Ini 7 Fakta Berkenaan Orgasme Lelaki Yang Anda Perlu Tahu

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 10/06/2021

    Ini 7 Fakta Berkenaan Orgasme Lelaki Yang Anda Perlu Tahu

    Tahukah anda, lelaki boleh terpancut air mani walaupun tidak mendapat sebarang rangsangan seksual?

    Ya, mungkin kedengaran pelik, namun perkara ini benar. Malah, ada juga lelaki yang boleh mencapai orgasme tanpa terpancut air mani.

    Artikel ini akan memberikan beberapa maklumat trivia berkenaan dengan orgasme lelaki. Teruskan membaca untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

    #1 Adakah terpancut air mani merupakan satu bentuk orgasme?

    Jawapannya, tidak. Seperti yang telah penulis nyatakan di atas, ejakulasi hanyalah satu bentuk orgasme.

    Ada lelaki yang tidak terpancut air mani apabila mereka mencapai klimaks. Malah, dalam kes yang jarang berlaku, lelaki boleh klimaks beberapa kali dalam satu sesi.

    Pun begitu, walaupun mungkin kedengaran nikmat (boleh terpancut banyak kali dalam satu masa), ia mungkin bukan satu berita baik buat pasangan anda.

    Buat sesetengah individu, stamina di ranjang merupakan satu elemen penting untuk mencapai keseronokan seksual.

    #2 Ejakulasi, simptom lazim bagi orgasme lelaki

    Lazimnya, orgasme dan ejakulasi berlaku serentak. Ramai yang menganggap kedua-dua perkara ini merupakan satu fenomena yang sama walhal ia merupakan dua proses yang berbeza.

    Ada lelaki yang mengalami orgasme dan ejakulasi pada dua waktu berlainan dan ada yang merasai fenomena tersebut pada waktu yang sama.

    Jika anda mengalami orgasme dan terus memancutkan air mani, anda merupakan individu yang mempunyai orgasme ejakulasi.

    #3 Pelik namun lelaki boleh orgasme tanpa terpancut

    terpancut air mani

    Lagi sekali ingin penulis tekankan, anda tidak semestinya akan terpancut air mani semasa mencapai orgasme.

    Walaupun anda jenis yang mengalami orgasme ejakulasi, kadang-kadang, anda akan ‘tembak angin’ semasa klimaks.

    Fenomena ini turut dikenali sebagai orgasme kering.

    Perkara ini seharusnya tidak menjadi isu melainkan anda ingin mendapatkan cahaya mata. Dalam situasi tersebut, anda perlu merujuk kepada doktor.

    #4 Bukan wanita sahaja yang boleh mencapai orgasme berkali-kali

    Lelaki juga boleh! Mungkin ia jarang berlaku pada lelaki namun terdapat teknik yang boleh anda cuba.

    Kunci kepada orgasme berulang kali adalah anda perlu tahu bagaimana cara untuk memanjangkan durasi semasa anda sedang bernafsu sebelum terpancut.

    Onani atau dayung sehingga rasa hendak klimaks, kemudian berhenti dan cuba tukar posisi atau tukar tangan. Kawal pernafasan anda.

    Apabila keinginan seksual anda kelihatan seperti sudah semakin menurun, rangsang diri anda sekali lagi. Ulang sehingga anda sudah puas klimaks dan bersedia untuk pancut.

    #5 Paling best, ada yang boleh menikmati nombor 2, 3 dan 4 serentak

    Jika anda berupaya untuk mencapai klimaks berulang kali, anda boleh merasai kedua-dua orgasme kering dan basah.

    Seperti yang telah dinyatakan dalam isi ke-4, kunci kepada kenikmatan seksual bagi lelaki adalah dengan bermain ‘tarik tali’ antara fasa rangsangan yang minimum dan fasa klimaks.

    Sekiranya anda berasa hendak terpancut, berhenti dan cuba tukar posisi dan sebagainya.

    #6 Asyik cerita pasal rangsangan zakar sahaja, organ lain pun boleh buat anda pancut juga

    terpancut air mani

    Titik seksual pada lelaki bukan pada zakar sahaja. Terdapat beberapa organ/ bahagian yang boleh memberikan kenikmatan tidak terhingga kepada lelaki semasa hubungan seksual.

  • Prostat: Organ ini boleh memberikan tahap orgasme yang sangat dahsyat, sampai satu badan boleh menggeletar. Kebanyakan individu merangsang prostat dengan memasukkan jari dan alat seks. Namun, penulis tidak sama sekali menggalakkan anda untuk cuba seks anal (sama ada kaedah homoseksual atau heteroseksual, wanita memakai zakar palsu).
  • Puting lelaki: Mungkin puting tidak mempunyai fungsi berguna pada badan lelaki, namun ia merupakan titik rangsangan bagi lelaki. Saraf pada puting menghubungkan organ tersebut dengan bahagian korteks deria kemaluan pada otak. Oleh sebab itulah lelaki boleh mencapai ereksi dan terpancut air mani dengan hanya merangsang puting.
  • Titik rangsangan yang lain: Terdapat banyak lokasi titik rangsangan pada badan lelaki yang boleh menyebabkan mereka terpancut. Jika pasangan mempunyai teknik yang betul, ia boleh memberikan orgasme yang teramat kepada lelaki. Setiap individu mempunyai titik rangsangan kegemaran yang berbeza. Maka anda digalakkan untuk bermula dari hujung rambut ke hujung kaki.
  • #7 Rangsang titik seksual secara tidak langsung

    Mungkin anda ingin merangsang prostat namun tidak mahu memasukkan sebarang alat atau jari ke dalam punggung.

    Jika sedemikian, anda boleh memberikan tumpuan kepada kulit perineum anda.

    Perineum adalah kawasan yang terletak di antara kantung telur dan lubang punggung.

    Urutan pada kawasan tersebut sama ada dengan jari, lidah atau alat permainan seks boleh merangsang prostat secara tidak langsung.

    Ini boleh membuatkan lelaki cepat mencapai orgasme dan terpancut.

    Konklusi

    Bukan semua orgasme lelaki melibatkan ejakulasi. Bagi sesetengah individu, mereka hanya ‘tembak angin’.

    Perkara ini normal dan ia tidak seharusnya mendatangkan apa-apa komplikasi melainkan jika anda ingin mendapatkan cahaya mata.

    Oleh sebab air mani merupakan komponen penting untuk kehamilan, anda perlu rujuk kepada doktor untuk tindakan selanjutnya.

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 10/06/2021

    Iklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    Iklan
    Iklan
    Iklan