Nak Tahu Keputihan Normal Atau Tak, Semak 7 Kriteria Ini Dulu, Jangan Terus Panik!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 19/10/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, masalah keputihan atau fenomena lelehan berwarna putih pada faraj dialami oleh 75% wanita yang telah berkahwin seusai aktiviti seksual.

Jadi, adakah apa yang dialami oleh sebahagian besar wanita tersebut adalah sesuatu yang tidak perlu diambil berat? Jawapannya tidak.

Walaupun kebanyakan lendir putih yang keluar daripada faraj merupakan perkara normal yang tidak berkait dengan apa-apa penyakit, sebahagian daripadanya merupakan kesan daripada aktiviti bakteria yang boleh menyebabkan komplikasi seperti ketidaksuburan dan kanser rahim.

Kepercayaan yang menyatakan bahawa kesemua fenomena keputihan merupakan petanda akan bermulanya kitaran haid adalah tidak benar.

Mereka yang mengalami lelehan lendir ini perlu mengetahui sedikit sebanyak berkenaan dengannya bagi mengesan masalah keputihan tidak normal yang memerlukan perhatian doktor.

Jangkitan kuman atau masalah keputihan fisiologis?

Secara asasnya, masalah keputihan terbahagi kepada dua iaitu keputihan fisiologi (normal) dan keputihan patologi (tidak normal). Ciri-ciri bagi lendir untuk kedua-dua jenis keputihan adalah seperti berikut:

Keputihan NormalKeputihan Tidak Normal
WarnaPutihKuning, kelabu atau hijau
BauTidak berbauBerbau busuk
Sifat lendirLendir cair dan tidak berbauLendir pekat dan berbau
Jumlah lendirSedikitBanyak
KekerapanSebelum kitaran haidSemasa jangkitan kuman
Simptom lainTiadaGatal dan keradangan pada faraj
RawatanTidak perluPerlu (segera)

Terdapat beberapa faktor yang mendorong ke arah masalah keputihan namun perlulah diingatkan bahawa majoriti wanita melalui fasa keputihan normal sebelum bermulanya kitaran haid.

Ini bermakna diagnosis untuk penyakit tertentu tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya hanya kerana anda mempunyai salah satu faktor yang tersenarai di bawah.

Pemeriksaan rapi oleh doktor diperlukan untuk membuat diagnosis.

Lendir faraj boleh keluar sebab faktor hormon

masalah keputihan

Ketidakseimbangan hormon sering dikaitkan dengan kekerapan berlakunya masalah keputihan dalam kalangan wanita.

Stres dan polycystic ovarian syndrome (PCOS) adalah merupakan dua contoh penyakit yang boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon oestrogen di dalam badan seterusnya menyebabkan peningkatan rembesan cecair vagina.

Keputihan patologi yang boleh menyebabkan cecair vagina pekat boleh mendorong kulat untuk melekat pada dinding rahim.

Simptom lain seperti peningkatan bulu pada bahagian muka dan badan, kenaikan berat mendadak dan haid tidak teratur boleh dialami oleh wanita yang mempunyai ketidakseimbangan hormon.

Faktor penggunaan antibiotik

Walaupun antibiotik adalah merupakan ubat yang boleh digunakan untuk merawat pelbagai jenis jangkitan bakteria, ia juga boleh mendorong kepada tercetusnya spesies rintang antibiotik (antibiotik resistant).

Perkara ini boleh berlaku jika pesakit mengambil antibiotik berlebihan untuk jangka masa panjang yang menyebabkan kematian populasi bakteria baik pada bahagian faraj.

Ini boleh menyebabkan berlakunya jangkitan kuman pada bahagian faraj dan wanita tersebut boleh mengalami simptom gatal-gatal, ruam dan sakit pada bahagian faraj ketika menjalinkan hubungan kelamin.

Faktor kesuburan dan rangsangan seksual

Wanita boleh mengalami lelehan lendir yang banyak ketika di pertengahan fasa kitaran haidnya. Ini adalah merupakan tindak balas fisiologi badan bagi membuat persediaan untuk proses ovulasi.

Jumlah lendir tersebut akan berkurangan setelah telur berjaya dikeluarkan daripada ovari dan pada ketika ini, sebahagian wanita mengalami simptom kenaikan suhu badan, sakit di satu bahagian abdomen dan pendarahan kecil (spotting).

Jumlah lendir ini juga boleh meningkat tatkala wanita mengalami rangsangan seksual.

Ini berikutan pengembangan saiz salur darah pada bahagian kemaluan seterusnya menyebabkan peningkatan rembesan cecair faraj sebagai pelincir bagi menyediakan faraj untuk hubungan seksual.

Penggunaan alat pencegah kehamilan (intrauterine device atau IUD) boleh sebabkan masalah keputihan

masalah keputihan

Walaupun IUD adalah merupakan alat pencegah kehamilan yang efektif, hakikatnya, ia adalah merupakan objek asing di dalam faraj.

Alat ini boleh menyebabkan iritasi pada tisu-tisu di sekeliling dinding faraj dan jangkitan kuman.

Menurut kajian yang dijalankan oleh Tessa pada tahun 2013 berkenaan dengan IUD dan jangkitan kuman di bahagian faraj, mereka mendapati jangkitan tersebut berlaku kepada 37% daripada jumlah mereka yang menggunakan IUD.

Simptom lain yang boleh dialami adalah seperti lendir berwarna kuning, hijau atau kelabu, lendir yang berbau busuk, bengkak pada bukaan faraj dan sakit pada permukaan bukaan faraj.

Gaya hidup dan penyakit kronik

Gaya hidup memainkan peranan penting dalam menentukan kecenderungan seseorang itu untuk mendapat masalah keputihan tidak normal.

Wanita yang aktif dan mempunyai ramai teman seksual adalah lebih mudah untuk mendapat penyakit seksual yang boleh menyebabkan simptom lelehan lendir daripada bukaan faraj.

Bagaimana pula dengan penyakit kronik? Sebahagian besar masyarakat umum tahu bahawa penghidap penyakit AIDS, kanser dan kencing manis mempunyai sistem pertahanan badan yang lemah membuatkan mereka cenderung untuk mendapat pelbagai jenis jangkitan kuman.

Namun di antara kesemuanya, pesakit kencing manis kerap mendapat masalah keputihan disebabkan oleh kulat yang lebih suka untuk membiak dalam persekitaran yang tinggi gula.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Masalah Keputihan Mampu Diatasi Dengan Perubahan Gaya Hidup, Benar Ke?

Keputihan, cukup normal untuk berlaku. Pun begitu, lendiran yang kronik harus dirawat sebelum bertambah parah. Ini cara-cara hilangkan keputihan, jom baca!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Kesihatan Wanita Lain 18/02/2021 . 3 minit bacaan

Tahi Palat Boleh Terjadi Pada Lelaki @ Wanita – Ini Cara Membersihkannya, Barulah Selesa

Pernah dengar mengenai tahi palat pada zakar dan faraj? Jika tidak dibersihkan, ia boleh menyebabkan bau yang tidak menyenangkan serta bengkak!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kebersihan Diri 15/02/2021 . 3 minit bacaan

Keputihan Bertukar Warna, Macam Mana Nak Tahu Tanda Normal @ Penyakit?

Apakah perbezaan antara keputihan yang normal dan abnormal? Kadangkala, keputihan selepas haid boleh berubah-ubah sifatnya, lantas menyebabkan kekeliruan!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Kesihatan Wanita Lain 11/02/2021 . 3 minit bacaan

Berapa Hari Selepas Bersama Boleh Mengandung? (Klu: Lebih Dari Seminggu)

Anda terfikir dan tertanya berapa hari selepas bersama boleh mengandung? Untuk tahu jawapannya, jom klik dan baca artikel ini dengan lebih mendalam lagi!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Petua Seks 11/02/2021 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

hari wanita sedunia

4 Perkara Wajib Yang Perlu Setiap Wanita Lakukan, Jika Tidak, Nyawa Boleh Terancam!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 05/03/2021 . 3 minit bacaan
spotting coklat

Hamil, Tapi Ada Tompokan Coklat Pada Seluar Dalam, Ini Tanda Gugur @ Sebab Lain?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 02/03/2021 . 2 minit bacaan
hubungan suami istri

Kajian Kata Warga Emas Cenderung Lebih Aktif Bersetubuh, Ini Rupanya Sebabnya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 01/03/2021 . 3 minit bacaan
sakit pangkal rahim

Wanita, Jangan Lambat Bertindak! Ini Rawatan Kanser Pangkal Rahim Mengikut Tahap

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 24/02/2021 . 3 minit bacaan