backup og meta

Jika Mahu Turunkan Berat Badan, Ambil 8 Jenis Makanan Diet Untuk Kurus Ini!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 13/02/2024

    Jika Mahu Turunkan Berat Badan, Ambil 8 Jenis Makanan Diet Untuk Kurus Ini!

    Menurunkan berat badan bukan semuanya mengenai senaman, tapi apa yang anda makan juga penting. Kajian mendedahkan bahawa sesetengah makanan mungkin mempunyai kesan terhadap selera makan. Disebabkan ini, adalah penting untuk meningkatkan pengambilan sayuran, bijirin, kacang, dan makanan lain yang penuh dengan serat, protein, dan lain-lain nutrien ke dalam makanan untuk diet anda.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan pemakanan sihat, anda boleh klik di sini.

    Apa itu makanan untuk diet?

    Makanan dietetik merujuk kepada makanan atau minuman yang resipinya diubah untuk kurangkan lemak, karbohidrat, dan gula serta dimasukkan dalam program penurunan berat badan.

    Makanan sedemikian biasanya bertujuan untuk membantu penurunan berat badan. Disebabkan itulah makanan untuk diet untuk biasanya menjadi pilihan mereka yang ingin menurunkan berat.

    Apakah antara makanan diet turun 10 kg?

    Makanan untuk diet terbaik

    makanan untuk diet
    Sayuran antara makanan yang sinonim dengan rutin berdiet.

    Bagi anda yang tertanya-tanya mengenai makanan diet turun 10 kg dan menyihatkan, ia sangat mudah.

    Ini kerana sejumlah besar makanan sebenarnya sihat dan lazat.

    Dengan mengisi pinggan anda dengan buah-buahan, sayur-sayuran, protein berkualiti, dan makanan keseluruhan yang lain, anda akan mempunyai makanan yang berwarna-warni, versatil, dan bagus untuk anda.

    Berikut merupakan 8 jenis makanan diet seminggu turun 10 kg yang membantu anda dalam menurunkan berat:

    1: Telur makanan diet untuk kurus 

    Telur adalah makanan untuk diet yang popular, terutamanya sewaktu sarapan pagi, yang bantu mengurangkan berat badan.

    Dalam kajian kecil terhadap 21 lelaki, para penyelidik membandingkan kesan makan telur untuk sarapan pada pengambilan makanan, kelaparan, dan kepuasan.

    Mereka juga melihat tahap:

    • gula darah
    • insulin
    • ghrelin, yang juga dikenali sebagai hormon kelaparan

    Mereka mendapati bahawa lelaki yang makan sarapan telur memakan sedikit kurang pada hidangan berikutnya. Mereka juga dilaporkan berasa kurang lapar dan 3 jam lebih puas selepas sarapan pagi.

    #2 Oatmeal

    Satu kajian yang melibatkan 47 orang dewasa melihat perbezaan selera makan, kekenyangan, dan pengambilan makanan seterusnya selepas peserta makan oat, berbanding dengan bijirin sarapan sedia dimakan berasaskan oat.

    Selepas makan oatmeal, peserta berasa lebih kenyang dan kurang lapar berbanding makan bijirin.

    Selain itu, pengambilan kalori semasa makan tengah hari lebih rendah selepas makan oatmeal berbanding selepas makan bijirin sarapan pagi.

    Walaupun kedua-dua sarapan mengandungi jumlah kalori yang sama, oatmeal menyediakan lebih banyak protein, serat, dan kurang gula berbanding bijirin.

    #3 Sayuran hijau makanan diet untuk kurus

    Sayur-sayuran hijau adalah termasuk kale, bayam, collards, swiss chards dan beberapa yang lain. Ia rendah kalori dan karbohidrat serta sarat dengan serat, yang baik untuk menurunkan berat badan.

    makanan untuk diet
    Kepentingan serat terhadap tubuh badan.

    Makan sayur-sayuran hijau adalah cara yang baik untuk meningkatkan jumlah makanan anda, tanpa meningkatkan kalori.

    Banyak kajian menunjukkan bahawa makanan dan diet dengan kepadatan tenaga yang rendah membuatkan seseorang makan lebih sedikit kalori secara keseluruhan.

    #4: Sup

    Makanan untuk diet dengan ketumpatan tenaga yang rendah cenderung menjadikan individu makan lebih sedikit kalori.

    Kebanyakan makanan dengan ketumpatan tenaga yang rendah adalah yang mengandungi banyak air, seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Tetapi anda juga boleh menambah air dalam hidangan anda, dengan membuat sup.

    Sesetengah kajian menunjukkan bahawa makan makanan bersup boleh membuatkan individu berasa lebih kenyang dan mengambil kalori yang jauh lebih rendah.

    Walau bagaimanapun, pastikan anda tidak menambah terlalu banyak lemak dalam sup anda, seperti krim atau santan, kerana ini dapat meningkatkan kandungan kalori.

    Makanan untuk diet untuk kurus 5: Kekacang

    Walaupun tinggi lemak, kacang tidak menggemukkan seperti yang anda sangkakan. Ia makanan ringan yang sangat baik, mengandungi jumlah protein yang seimbang, serat dan lemak yang sihat.

    Kajian menunjukkan bahawa makan kacang boleh meningkatkan kesihatan metabolik dan juga menggalakkan penurunan berat badan.

    Lebih-lebih lagi, kajian populasi menunjukkan bahawa orang yang makan kacang cenderung lebih sihat dan lebih kurus berbanding mereka yang tidak memakannya. Hanya pastikan anda tidak berlebihan kerana ia masih cukup tinggi dalam kalori. 

    6. Buah-buahan sebagai makanan diet untuk kurus 

    makanan untuk diet
    Mereka yang berdiet banyak mengambil buah-buahan dalam pemakanan harian.

    Kebanyakan pakar kesihatan bersetuju bahawa buah adalah menyihatkan dan antara makanan diet untuk kurus. Banyak kajian menunjukkan bahawa orang yang makan buah (dan sayur) cenderung lebih sihat daripada orang yang tidak mengambilnya.

    Tambahan lagi, buah-buahan juga mempunyai ciri-ciri untuk menghilangkan berat badan.

    Walaupun mengandungi gula semula jadi, ia mempunyai ketumpatan tenaga yang rendah. Selain itu, kandungan seratnya membantu menghalang gula daripada dikeluarkan terlalu cepat ke dalam aliran darah anda.

    #7: Yogurt

    Yogurt adalah makanan untuk diet yang sangat baik. Sesetengah jenis yogurt mengandungi bakteria probiotik yang dapat meningkatkan fungsi usus anda.

    Mempunyai usus yang sihat boleh membantu melindungi daripada keradangan dan rintangan leptin, yang merupakan salah satu pemacu hormon utama obesiti.

    Pastikan untuk memilih yogurt dengan kultur aktif kerana jenis yogurt lain mengandungi hampir tidak ada probiotik.

    Pertimbangkan juga untuk memilih yogurt penuh lemak kerana yogurt rendah lemak biasanya mengandungi gula, jadi sebaiknya elakkan pengambilannya.

    Makanan diet untuk kurus #8 Salmon

    Ikan berlemak seperti salmon sangat sihat dan menjadikan anda kenyang selama beberapa jam dengan sedikit kalori.

    Salmon mengandungi  protein berkualiti tinggi, lemak sihat dan pelbagai nutrien penting.

    Ikan dan makanan laut pada umumnya juga boleh membekalkan sejumlah besar iodin. Nutrisi ini diperlukan untuk fungsi tiroid yang sesuai, yang penting untuk memastikan metabolisma anda berjalan dengan optimum.

    Salmon juga kaya asid lemak omega-3, yang telah terbukti membantu mengurangkan keradangan, yang diketahui memainkan peranan utama dalam obesiti dan penyakit metabolik.

    Ikan kembung, ikan trout, ikan sardin, herring dan lain-lain jenis ikan berlemak juga sangat baik. 

    Kini anda telah tahu makanan diet yang boleh diamalkan.

    Diet secara selamat

    Apa pun tujuan diet anda, pastikan ia dilakukan dengan selamat tanpa sebarang rutin yang ekstrem.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 13/02/2024

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan