backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Rasa Miss V Longgar, Apa Kata Anda Cuba 3 LANGKAH Ini Untuk Ketatkan Vagina Wanita

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab · Disemak pada 07/06/2023

    Rasa Miss V Longgar, Apa Kata Anda Cuba 3 LANGKAH Ini Untuk Ketatkan Vagina Wanita

    Mempunyai tubuh badan yang ramping dan mantap akan menjadikan seorang wanita itu lebih yakin dan selesa. Frasa ‘tubuh badan’ dalam konteks ini merangkumi semua aspek termasuklah bahagian faraj. Artikel ini akan memberikan anda maklumat dan cara ketatkan faraj yang longgar  tanpa perlu rawatan pembedahan oleh doktor.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

    Kenapa Vagina Menjadi Longgar?

    Berbeza dengan pendapat popular kebanyakkan orang, faraj yang longgar tidak ada kaitannya dengan hubungan seks. Dalam erti kata lain, kerap melakukan hubungan seks tidak akan mempengaruhi kelonggaran dan bentuk faraj anda.

    Ini bermaksud, tidak penting berapa kali anda melakukan hubungan seks dengan pasangan anda atau sebesar mana kemaluannya, kedua-dua faktor ini tidak akan menyebabkan faraj anda menjadi lebih longgar.

    Faraj yang longgar (faraj yang telah hilang keanjalannya) boleh disebabkan oleh beberapa perkara sebagai contoh, melahirkan anak, menopaus, atau disebabkan proses penuaan semula jadi badan.

    Diet Semula Jadi

    Ramai yang mungkin terkejut namun perkara ini adalah benar; diet yang berteraskan makanan semula jadi mampu mengetatkan faraj anda.

    Dengan intervensi nutrisi seperti diet yang seimbang, air putih yang mencukupi, buah an sayur-sayuran, anda boleh menguatkan lagi otot lantai pelvis anda, memandangkan proses membaikpulih dan mengekalkan keanjalan ini memerlukan banyak nutrisi dan vitamin.

    Anda perlu menstrukturkan diet anda dengan menambah makanan yang mengandungi sumber estrogen asli seperti halba, biji bijan, delima, kacang soya dan produk berasaskannya, lobak, beri dan epal.

    Tambahan lagi, selain sayur-sayuran dan buah-buahan, masukkan sekali bijirin tulen organik dan juga protein binatang tulen untuk membentuk diet yang sihat.

    Baca juga:

    Cara ketatkan faraj yang longgar

    Cara ketatkan faraj yang longgar 1: Senaman Kegel

    cara ketatkan faraj yang longgar

    Senaman Kegel telah terbukti sangat berkesan untuk membantu mengetatkan faraj anda.

    Langkah pertama dalam senaman ini adalah mengenalpasti otot yang betul. Ketika anda sudah separuh jalan dalam proses membuang air kecil, cuba untuk tahan air kencing tersebut menggunakan otot pelvis yang betul.

    Selepas anda habis membuang air kecil dan kosongkan pundi kencing, baring atas belakang anda dan kecutkan otot tadi untuk menghasilkan kontraksi. Kekal dalam posisi ini untuk beberapa saat dan ulangi semula untuk beberapa kali bagi mendapatkan keputusan yang positif.

    Sentiasa ingat bahawa senaman ini hanya berkesan jika anda memfokuskan sepenuhnya pada otot lantai pelvis. Dalam erti kata lain, elakkan daripada mengecutkan abdomen, bontot atau paha anda pada masa yang sama.

    Cara ketatkan faraj yang longgar 2: Mencangkung

    cara ketatkan faraj yang longgar

    Selain senaman Kegel, anda boleh juga mencuba senaman mencangkung sebagai cara ketatkan faraj yang longgar.

    Senaman ini sangat lazim dilakukan masa kini, demi mendapatkan badan yang mantap namun, anda perlu berikan perhatian kepada teknik yang betul kerana majoriti melakukannya dengan cara yang salah.

    Berdiri sambil kedua-dua kaki terkeluar sedikit daripada lebar pinggang, sambil kedua-dua ibu jari kaki sekitar 30 darjah dan kekalkan imbangan anda.

    Letakkan posisi badan seolah-olah anda sedang duduk di atas bangku, kemudian berdiri semula atas ibu jari kaki anda. Ulang semula pergerakan ini dari semasa ke semasa untuk mendapatkan keputusan yang cepat.

    Sekiranya anda tidak pasti sama ada anda sedang melakukannya dengan cara yang betul, anda digalakkan untuk mendapatkan khidmat jurulatih peribadi untuk memberi bantuan dan nasihat.

    Sebelum anda terus berjumpa dengan doktor atau berunding untuk melakukan pembedahan, cuba rawatan di rumah dan senaman di atas. Anda mungkin akan terkejut betapa berkesannya langkah-langkah yang dinyatakan dalam artikel ini.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab · Disemak pada 07/06/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan