Kaum Adam mesti takut dengan kondisi mati pucuk lelaki bukan? Jom klik dan baca aritkel ini untuk tahu dengan lebih lanjut tentangnya!
Kaum Adam mesti takut dengan kondisi mati pucuk lelaki bukan? Jom klik dan baca aritkel ini untuk tahu dengan lebih lanjut tentangnya!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Lelaki, anda boleh klik di sini.
Kondisi mati pucuk (erectile dysfunction) atau ED terjadi apabila seseorang lelaki itu tidak mampu atau gagal mengekalkan ereksi zakar yang cukup untuk melakukan seks.
Anda mungkin mengalami ED sekiranya:
Mati pucuk terjadi pada kaum Adam tanpa mengira bangsa di seluruh pelosok dunia dan anda lebih berisiko mengalami ED seiring penambahan umur.
Contohnya, mati pucuk lelaki terjadi dalam:
Gejala utama ED ialah ketidakmampuan untuk mendapatkan atau mengekalkan ereksi hingga ke akhir aktiviti seks.
Jika penyebabnya ialah psikologikal, lelaki mungkin mengalami keresahan, naik angin (mood swings), kemurungan, insomnia, dan risau dengan kemampuan seksual.
Jika penyebabnya ialah fizikal pula, gejala penyakit medikal mungkin melibatkan pendarahan yang lemah di bahagian kaki, atau nafas singkat apabila disertai senaman (kemungkinan penyakit jantung).
Kencing manis juga biasanya dikaitkan dengan mati pucuk lelaki.
Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas.
Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom dan tanda mati pucuk tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.
Penyebab mati pucuk, antaranya:
Faktor lain termasuk strok, menghisap rokok, mengambil alkohol, dan dadah.
Ubatan yang boleh mengakibatkan mati pucuk (terutamanya dalam kalangan orang tua) adalah ubat darah tinggi, anti depresi, sedatif, cimetadine, digoxin, diuretik dan ubatan terlarang.
Pelbagai faktor risiko turut menyumbang kepada masalah mati pucuk lelaki, antaranya:

Untuk kebanyakan lelaki, masalah mati pucuk adalah disebabkan atau diakibatkan oleh pilihan gaya hidup.
Antara langkah yang mungkin membantu ialah:
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/erectile-dysfunction/symptoms-causes/syc-20355776
https://www.niddk.nih.gov/health-information/urologic-diseases/erectile-dysfunction/symptoms-causes
https://www.nhs.uk/conditions/erection-problems-erectile-dysfunction/
https://www.urologyhealth.org/urology-a-z/e/erectile-dysfunction-(ed)
https://www.ajconline.org/article/S0002-9149(14)02270-X/fulltext
Erectile Dysfunction (ED)
Versi Terbaru
26/03/2026
Ditulis oleh Mellisa Lim
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan
Diperbaharui oleh: Ahmad Farid