backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Wahai Isteri, Kenali 32 Tanda Suami Sedang STRES Fizikal & Mental - Jangan Abaikannya!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 02/11/2022

    Wahai Isteri, Kenali 32 Tanda Suami Sedang STRES Fizikal & Mental - Jangan Abaikannya!

    Stress atau tekanan boleh berlaku kepada sesiapa. Tetapi apakah tanda stress pada seseorang lelaki itu ya?

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Mental, sila dapatkannya di sini.

    Lelaki stress?

    Tidak seperti kaum Hawa, lelaki amat sukar atau jarang sekali memperlihatkan perasaan mereka di khalayak ramai.

    Mereka lebih gemar menyembunyikan perasaan mereka, seperti stres, disebabkan oleh faktor ego atau tidak mahu membesarkan perkara yang dianggap remeh.

    Mungkin disebabkan oleh tanggapan yang remeh ini juga, golongan lelaki tidak begitu mempedulikan tanda stress fizikal yang berlaku pada diri mereka.

    Tambahan pula, stres adalah satu pengalaman bersifat individu di mana perkara yang menyebabkan stres pada seseorang lelaki, mungkin tidak berlaku pada lelaki-lelaki yang lain.

    Tanda stres juga berbeza antara individu dengan individu yang lain. Justeru, sebaik-baiknya adalah orang yang terdekat dapat mengenal pasti tanda-tanda jika seseorang lelaki itu sedang berada dalam keadaan stres.

    Apakah tanda stress dalam kalangan lelaki?

    tanda stress

    Stres boleh dialami dalam dua keadaan, iaitu sama ada secara fizikal mahupun psikologi, tetapi kedua-duanya adalah saling berkaitan.

    Kajian ada menunjukkan bahawa stres yang kronik boleh menyebabkan penurunan fungsi imun tubuh.

    Ini kemudiannya akan meningkatkan risiko jangkitan dan mengurangkan kemampuan tubuh untuk melawan jangkitan tersebut. 

    Simptom fizikal stres

    Berikut merupakan antara simptom-simptom fizikal kejadian stres dalam kalangan kaum lelaki:

    1. Sakit pada bahagian dada.
    2. Jantung yang berdegup laju.
    3. Tekanan darah tinggi.
    4. Tercungap-cungap.
    5. Keletihan.
    6. Dorongan seks (libido) yang semakin menurun.
    7. Sakit pada bahagian otot seperti sakit belakang dan sakit leher.
    8. Sakit kepala.
    9. Pening.
    10. Rasa kering pada bahagian tekak.
    11. Ketidakhadaman.
    12. Sembelit atau cirit-birit.
    13. Peluh meningkat.
    14. Kekejangan perut.
    15. Kehilangan atau pertambahan berat badan.
    16. Masalah kulit.

    Simptom psikologi stres

    Selain daripada simptom atau tanda-tanda stress secara fizikal, tekanan juga boleh memberi kesan terhadap psikologi seseorang individu.

    Berikut merupakan antara simptom-simptom psikologi akibat stres:

    tanda stress

    1. Kesedihan.
    2. Kemurungan.
    3. Menangis.
    4. Rasa terasing.
    5. Insomnia.
    6. Emosi yang tidak stabil.
    7. Kebimbangan.
    8. Kegelisahan.
    9. Kemarahan yang tidak terkawal.
    10. Makan secara berlebihan atau terlalu kurang.
    11. Rasa tidak yakin pada diri sendiri.
    12. Produktiviti yang semakin menurun.
    13. Tidak puas dengan kerja.
    14. Perubahan yang berlaku dalam perhubungan.
    15. Kerap merokok.
    16. Kerap mengambil alkohol atau dadah.

    Kaedah-kaedah melegakan stres yang boleh anda cuba

    Jika anda adalah seorang lelaki dan berasa bahawa anda sedang berada dalam fasa tekanan, anda mungkin mahu mencuba beberapa kaedah ini bagi melegakan tekanan yang anda alami

    Terdapat beberapa strategi yang boleh anda lakukan, iaitu strategi jangka pendek, strategi jangka panjang, strategi pantas dan juga coping yang berfokus kepada masalah yang berlaku.

    Kami sarankan untuk anda melakukan strategi jangka pendek ini terlebih dahulu kerana ia amat praktikal untuk dilakukan dalam tempoh yang singkat.

    Baca juga:

    Strategi jangka pendek bagi melegakan stres

    Strategi jangka pendek adalah satu strategi melegakan stres yang boleh dilakukan di mana-mana sahaja, hanya memerlukan sedikit latihan, percuma dan memberikan kelegaan yang bersifat segera.

    Antara strategi yang boleh anda lakukan ialah:

    #1. Imejan berpandu (guided imagery)

    Ia adalah seolah-olah percutian pendek dalam minda anda.

    Anda boleh cuba membayangkan keberadaan anda di tempat-tempat yang menenangkan seperti membayangkan anda berada di tepi pantai untuk tujuan relaksasi.

    Tutupkan mata anda selama beberapa minit dan bayangkan aktiviti yang ingin anda lakukan.

    Libatkan semua deria anda untuk membantu anda mencapai ketenangan dan kegembiraan yang maksimum.

    #2. Meditasi

    Dengan bermeditasi dapat memberikan anda kelegaan stres yang bersifat jangka pendek.

    Ia juga mempunyai manfaat pengurusan stres yang berpanjangan. Dalam masa sama ia mencegah tanda stress kerja.

    Terdapat pelbagai lagi jenis meditasi yang boleh anda cuba dan setiap satunya adalah unik dan memberikan kebaikan yang tersendiri.

    tanda stress

    #3. Lakukan relaksasi otot progresif

    Ia melibatkan relaksasi kesemua otot dalam tubuh anda mengikut kumpulan. Mulakan dengan menarik nafas beberapa kali.

    Kemudian, lakukan regangan dan relaksasi beberapa kumpulan otot bermula daripada dahi sehinggalah ke bahagian jari kaki anda.

    Apabila anda kerap melakukannya, anda akan tahu berkenaan ketegangan yang berlaku pada otot anda dan mampu untuk relaks dengan lebih mudah. 

    #4. Berjalan-jalan atasi tanda stress

    Dengan hanya berjalan-jalan, ia juga mampu memberikan kelegaan terhadap stres yang anda alami dengan pantas.

    Apabila anda keluar berjalan-jalan, anda akan dapat melihat pemandangan yang menenangkan yang menyebabkan anda berasa lebih tenang. 

    Oleh itu, cuba dapatkan rehat daripada pekerjaan anda dan keluar mengambil angin di luar kawasan tempat kerja

    #modernmustache and #modernbeard

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 02/11/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan