Lelaki Ambil Viagra Rawat Mati Pucuk? AWAS, Jangan Ambil Jika Anda Termasuk 10 Golongan Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 12/08/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Hakikatnya, memang ramai lelaki di negara kita yang mengalami masalah mati pucuk. Namun mereka terlalu malu dan ego untuk mengakuinya.

Disebabkan itu, mereka lebih gemar menggunakan kaedah tradisonal seperti urutan jelqing untuk menyelesaikan masalah yang dialami itu.

Ini dilakukan dalam usaha memastikan mereka kekal hebat ketika beraksi di kamar tidur bersama pasangan. Persoalannya, adakah ini alternatif yang terbaik?

Tidak, sebenarnya wujud sejenis ubatan yang boleh merawat masalah mati pucuk iaitu viagra. Jom ikuti artikel ini untuk ambil tahu!

Apa itu viagra?

Viagra adalah sejenis ubatan dalam kategori sildenafil yang digunakan bagi merawat masalah disfungsi erektil (mati pucuk).

Ia berfungsi dengan meningkatkan pengaliran darah ke dalam salur pada zakar bagi membantu lelaki mendapatkan serta mengekalkan ereksi mereka.

Terdapat beberapa variasi ubatan ini termasuklah:

  • Tablet untuk ditelan
  • Tablet untuk dikunyah
  • Cecair
  • Tepung

viagra

Menurut kajian yang dijalankan oleh National Health Services di UK, kira-kira 2 per 3 lelaki yang mengambil ubatan ini berjaya meningkatkan kemampuan ereksi mereka.

Oleh itu, anda yang mempunyai masalah mati pucuk boleh mengambil ubatan ini dengan preskripsi yang ditetapkan oleh doktor bagi kemampuan seksual yang lebih mantap.

Adakah ia bagus untuk lelaki sahaja?

Seperti mana yang kita sudah tahu, ubatan ini memang sangat bagus untuk kaum Adam ekoran fungsinya yang boleh membantu menyelesaikan masalah mati pucuk.

Dengan bantuan ubatan bernama viagra ini, maka lelaki akan lebih yakin untuk menjalankan projek asmara bersama isteri tersayang tanpa rasa malu atau takut lagi.

Pun begitu, kalian juga perlu tahu bahawa sildenafil bukan sahaja bagus untuk lelaki malahan wanita juga terutamanya yang mengalami masalah hipertensi pulmonari.

Sebelum itu, kalian perlu tahu sildenafil terdapat 2 jenama bagi tujuan tertentu:

  • Viagra – Digunakan untuk merawat mati pucuk
  • Revatio – Digunakan untuk merawat hipertensi pulmonari

Revatio akan digunakan bagi merawat tekanan darah tinggi yang berlaku pada kawasan pulmonari yang terletak di antara jantung dengan paru-paru.

Kondisi ini akan berlaku apabila jantung terpaksa bekerja dengan lebih kuat bagi mengepam darah yang secukupnya kepada paru-paru.

Pengambilan revatio boleh membantu meningkatkan pengaliran darah ke dalam paru-paru dalam usaha mengurangkan beban jantung.

Kedua-dua ubatan sildenafil ini ternyata mampu menyelesaikan masalah kesihatan tertentu namun kalian masih perlu berwaspada kerana ia datang dengan kesan sampingan.

revatio

Awas, ini bahayanya terhadap kesihatan!

Di sebalik manfaat viagra dan revatio ini, tersembunyi beberapa mudarat sildenafil.

Berikut merupakan beberapa kesan sampingan yang mungkin boleh terjadi:

  • Sakit kepala
  • Sakit dada
  • Cirit-birit
  • Badan terasa panas
  • Sukar tidur
  • Sengal otot
  • Kawasan sekitar tangan dan kaki terasa kebas serta timbul ruam

Ia juga mungkin boleh jadi lebih teruk sehingga menyebabkan:

Lebih membimbangkan, ada kes lelaki yang mengambil viagra mengalami masalah tekanan darah, serangan jantung, pendarahan pada otak dan paru-paru, strok serta kematian.

Golongan yang perlu dan tidak boleh ambil sildenafil

apa itu viagra

Sildenafil jenis viagra boleh diambil oleh lelaki berusia 18 tahun ke atas, ia bukan untuk wanita dan kanak-kanak.

Sildenafil jenis revatio pula boleh diambil oleh individu yang berusia 1 tahun ke atas, namun tidak semua.

Harus diingatkan, ubat ini perlu diambil oleh individu yang mempunyai masalah mati pucuk atau hipertensi pulmonari sahaja dengan kebenaran doktor.

Jangan sesekali mengambilnya tanpa izin doktor lebih-lebih lagi jika kalian termasuk golongan yang mengalami masalah kesihatan seperti berikut:

  1. Masalah organ jantung dan hati.
  2. Masalah mata yang jarang berlaku seperti retinitis pigmentosa.
  3. Masalah darah seperti anaemia, leukemia atau multiple myeloma.
  4. Alahan kepada ubatan sildenafil atau lain-lain.
  5. Sedang mengambil ubatan nitrates untuk merawat sakit dada.
  6. Pernah terkena serangan jantung atau strok.
  7. Kelainan pada zakar seperti Peyronie’s disease.
  8. Ketumbuhan atau ulser pada perut.
  9. Tekanan darah rendah.
  10. Hemofilia.

Jadi, terjawablah sudah apa itu viagra dan revatio yang merupakan sejenis sildenafil untuk merawat masalah kondisi kesihatan tertentu.

Ia memang berkesan, namun ketahuilah terdapat juga kesan sampingan serta golongan yang dilarang untuk mengambilnya.

Jadi, sila dapatkan konsultasi daripada doktor terlebih dahulu sebelum mengambil viagra atau revatio ini okay!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Benarkah Jangkitan Klamidia Boleh Jadi Punca Kepada MATI PUCUK? Ini Jawapannya

Mati pucuk atau disfungsi erektil boleh terjadi jika seseorang individu itu menghidapi penyakit klamidia? Ini jawapan untuk persoalan tersebut.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 10/09/2020 . 3 minit bacaan

Jangan Sangka Testis Lelaki Tidak Punya Bakteria, Kajian Kata Ia Boleh Jejaskan Kesuburan!

Ada kajian terbaharu yang kata testis lelaki ada bakteria yang akan jejaskan kesuburan! Benarkah? Jom klik artikel ini untuk baca lebih lanjut.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 09/09/2020 . 3 minit bacaan

Benjolan Pada Testis Mungkin Petanda Sista Epididimis? Lelaki, Jangan Buat Tak Tahu Ya!

Sekiranya muncul benjolan pada testis, ia mungkin petanda penyakit sista epididimis. Ingin tahu apakah ia? Jom ikuti artikel dengan lebih lanjut!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 08/09/2020 . 3 minit bacaan

Nak Bagi Senjata Lebih Padu, Amalkan Urutan Jelqing! Tapi Boleh Ke Guna Aloe Vera?

Pernah dengar tentang urutan jelqing zakar? Ada yang kata ia boleh dan perlu dilakukan dengan aloe vera! Jom ikuti artikel ini untuk tahu jawapannya.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 07/09/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

pembengkakan prostat

Kerap Buat Seks Mungkin Boleh Cegah Kanser Prostat! – Berita Baik Atau Palsu?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 21/09/2020 . 3 minit bacaan
balanitis adalah

Jangan Biar Jika ‘Boboi’ Anda Rasa Sakit & Bengkak, Ia Mungkin Petanda Terkena Balanitis!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 18/09/2020 . 3 minit bacaan
ekzema zakar

Ekzema BUKAN Saja Boleh Jadi Pada Muka & Badan, Alat Sulit Juga Berisiko Terkena?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 15/09/2020 . 3 minit bacaan
masalah zakar

Zakar Memang TIADA Tulang, Tapi Kes Lelaki Berumur 63 Tahun Ini Tunjuk Sebaliknya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 14/09/2020 . 3 minit bacaan