backup og meta

Zakar Bengkok Ke Kiri Semasa Ereksi, Normal Atau Tanda Penyakit Peyronie?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 06/09/2022

    Zakar Bengkok Ke Kiri Semasa Ereksi, Normal Atau Tanda Penyakit Peyronie?

    Normalkah kalau zakar bengkok ke kiri atau kanan? Nampak pelik, tapi tak pasti jika ia normal atau disebabkan oleh penyakit?

    Sebenarnya, normal jika lelaki mempunyai zakar yang sedikit bengkok asalkan ia tidak menyebabkan kesakitan atau mempengaruhi prestasi seksual anda.

    Walau bagaimanapun, ada lelaki yang mengalami pembengkokan yang serius dan menyebabkan kesakitan semasa melakukan hubungan seks.

    Malah, kaum Adam juga mungkin akan mengalami tekanan perasaan dan rasa gelisah disebabkan rupa zakar bengkok ke kiri yang pelik. 

    Penyakit zakar bengkok atau penyakit Peyronie merupakan sesuatu yang lazim berlaku. Malah, 1 dalam 20 lelaki mengalami masalah zakar bengkok.

    Walau bagaimanapun, penting untuk anda kenal pasti apa yang normal dan apa yang tidak normal ya!

    Apa itu penyakit Peyronie?

    zakar bengkok ke kiri

    Lelaki yang mengalami penyakit Peyronie atau zakar bengkok ke kiri akan mendapat inflamasi dan tisu parut pada bahagian zakar mereka.

    Walau bagaimanapun, pakar masih belum pasti apakah penyebab kondisi zakar bengkok ke kiri ini. 

    Selalunya kaum Adam yang mengalami penyakit Peyronie tidak mempunyai zakar yang bengkok ketika lahir. Tetapi ia terjadi secara perlahan-lahan dan boleh menyebabkan kesakitan ketika melakukan hubungan seks.

    Ketika ereksi, zakar bengkok ke kiri, atas, bawah dan kanan bergantung kepada tempat tisu parut terbentuk.

    Ada juga yang tidak mengalami sebarang pembengkokan, tetapi mempunyai lekuk yang berbentuk jam pasir.

    Kebanyakan lelaki tidak mempunyai ereksi yang lurus sempurna. Selalunya, ia akan senget sedikit ke kanan atau ke kiri. Ramai juga lelaki yang mengalami zakar bengkok tidak mempunyai penyakit Peyronie.

    Selalunya, mereka yang mempunyai penyakit Peyronie akan membentuk tisu parut pada bahagian hujung zakar dan menyebabkannya untuk bengkok ke atas semasa ereksi.

    Jika tisu tersebut pada bahagian bawah, ia akan menarik zakar bengkok ke bawah. Sama jugalah jika ia terletak di sisi zakar. Tisu ini akan menarik zakar untuk bengkok ke kanan atau ke kiri.

    Walau bagaimanapun, dalam 1/3 pesakit Peyronie, tisu parut yang terbentuk di kawasan lain juga boleh menyebabkan zakar menjadi bengkok.

    Sebagai contoh, parut yang terbentuk pada tapak tangan, tapak kaki dan juga pada gegendang telinga juga boleh membuatkan zakar bengkok.

    Simptom penyakit Peyronie

    zakar bengkok ke kiri

    Hampir separuh daripada pesakit Peyronie akan rasa sakit semasa melakukan hubungan seks. Simptom ini boleh muncul secara tiba-tiba atau perlahan-lahan.

    Selain simptom di atas, ada beberapa simptom lain seperti:

    1. Muncul tisu parut. Tisu ini boleh dirasa di bawah kulit sebagai ketulan atau garisan yang keras.
    2. Masalah disfungsi erektil. Penyakit Peyronie juga boleh menyebabkan pesakit mengalami masalah untuk mengekalkan ereksi.
    3. Zakar memendek. Penyakit Peyronie juga boleh menyebabkan zakar menjadi pendek.
    4. Masalah zakar lain seperti lekukan atau penyempitan zakar.

    Pesakit Peyronie yang rasa sakit ketika mengalami ereksi selalunya akan bertambah baik dalam masa setahun dua. Walau bagaimanapun, lekukan, tisu parut dan juga pembengkokan yang berlaku disebabkan penyakit ini akan kekal.

    Kadangkala, lelaki mengalami kesukaran untuk mengekalkan ereksi disebabkan kegelisahan yang mereka alami. Perasaan ini juga boleh menyebabkan lelaki yang mengalami Peyronie untuk rasa tidak yakin dan takut untuk beraksi.

    Mereka yang mengalami penyakit Peyronie yang serius akan rasa sukar, atau tidak dapat melakukan hubungan seks disebabkan rasa sakit serta keadaan fizikal zakar mereka yang menyukarkan penetrasi.

    Zakar bengkok ke kiri, bolehkah ia dirawat?

    zakar bengkok ke kiri

    Punca penyakit Peyronie masih lagi menjadi misteri hingga ke hari ini. Walaupun begitu, pakar percaya kondisi ini disebabkan oleh luka atau kecederaan pada zakar yang menyebabkan pendarahan dalaman.

    Malah, ada juga bukti yang menunjukkan kekenyalan zakar akan berkurang apabila lelaki jadi semakin berusia. Oleh sebab itu, mereka lebih berisiko untuk mengalami kecederaan ketika melakukan hubungan seks.

    Selain itu, ada juga kes yang berlaku ketika tidur. Lelaki yang berpusing ketika mengalami ereksi juga boleh mengalami kecederaan zakar.

    Jika anda menghidap penyakit Peyronie yang ringan, anda mungkin tidak memerlukan sebarang rawatan.

    Walau bagaimanapun, jika pembengkokan yang terjadi agak teruk dan membuatkan sukar melakukan hubungan seks, pembedahan boleh dilakukan untuk membetulkan bentuk zakar.

    Namun, jika pesakit ingin melakukan pembedahan, doktor akan menyarankan pesakit untuk tunggu selama 12 bulan. Kadangkala, simptom boleh sembuh dengan sendiri dan pesakit mungkin tidak perlu melakukan prosedur yang invasif seperti pembedahan.

    Pembedahan untuk penyakit Peyronie mungkin melibatkan:

    1. Pemotongan plak atau ketulan dan melekatkan kulit lain untuk meluruskan zakar.
    2.  Membuang sedikit bahagian zakar pada sebelah ketulan untuk membatalkan bengkok. Walau bagaimanapun, ini boleh menyebabkan zakar menjadi pendek.
    3. Memasukkan alatan tertentu untuk meluruskan zakar.

    Perlukah saya risau mengenai zakar bengkok ke kiri ini?

    Disebabkan banyak rawatan yang terbukti boleh membantu pesakit Peyronie, ada banyak prosedur yang boleh doktor cadangkan untuk merawat zakar bengkok yang pesakit alami.

    Namun, jika anda mempunyai zakar yang bengkok secara semula jadi dan tidak rasa sakit ketika melakukan hubungan seks dengan pasangan anda, besar kemungkinan anda tidak menghidap penyakit Peyronie!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 06/09/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan