Permasalahan seks yang berlaku seperti di atas mungkin sahaja turut terjadi dalam kalangan pasangan suami isteri di Malaysia. Walaupun begitu, masih terdapat cara yang boleh dilakukan agar seks menjadi lebih memuaskan untuk anda dan juga pasangan.
Cara memberitahu pasangan yang tidak begitu memuaskan di ranjang
Kami tahu, anda akan berasa tidak begitu selesa ketika ingin berbincang bersama pasangan anda berkenaan permasalahan ini. Untuk memulakannya, ketahui cara yang terbaik untuk memberitahu si dia agar seks kembali memuaskan bagi kedua-dua belah pihak.
#1. Cari waktu yang sesuai antara pasangan suami isteri

Cara memberitahu pasangan suami isteri yang pertama adalah dengan mencari waktu yang sesuai. Sebaiknya, jangan terus memberitahu pasangan anda berkenaan perkara ini pada awal perkahwinan.
Anda boleh mengajak pasangan anda untuk bersantai terlebih dahulu seperti menonton televisyen atau meminum kopi pada waktu petang. Berbual dengan topik yang lebih santai terlebih dahulu sebelum memulakan perbualan berkenaan prestasi pasangan suami isteri.
#2. Jangan menyalahkan si dia
Kedua, jangan sesekali menyalahkan pasangan suami isteri disebabkan oleh prestasinya yang kurang memuaskan. Anda boleh menyuarakan harapan, keinginan dan juga kebimbangan anda dengan jujur.
Dalam situasi di mana anda tidak begitu puas dengan pasangan anda disebabkan kurang mengalami klimaks, anda boleh berbual mengenai hal ini secara santai.
Contohnya, “Saya dah beberapa kali tidak klimaks sewaktu bersama dengan abang. Saya ada membaca sesuatu di majalah berkenaan satu posisi ni. Mungkin nanti kita boleh cuba.”
Bercakaplah tanpa menunjukkan sebarang emosi dan halakan perbincangan ke arah penyelesaian, bukannya menyalahkan antara satu sama lain.
#3. Teroka posisi seks dan sentuhan baharu antara pasangan suami isteri
Ajak pasangan suami isteri untuk meneroka gaya seks yang baharu. Kadangkala, gaya atau posisi seks yang sama agak membosankan dan ia menjadi sekadar rutin ketika berhubungan.
Tidak ada salahnya jika anda ingin mengutarakan posisi seks yang lebih mengghairahkan kepada pasangan anda. Ini akan membuatkan aktiviti seks anda menjadi lebih hot dan ghairah.
Anda boleh mengajak si dia untuk melihat pelbagai jenis gaya atau posisi seks di majalah-majalah atau artikel di laman web.
Ketika anda ingin memulakan lagkah semasa berhubungan, berikannya sesuatu yang berlainan berbanding kebiasaan seperti urutan yang menggoda, berikan sedikit godaan yang berbeza atau gurauan bersifat seksual.
#4. Terus berbincang berkenaan penyelesaian

Jika pasangan anda memiliki masalah tertentu seperti faraj yang kering, monopaus, penyakit jangkitan seksual, atau mati pucuk, cuba cari jalan penyelesaian secara bersama.
Tunjukkan sokongan anda kepada pasangan, dengan mengajak si dia untuk berjumpa dengan doktor perubatan. Jangan lupa untuk sentiasa menemani pasangan anda semasa dia menjalani rawatan.
Konklusi
Melalui cara-cara yang dinyatakan seperti di atas, anda akan dapat menyelesaikan masalah prestasi pasangan suami isteri tanpa perlu menyinggung perasaannya.
Jangan sesekali mendahulukan emosi dalam setiap permasalahan, kerana setiap perkara boleh diselesaikan melalui perbincangan tanpa serangan yang melulu.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen