Walaupun ramalan ini dapat memberikan tanda amaran awal untuk pengawasan penyakit dan membolehkan peruntukan sumber kesihatan yang cukup dan tepat pada masanya, pasukan penyelidik mendapati bahawa wabak salmonella mungkin akan menjadi lebih teruk pada masa hadapan.
Diketuai oleh Pengarah Kumpulan Penyelidikan Sistem Kompleks, Profesor Mikhail Prokopenko, pasukan tersebut menggunakan data terikan bermula 2008 hingga 2016 untuk menunjukkan bahawa rangkaian genetik patogen salmonella dikaitkan hanya dengan beberapa tahap pemisahan, yang menunjukkan peningkatan keparahan epidemik masa hadapan.
Perkembangan bakteria Salmonella
Menurut Profesor Prokopenko, data mengenai wabak salmonella di New South Wales dalam dekad yang lalu telah menyerlahkan “peperangan” yang berterusan antara patogen dan hos manusia mereka.
Beliau turut menambah, dalam senario klasik evolusi Darwin, patogen tersebar dari masa ke semasa dengan mencipta banyak variasi yang bermutasi, dengan “klon” yang lebih berjangkit, yang akan menjadi paling dominan dalam populasi mereka sendiri.
Setiap tahun, terdapat kira-kira 93.8 juta jangkitan salmonella global, mengakibatkan kira-kira 155,000 kematian di seluruh dunia. Menurut CSIRO, patogen ini bertanggungjawab untuk lebih banyak kematian di Australia berbanding penyakit bawaan makanan yang lain.
Kajian menunjukkan bahawa rangkaian salmonella beroperasi sebagai ‘dunia kecil’, sepertimana rangkaian sosial manusia, di mana seluruh dunia dihubungkan melalui rangkaian sambungan yang pendek.