backup og meta

Sebelum Guna Sex Toys Masa Hamil, Baca Penjelasan Ini Dulu Untuk Elak BAHAYA!

Sebelum Guna Sex Toys Masa Hamil, Baca Penjelasan Ini Dulu Untuk Elak BAHAYA!

Apabila bercakap mengenai topik hamil sex, adakah selamat untuk ibu mengandung menggunakan alat sex atau ia patut dielakkan? Jawapannya ada di dalam artikel ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Hamil sex: Adakah selamat untuk melancap semasa mengandung?

Amnya, melancap atau beronani ketika berbadan dua, sama ada secara solo atau bersama pasangan dan menggunakan alat sex adalah sangat selamat. Ia dikatakan cara terbaik untuk melepaskan sebarang ketegangan tambahan yang ibu hamil rasai.

Selagi doktor memberikan kebenaran untuk anda dan pasangan melakukan hubungan seks dan orgasme – selalunya jarang sekali dilarang atas beberapa sebab – aktiviti untuk kepuasan diri dan seksual ini boleh dilakukan.

Pun begitu, sekiranya anda berada di trimester ketiga dan dimaklumkan berisiko tinggi untuk bersalin pramatang, hamil sex dan orgasme boleh meningkatkan risiko untuk bersalin kerana ia menyebabkan otot dalam rahim mengecut. 

hamil sex
Perkara penting sebelum menggunakan alatan seks.

Manfaat melancap kepada ibu wanita

Dari aspek fizikal dan mental, hamil sex dan orgasme memberikan beberapa kelebihan, antaranya:

  • Mengurangkan tekanan dengan menurunkan tahap kortisol (hormon tekanan)
  • Membantu anda tidur dengan lebih lena
  • Meningkatkan tahap estrogen, yang membantu kulit kelihatan lebih muda
  • Menaikkan keserian wajah kerana peningkatan aliran darah
  • Ia menguatkan lantai pelvis – boleh membantu dalam orgasme yang lebih kuat pada masa hadapan

Selamat ke menggunakan alat sex semasa mengandung?

Seks ketika mengandung dan aktiviti melancap adalah selamat. Tetapi bagaimana pula jika wanita yang mengandung itu mahu menggunakan alatan seks untuk memuaskan dirinya?

Penggunaan alat mainan seks atau sex toys seperti dildo atau vibrator juga selamat semasa tempoh kehamilan.

Hamil sex bagi kebanyakan wanita mengandung dengan kehamilan berisiko rendah untuk menggunakan alatan seks bukanlah satu halangan. 

Bahkan dikatakan, melakukan semua ini boleh menjadi satu cara untuk melegakan tekanan yang banyak, mengalihkan fikiran daripada memikirkan ketidakselesaan semasa kehamilan serta memberikan anda peluang untuk mengenali tubuh semasa mengandung.

Risaukan keadaan bayi jika menggunakan alatan seks?

Bertenang, bayi dalam kandungan anda dilindungi dengan selamat oleh kantung amniotik dan otot rahim. Palam lendir (mucus plug) juga menutup serviks dan membantu melindungi daripada jangkitan.

Yakinlah, walaupun ketika penetrasi seks, sama ada zakar atau alatan seks tidak akan bersentuhan dengan bayi anda. 

Sekiranya anda ingin menggunakan pelincir, minyak atau losen untuk beronani dengan alat sex ini, waspada dengan produk yang dilabelkan mengandungi pewangi, perasa serta mengiklankan kesan ‘penyejukan’ atau ‘pemanasan’.

Ini kerana mungkin terdapat bahan kimia yang boleh mengakibatkan jangkitan faraj disebabkan kerengsaan tisu faraj yang ultra-sensitif.

Jadi, apabila menggunakan alatan seks sewaktu berbadan dua ini, anda perlu lebih berhati-hati terhadap beberapa perkara, seperti:

  • Pastikan alat sex yang ingin digunakan bersih bagi mengelakkan jangkitan
  • Prihatin dengan keadaan diri dan hentikan penggunaannya jika anda mengalami pendarahan atau ketidakselesaan
  • Perubahan hormon dan fizikal akibat kehamilan mungkin bermakna anda perlu menambah pelincir atau mencuba posisi yang berbeza
  • Berhenti menggunakan sex toys sepenuhnya jika air ketuban pecah atau OB-GYN menyarankan anda untuk mengelakkan aktiviti seksual

Hamil sex: Elakkan alatan seks jika…

Doktor mungkin mengesyorkan anda untuk menghindari sebarang jenis aktiviti seksual semasa hamil, termasuklah seks oral, melancap atau menggunakan mainan seks, jika:

  • Anda mempunyai sejarah mengalami lemah serviks
  • Anda mempunyai plasenta rendah (plasenta previa)
  • Anda mengalami pendarahan yang banyak semasa kehamilan
  • Anda mempunyai jangkitan faraj semasa kehamilan
  • Anda mempunyai lebih daripada seorang bayi – mengandung kembar
  • Pasangan anda mempunyai jangkitan seksual
hamil sex
Mainan yang digunakan ketika bersenggama.

Jika anda mengalami pendarahan faraj, berbincanglah dengan doktor sebelum menggunakan alat sex atau melakukan hubungan kelamin bersama pasangan.

Pendarahan sedikit selepas hubungan seks mungkin tidak perlu dibimbangkan, malah ia mungkin disebabkan oleh serviks teriritasi. Tetapi tiada salahnya untuk berhati-hati, betul tak?

Seperkara yang perlu anda ingat mainan seks adalah lebih keras berbanding zakar. Jadi jika faraj terasa lebih sensitif semasa hamil, gunakan mainan seks dengan lebih lembut.

Kesimpulan 

Ketika hamil ini, anda mungkin akan mendapati penggunaan alatan seks adalah lebih memuaskan berbanding sebelum ini. Ini disebabkan peningkatan aliran darah ke alat kelamin bersama perubahan hormon membuatkan orgasme lebih sengit.

Untuk melakukan hamil sex sepanjang tempoh mengandung, seseorang wanita berbadan dua harus berhati-hati dan berlembut semasa penggunaan mainan seks

Elakkan daripada memasukkannya terlalu dalam dan hindari sex toys yang mempunyai bahagian tepi tajam. Ia untuk mengelakkan sebarang ketidakselesaan daripada berlaku.

Orgasme yang berlaku juga boleh mencetuskan kekejangan ringan, dikenali sebagai Braxton Hicks – akan hilang secara perlahan-lahan. Ini adalah perkara biasa dan tiada apa yang perlu dibimbangkan. 

Tetapi sekiranya kekejangan yang dialami berterusan dan lebih menyakitkan, berjumpalah doktor dengan segera.

Walaupun kebanyakan wanita mengandung boleh menggunakan alat sex, namun amat disarankan untuk anda mendapatkan rundingan doktor terlebih dahulu bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini. 

[embed-health-tool-due-date]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Is It Safe to Use a Vibrator While Pregnant? https://www.newkidscenter.org/Is-It-Safe-To-Use-A-Vibrator-While-Pregnant.html, Accessed on April 1, 2022 
  2. Sex during pregnancy: What’s OK, what’s not. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/pregnancy-week-by-week/in-depth/sex-during-pregnancy/art-20045318?pg=2, Accessed on April 1, 2022
  3. Sex During Pregnancy. https://kidshealth.org/en/parents/sex-pregnancy.html, Accessed on April 1, 2022
  4. Are sex toys safe? https://www.nhs.uk/common-health-questions/sexual-health/are-sex-toys-safe/, Accessed on April 1, 2022
  5. Is it safe to masturbate or use sex toys during pregnancy? https://www.babycentre.co.uk/x566461/is-it-safe-to-masturbate-or-use-sex-toys-during-pregnancy, Accessed on April 1, 2022
  6. Sex during pregnancy: questions and concerns. https://www.nct.org.uk/pregnancy/relationships-sex/sex-during-pregnancy-questions-and-concerns, Accessed on April 1, 2022

Versi Terbaru

12/12/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Annes Nadia


Artikel Berkaitan

Ini Bagaimana Keinginan Seksual Mempengaruhi Wanita Semasa Hamil

Boleh Ke Guna Pelincir Semasa Mengandung? Ikut Syarat Ini!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 3 hari lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan