backup og meta

Wanita Tahu Tak, Ada Cara Nak Bagi Period Datang Cepat Tanpa Perlu Makan Ubat!

Wanita Tahu Tak, Ada Cara Nak Bagi Period Datang Cepat Tanpa Perlu Makan Ubat!

Tunggu punya tunggu, tapi tidak datang-datang.. Ini mungkin menjadi antara kerisauan buat sesetengah wanita tatkala menunggu haid yang tidak kunjung tiba. Sebenarnya, terdapat pelbagai faktor mengapa seorang wanita ingin mempercepatkan haid mereka. Jadi, ada ke cara yang boleh dilakukan?

Untuk mengetahuinya, teruskan membaca artikel ini.

Antara faktor yang menjadi sebab wanita ingin cepat datang haid pada bulan tersebut mungkin kerana merancang untuk pergi ke Mekah, ingin melakukan aktiviti tertentu ataupun sering alami haid yang lambat dan inginkan kitaran menstruasi yang lebih teratur.

Jika kalian tergolong dalam golongan ini, ada berita baik buat anda!

Terdapat beberapa kaedah semula jadi yang boleh dicuba untuk mempercepatkan haid anda!

Contohnya, cara cepat haid minum apa atau cara cepat haid makan apa?

Sebelum itu, mari kita fahami terlebih dahulu mengapa kelewatan haid berlaku, jom baca!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

Kenapa darah haid tak keluar atau lambat?

Tempoh kitaran haid biasanya antara 21 hingga 35 hari dan ketiadaan haid dalam jangka waktu tertentu disebut sebagai amenorea.

Istilah ini digunakan bagi para gadis yang belum didatangi haid pada usia 15 tahun dan wanita yang telah terlepas haid sebanyak 3 kali atau lebih secara berturut-turut.

mempercepatkan haid
Antara tanda-tanda period yang tidak normal.

Terdapat beberapa kemungkinan yang menyebabkan kondisi ini, antaranya:

  • Faktor tekanan
  • Berat badan yang rendah atau tinggi
  • Sindrom ovarium polikistik (PCOS)
  • Kontraseptif hormon
  • Penyakit kronik seperti diabetes atau penyakit seliak
  • Masalah tiroid
  • Menopaus
  • Kehamilan

Ingin mempercepatkan haid? Ikut cara cepat haid datang semula jadi ini!

Usah risau, terdapat beberapa kaedah natural yang boleh kaum Hawa cuba bagi mempercepatkan haid mereka, antara caranya merangkumi:

#1. Mempercepatkan haid dengan vitamin C

mempercepatkan haid
Antara buah-buahan yang kaya vitamin C.

Sebilangan individu percaya vitamin C, juga disebut asid askorbik, boleh mempercepatkan menstruasi wanita.

Tetapi, masih tiada bukti saintifik yang boleh dipercayai untuk menyokong kenyataan ini.

Vitamin C juga dikatakan dapat meningkatkan tahap estrogen dan menurunkan tahap progesteron anda.

Ini menyebabkan rahim berkontraksi dan lapisannya ‘gugur’, jadi bermulanya menstruasi.

Untuk mencuba kaedah ini, anda tidak semestinya perlu mengambil suplemen, pengamalan makanan kaya sumber vitamin C juga sudah memadai.

Antaranya, buahan sitrus, beri, kismis hitam, brokoli, bayam, kubis Brussels, lada merah dan hijau, tomato dan lain-lain mampu menjadi sumber vitamin C yang baik.

#2. Kurangkan stres

Stres yang melampau berisiko mengganggu kitaran menstruasi dek sistem hormon pada otak dan darah yang terjejas.

Ketika stres, tubuh turut menghasilkan hormon kortisol (hormon stres) dalam jumlah berlebihan.

Disebabkan faktor itu, hormon ini akan menjejaskan penghasilan hormon estrogen dan progesteron yang bertugas dalam menjaga kitaran haid.

Dengan kata lain, mengurangi tahap stres adalah cara mujarab untuk mempercepatkan haid anda.

Idea yang lain, anda boleh ‘berpuasa’ daripada media sosial buat sementara waktu.

Ini kerana secara tidak sedar, media sosial berpotensi mengganggu kestabilan emosi kita, terutamanya tekanan rakan sebaya dari segi gaya hidup, menayangkan kegembiraan dan sebagainya.

Maka, tidak salah jika anda ingin ‘berehat’ sebentar daripada rangkaian sosial ini, mana tahu perasaan tertekan yang dialami selama ini juga berpunca daripada media sosial, bukan?

#3. Mengekalkan berat badan ideal sebagai cara cepat haid datang

Berlebihan atau kekurangan berat badan tidak bagus buat anda, terutamanya untuk kesihatan peranakan anda. Kenapa?

Ini kerana, berat badan kita sebenarnya sangat mempengaruhi proses ovulasi.

Jika anda tidak mengalami ovulasi, maka haid yang ditunggu-tunggu tidak akan berlaku.

Jadi sebaiknya, berusahalah untuk mengekalkan berat badan yang ideal.

#4. Mempercepatkan hadi dengan rajin bersenam

mempercepatkan haid
Bersenam juga boleh melancarkan haid.

Tahukah anda, senaman boleh membantu mempercepatkan haid dengan menyeimbangkan kadar hormon dalam tubuh?

Hormon yang seimbang dalam tubuh akan menghasilkan kitaran menstruasi yang teratur, membuatkan jadual menstruasi anda datang tepat pada waktunya!

Jika anda tidak biasa bersenam, cubalah dengan aktiviti fizikal yang ringan dahulu selama 30 minit sehari.

Anda boleh bermula dengan senaman brisk walking, skipping, jogging dan lain-lain.

Untuk memastikan haid yang teratur setiap bulan, melakukan rutin senaman sebanyak 3 kali setiap minggu adalah cara terbaik!

Selain bermanfaat untuk kesihatan, bersenam juga melepaskan hormon dopamin yang membuat anda berasa gembira.

Ini secara tidak langsung dapat menghindarkan perasaan tertekan atau stres yang berisiko menjejaskan kitaran haid.

#5. Melakukan seks jika ingin mempercepatkan haid! (bagi yang sudah berkahwin)

Berita baik bagi pembaca yang sudah berkahwin, seks dikatakan boleh menjadi antara alternatif untuk mempercepatkan haid.

Baik seks dengan penetrasi (memasukkan zakar ke dalam faraj) atau tanpa penetrasi (aktiviti seksual lain) dapat membantu dalam menghasilkan kitaran haid yang teratur.

Di samping itu, rangsangan seks dan orgasme membuatkan serviks melebar dengan sendirinya.

Ketika serviks melebar, rahim akan berkontraksi untuk menghasilkan ruang kosong, yang dapat memberi kesempatan untuk rahim menggugurkan lapisannya.

Bukan itu sahaja, melakukan hubungan intim secara berkala membantu seimbangkan hormon badan lantas mengurangi risiko stres!

Cara ini mungkin tidak berkesan untuk semua orang?

Tip yang dinyatakan ini mungkin berkesan terhadap sesetengah orang, namun mungkin juga tidak memberikan sebarang kesan kepada orang lain.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Amenorrhea. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/amenorrhea/symptoms-causes/syc-20369299. Accessed Dec 8, 2020.
  2. Menstrual cycle. https://www.nhs.uk/livewell/menstrualcycle/pages/doineedtoseeadoctor.aspx. Accessed Dec 8, 2020.
  3. Menstrual cycle. http://www.ijnrd.org/papers/IJNRD1705030.pdf. Accessed Dec 8, 2020.
  4. Menstrual Cycle Irregularity and Metabolic Disorders: A Population-Based Prospective Study
    https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC5161370/. Accessed Dec 8, 2020.
  5. Your Menstrual Cycle. https://www.womenshealth.gov/menstrual-cycle/your-menstrual-cycle. Accessed Dec 8, 2020.

Versi Terbaru

11/07/2024

Ditulis oleh Nisreen Nadiah

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Haid Datang Tak Menentu? Ini 23 Punca Period Tidak Teratur!

Darah Haid Keluar Selain Warna Merah? Hati-hati! Ini Petanda Masalah Kesihatan


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 11/07/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan