berlaku di tempat ini.

    Akibatnya, ia akan jadi seakan sebuah ‘pintu gerbang’ untuk kulat, bakteria atau virus itu masuk ke dalam tubuh badan sekali gus menyebabkan jangkitan penyakit seksual.

    Maka, kita tidak digalakkan cukur bulu kemaluan setiap kali sebelum seks kerana khuatir jika ia boleh jadi punca STD. Namun, adakah itu bermakna anda tidak boleh langsung cukur bulu kemaluan? Atau, adakah ia perlu dibuat dengan cara lain?

    Cara mencukur bulu kemaluan yang betul…

    Perbuatan ini tidak boleh asal dilakukan begitu sahaja tanpa ada asasnya. Ikuti panduan yang berikut:

    mencukur bulu kemaluan

    #1. Menggunting itu lebih baik

    Ada banyak kaedah untuk buang bulu kemaluan termasuk shaving, waxing, threading atau dengan krim. Namun, kaedah menggunting itu ternyata paling bagus kerana ia tidak akan menyentuh akar bulu lantas mengelak banyak masalah lain.

    #2. Mencukur pada waktu tepat

    Seperti mana yang telah kami nyatakan di atas tadi, mencukur bulu alat kelamin setiap kali sebelum seks itu boleh membawa risiko STD. Jadi, apa yang anda perlu buat adalah mencukur ia pada waktu lain dan jauh dari waktu seks tersebut.

    #3. Pastikan anda dan pasangan bebas STD

    Perkara paling penting, anda perlu pastikan jika diri dan pasangan bebas STD pada peringkat awal.

    Dengan mengetahui perkara ini, maka anda tidak lagi perlu pening kepala memikirkan jika boleh atau tidak cukur bulu setiap kali sebelum seks kerana risiko itu mungkin sangat rendah.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 21/06/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan