Punca
Penyebab sarkoidosis tidak diketahui, tetapi pakar berpendapat bahawa ia terhasil dari sistem imun tubuh yang bertindak balas terhadap bahan yang tidak diketahui. Sesetengah penyelidikan mendedahkan bahawa agen, kimia, debu dan reaksi abnormal yang berpotensi kepada protein sendiri (protein diri) mungkin bertanggungjawab terhadap pembentukan granuloma pada seseorang yang terdedah secara genetik.
Faktor risiko
Walaupun sesiapa boleh memdapat sarkoidosis, faktor-faktor yang boleh meningkatkan risiko anda termasuk:
- Umur dan jantina. Sarkoidosis boleh berlaku pada mana-mana peringkat umur, tetapi sering berlaku di antara umur 20 dan 60 tahun. Ia jarang berlaku pada zaman kanak-kanak, dan lebih biasa dalam kalangan wanita berbanding lelaki.
- Bangsa. Mereke yang berketurunan Afrika dan Eropah Utara mempunyai risiko sarkoidosis yang lebih tinggi. Orang Afrika-Amerika lebih cenderung untuk mempunyai penglibatan organ-organ lain bersama-sama dengan paru-paru.
- Sejarah keluarga. Sekiranya seseorang dalam keluarga anda mempunyai sarkoidosis, anda mungkin akan mengalami penyakit ini.
Simptom
Adalah mustahil untuk meramalkan bagaimana sarkoidosis akan menjejaskan seseorang. Ini kerana keadaan ini boleh menjejaskan mana-mana organ seseorang dan simptom yang berbeza-beza bergantung kepada organ yang terjejas.
Kebanyakan orang yang mempunyai sarkoidosis mengalami simptom secara tiba-tiba, tetapi ia biasanya hilang dalam beberapa bulan atau tahun, dan keadaan tidak kembali. Ini dikenali sebagai sarcoidosis akut.
Kebanyakan pesakit pada mulanya mengadu batuk kering berterusan, keletihan, dan sesak nafas. Simptom lain mungkin termasuk:
- Benjolan lembut kemerah-merahan atau tompokan merah pada kulit.
- Mata merah dan berair atau penglihatan kabur.
- Sendi bengkak dan menyakitkan.
- Kelenjar limfa yang membesar dan lembut di leher, ketiak, dan pangkal paha.
- Pembesaran kelenjar limfa di dada dan sekitar paru-paru.
- Suara yang serak/garau.
- Sakit di tangan, kaki, atau kawasan tulang belakang disebabkan oleh pembentukan sista (pertumbuhan yang tidak normal seperti tulang) dalam tulang.
- Pembentukan batu karang.
- Pembesaran hati.
- Degupan jantung tidak normal atau terlepas (aritmia), keradangan penutup jantung (perikarditis), atau kegagalan jantung.
- Kesan sistem saraf, termasuk kehilangan pendengaran, meningitis, sawan, atau gangguan psikiatri (contohnya, demensia, kemurungan, psikosis).
Diagnosis
Beberapa ujian yang berbeza boleh dilakukan untuk mendiagnosis sarkoidosis, bergantung kepada organ yang terjejas.