Faraj ketat yang terbaik?
Rata-rata wanita gusar jika keadaan faraj menjadi longgar. Namun adakah faraj yang ketat akan memberi jaminan anda akan dapat melakukan seks dan menikmatinya lebih baik berbanding faraj yang kurang anjal?
Sebenarnya, keadaan faraj yang ketat boleh menjadi simptom yang mendasari keadaan kesihatan tertentu. Ia terutamanya jika anda mungkin mengalami rasa sakit atau tidak selesa ketika penembusan sewaktu melakukan seks.
Sebenarnya, ketika anda berasa ghairah, otot faraj secara semula jadi akan menjadi tenang. Jadi faraj akan menghasilkan pelincir dan meregang dengan baik untuk memudahkan penembusan.
Namun jika keadaan sebaliknya, di mana anda tiada keghairahan atau tidak mempunyai keinginan untuk melakukan seks mahupun tidak bersedia secara fizikal – faraj tidak akan berada dalam keadaan santai, maka faraj tidak akan mengeluarkan pelincir dan tidak akan meregang.
Sekiranya otot faraj terlalu ketat, ia akan menyebabkan aktiviti seks menjadi perkara yang mendatangkan kesakitan dan menyukarkan anda untuk mencapai tahap klimaks.
Kesakitan itu mungkin sebagai tanda anda mempunyai risiko mengalami vaginimus, iaitu kesakitan yang berlaku, sebelum atau semasa penembusan dan ia boleh berlaku semasa melakukan seks, memasukkan tampon atau ketika melakukan ujian pelvik bagi memasukkan spekulum.

Perkuatkan otot
Jika masalah keanjalan faraj menjadi kebimbangan, mungkin anda boleh melakukan senaman pelvis bagi menguatkan otot lantai pelvis anda. Otot-otot ini penting dalam memberikan sokongan yang anda perlukan pada bahagian pundi kencing, rektum, usus kecil dan uterus.
Jika anda mempunyai otot lantai pelvis yang lemah disebabkan proses kelahiran dan penuaan, anda mungkin akan berdepan masalah seperti:
- Mengalami masalah kebocoran air kencing yang tidak terkawal
- Kentut faraj
- Berdepan rasa, keperluan atau keinginan untuk kencing secara berterusan
- Mengalami kesakitan pada sekitar bahagian pelvis
- Mengalami kesakitan semasa melakukan seks
Senaman lantai pelvis mungkin boleh membantu untuk mengatasi masalah kebocoran air kencing ringan. Walau bagaimanapun, senaman lantai pelvis ini mungkin tidak akan memberikan perubahan atau dapat membantu wanita yang mengalami masalah kebocoran air kencing yang serius dan kronik.
Sekadar mitos
Apa yang dapat disimpulkan, kekerapan melakukan seks menyebabkan faraj menjadi longgar adalah MITOS semata-mata. Maka anda tidak perlu risau, okay? Jalani kehidupan seks anda seperti biasa dan nikmatilah ia dengan penuh keseronokan.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.
Anda mungkin berminat untuk membaca artikel: