
Selaput dara bukanlah isu yang asing. Tapi, pernah tak terlintas di fikiran anda tentang selaput dara terletak dimana?
Teori masih dara
Sebenarnya isu sama ada seseorang wanita itu masih dara atau tidak sering menjadi topik perbualan, bukan sahaja dalam kalangan individu lelaki, malahan antara golongan wanita itu sendiri. Kiranya macam “membawanglah” juga sebenarnya ini.
Pelbagai teori berkenaan keperawanan seseorang itu timbul seperti jika punggungnya jatuh maka individu itu sudah tidak perawan, jika jalannya mengengkang bermakna individu itu sudah melakukan seks, jika kepala lututnya hitam sudah tidak berdara lagi wanita tersebut dan bermacam-macam lagi versi teori yang boleh anda dengar.
Tetapi adakah benar teori sebegitu dapat menentukan sama ada seseorang individu itu masih dara atau tidak? Atau ia sekadar kepercayaan dan mitos palsu yang harus diperbetulkan agar tiada lagi salah faham mengenainya?
Kepercayaan karut
Dalam satu status milik seorang pengguna akaun media sosial, Twitter, yang bertanyakan mengenai kesahihan teori tersebut kepada Dr. Amalina Che Bakri, “Benarkah punggung jatuh bermakna sudah tidak ada dara?”
Menurut Dr Amalina Che Bakri, Pakar Pelatih Bedah di Bahagian Surgikal dan Trauma di Imperial College Healthcare NHS Trust di bawah seliaan The Royal College of Surgeons of England, bentuk fizikal seseorang tidak boleh menentukan sama ada individu tersebut masih dara atau tidak.
Sama ada punggung jatuh, kepala lutut hitam, jalan mengengkang atau apa sekali pun dari segi fizikalnya, bagi mengatakan individu itu tidak lagi dara adalah satu teori mengarut.
Artikel berkaitan:
- Mengapa Faraj Keluar Darah Selepas Bersetubuh? Ada 7 Sebab, Tapi No 5 Paling BAHAYA
- Persiapan Menjadi Anak Dara: Menjelaskan Tentang Haid Kepada Anak
Faktor fizikal tidak boleh menjadi faktor pengukur mengenai keperawanan seseorang individu.
Fakta mengenai selaput dara
Untuk mengurangkan salah faham dan lebih memahami mengenai isu masih dara atau tidak, apa kata kita berbicara sedikit mengenai hymen yang dikatakan penentu keperawanan seseorang individu wanita.
1. Selaput dara terletak dimana?
Ramai yang tertanya-tanya, selaput dara terletak dimana?
Selaput dara atau dalam istilah Inggeris dikenali sebagai Hymen, merupakan satu lapisan nipis yang menyelaputi saluran pembukaan vagina atau faraj (vagina opening). Ia merupakan lapisan sel yang mempunyai saiz dan bentuk yang berbeza bagi setiap individu wanita.
Pecah dara sebelum bernikah tidak bermaksud individu wanita tersebut pernah melakukan hubungan seks.
Ini kerana selaput dara boleh terjejas sekiranya individu wanita tersebut melakukan aktiviti lasak seperti berlari, bersenam, melakukan sebarang aktiviti regangan, berbasikal ataupun memanjat sesuatu.
2. Tidak menutup semuanya
Umumnya, selaput dara bukanlah satu lapisan yang menutup keseluruhan penuh laluan faraj. Ini kerana sekiranya lapisan tersebut menutup secara penuh permukaan faraj, bagaimana untuk darah haid dan sebarang sisa cecair dari faraj keluar, bukan?
Jadi lapisan selaput dara hanya menutup sebahagian saluran pembukaan vagina.
Manakala sekiranya ia menutup secara penuh, seseorang individu itu mungkin mengalami penyakit yang dikenali sebagai Imperforated Hymen, yang akan menyekat pengeluaran haid serta lendiran vagina.
Sebenarnya, bukan semua bayi perempuan dilahirkan dengan selaput dara. Jadi menggunakan lapisan ini sebagai penentu sama ada seseorang masih dara atau tidak sudah tentu tidak boleh diterima akal.
3. Mudah lentur
Ini khususnya untuk pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga, ya? Jika pada kali pertama ingin melakukan seks, sebaiknya lakukan secara perlahan-lahan. Ini kerana tekstur selaput dara adalah seperti getah mudah lentur.
Seks kali pertama tidaklah begitu menyakitkan seperti yang disangka kerana selaput dara tidak akan terkoyak, tetapi ia sekadar meregang.
Kepercayaan mengenai selaput dara akan hilang atau pecah selepas melakukan seks adalah salah sama sekali. Ini kerana selaput dara itu cuma akan ‘teralih’ sedikit kerana teksturnya yang mudah lentur.
Tidak dinafikan, ketika melakukan seks buat pertama kalinya, anda mungkin dalam keadaan yang gementar.
Keadaan ini sekali gus membuatkan lapisan tersebut meregang secara keterlaluan dan akhirnya menyebabkan berlaku sedikit pendarahan.
Artikel berkaitan: Main Belakang Boleh Buat Wanita Hamil? Ini Risiko Seks Anal Mesti Tahu
Tetapi tidak seperti pendarahan yang berlaku, bukanlah seperti mitos atau kepercayaan kebanyakan individu. Ia cumalah sekadar pendarahan kecil dan tidaklah sehingga menyebabkan darah yang mengalir keluar itu membasahi cadar katil atau selimut anda.
Selaput ini dikatakan akan kembali kepada tempat asalnya jika seseorang individu itu sudah lama tidak melakukan sebarang hubungan seksual ataupun aktiviti pergerakan yang lasak.
Bukan penentu masih dara atau tidak
Hymen ini tidak boleh dijadikan sebagai faktor penentu untuk menentukan sama ada seseorang individu itu masih dara atau tidak.
Seperti yang sudah dinyatakan, terdapat individu yang dilahirkan tanpa kehadiran selaput dara.
Malahan jika anda merupakan individu yang dilahirkan dengan kehadiran lapisan hymen ini, ia cumalah sebahagian daripada lapisan tisu dalam badan anda.
Artikel berkaitan:
Terdapat satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Reproductive Health menyatakan, kakitangan perubatan profesional tidak boleh bergantung semata-mata kepada pemeriksaan fizikal selaput dara untuk menilai sama ada seseorang individu itu telah aktif secara seksual atau tidak.
Jadi sudah tentu, kajian ini boleh dianggap sebagai sokongan menyatakan selaput dara bukan penentu kepada keperawanan seseorang individu.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.