backup og meta

BAHAYA! Kerap Melancap Guna Sabun, Antara Punca Kencing Tersumbat?

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 13/02/2023

    BAHAYA! Kerap Melancap Guna Sabun, Antara Punca Kencing Tersumbat?

    Umum mengetahui bahawa melancap atau beronani itu memang perbuatan yang berbahaya namun masih lagi dibuat oleh segelintir individu. Ia juga merupakan antara punca kencing tersumbat atau tidak boleh kencing, benarkah?

    Ya, wujud kes di mana individu yang kerap melancap cenderung untuk mengalami masalah ini lantas menjejaskan sistem perkumuhan. Ia dipercayai ada kaitan dengan sabun!

    Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai, jom teruskan membaca artikel.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan Urologi, anda boleh klik di sini.

    Melancap dan tak boleh kencing ada kaitan?

    tak boleh kencing

    Realitinya, sebuah kajian dari University of Chicago menyatakan kira-kira 61% lelaki dan 38 wanita yang tinggal di Amerika Syarikat mengaku pernah beronani.

    Dalam kajian yang sama, mereka yang paling banyak melancap adalah golongan lelaki yang berumur 20 – 39 tahun serta golongan wanita yang berumur 18 – 20 tahun.

    Bukan sahaja di negara Uncle Sam, perbuatan ini juga bahkan pernah atau masih diamalkan oleh majoriti individu di seluruh dunia dan dianggap sebagai normal.

    Mungkin benar bahawa beronani itu normal namun juga tersembunyi bahaya seperti boleh jadi punca tak boleh kencing dan lain-lain masalah pada alat sulit anda.

    Ini terutamanya jika individu tersebut melakukan perbuatan ini bersama dengan bahan pencuci seperti sabun mandi yang ingin dijadikan sebagai alat pelincir.

    Melancap guna sabun boleh bawa mudarat?

    Untuk pengetahuan anda, sabun mandi sering dijadikan sebagai alat pelincir ketika individu itu melancap ekoran sifatnya yang licin lagi melincirkan permukaan.

    Pun begitu, anda juga perlu sedar bahawa ia dicipta khas untuk membuang kotoran pada tubuh badan lantas mempunyai kandungan bahan kimia untuk tujuan tersebut.

    Bahan-bahan kimia ini yang jika digunakan untuk tujuan beronani mungkin boleh masuk ke dalam alat sulit individu lantas menjejaskan sistem perkumuhan anda.

    Menurut Dr Sri Viknarajan dari laman sesawang doctoroncall, ia mungkin boleh jadi punca kerengsaan, keradangan atau alahan pada bahagian luaran kulit alat sulit.

    Sekiranya termasuk ke dalam alat kemaluan pula, ia mungkin boleh jadi punca wujudnya kuman atau nanah terutamanya jika telah terluka akibat perbuatan melancap.

    Kesannya, ia akan jadi punca tak boleh kencing?

    tak boleh kencing

    Masalah kencing tersumbat mungkin didalangi oleh beberapa faktor risiko tertentu seperti jangkitan penyakit kelamin, jangkitan saluran kencing, dan lain-lain.

    Selain itu juga, punca tak boleh kencing juga dipercayai akibat daripada wujudnya kuman atau nanah pada bahagian dalam alat sulit yang terluka akibat beronani.

    Jadi, mungkin benar bahawa perbuatan melancap menggunakan sabun mandi itu merupakan antara salah satu punca tak boleh kencing yang harus dielakkan.

    Sekiranya ia berlaku kepada anda, segera berjumpa doktor untuk mendapatkan diagnosis dan rawatan atau ubatan seperti antibiotik atau ubat lawas kencing.

    Apa yang mungkin boleh disimpulkan di sini adalah melancap itu tentu sahaja merupakan perbuatan yang tidak ada faedah dan boleh bawa mudarat buat anda.

    Baca juga:

    Selain sabun, jangan guna bahan ini untuk beronani!

    Meskipun perbuatan beronani itu sendiri sudah disarankan untuk dielakkan, anda juga perlu tahu untuk tidak menggunakan bahan-bahan ini jika masih ingin melancap.

    Bahaya melancap dengan #1. Makanan

    Menurut Dr. Lauren Streicher dari Northwestern University’s Feinberg School of Medicine di Amerika, jangan sesekali menggunakan makanan sebagai bahan pelincir.

    Ini kerana produk daripada haiwan, buah-buahan dan sayur-sayuran sangat terdedah kepada bakteria dan bahan kimia yang amat berbahaya jika terkena pada alat sulit anda.

    Bahaya melancap dengan #2. Berus gigi

    Dr. Streicher turut menyatakan bahawa berus gigi sama ada jenis biasa atau elektrik juga adalah tabu ketika beronani kerana ia penuh bakteria asalnya daripada mulut.

    Meskipun ia boleh bergetar sama seperti vibrator, berus gigi berisiko membuat alat sulit kalian untuk mengalami kecederaan, kekoyakan dan keradangan pada tisu.

    #3. Sikat rambut

    bahaya melancapDr. Streicher juga mendedahkan bahawa sikat rambut turut mungkin boleh mendatangkan risiko yang sama dengan berus gigi yang penuh dengan anasir berbahaya.

    Ini kerana ia sudah tentu mengumpulkan pelbagai kuman serta hidupan mikro seperti kutu pada rambut yang akan mendatangkan bahaya jika ia termasuk ke dalam alat sulit.

    Bahaya melancap dengan #4. Lilin

    Mungkin ramai yang beranggapan sifat lilin yang licin adalah sesuai digunakan sebagai alat untuk melancap sedangkan ia juga boleh mendatangkan mudarat.

    Dr. Streicher menjelaskan bahawa ia berisiko patah jika dimasukkan ke dalam faraj wanita dan mengandungi bahan kimia yang boleh menjejaskan kulit zakar.

    #5. Permainan selain sex toy

    Akhir sekali, anda juga mungkin perlu berfikir banyak kali sebelum beronani dengan alat permainan selain sex toy yang mengandungi virus dan bakteria seperti E. coli.

    Konklusinya, melancap dengan sabun mandi atau lain-lain bahan di atas ini mungkin boleh mendatangkan mudarat seperti jadi punca tak boleh kencing.

    Oleh itu, sila elak menggunakan bahan-bahan ini jika terpaksa beronani atau cuba untuk hentikan tabiat tidak sihat ini dengan dapatkan bantuan pakar.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 13/02/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan