Adakah gangguan lantai pelvis berlaku apabila kita bertambah tua?
Walaupun seseorang lebih cenderung mendapat gangguan lantai pelvis ketika mereka berumur, keadaan pelvis tidak semestinya disebabkan oleh penuaan dan boleh dirawat dengan campur tangan perubatan.
Siapakah yang berisiko mengalami gangguan lantai pelvis?
Wanita yang telah melahirkan anak lebih terdedah kepada gangguan lantai pelvis. Risiko meningkat dengan bilangan anak yang dilahirkan seorang wanita. Mereka yang berlebihan berat badan atau obes juga lebih cenderung mengalami gangguan lantai pelvis. Sekiranya anda pernah menjalani pembedahan lantai pelvis atau terapi radiasi untuk merawat keadaan kesihatan yang lain, anda berpotensi mengalami gangguan lantai pelvis kerana tisu pelvis anda berkemungkinan rosak semasa rawatan sebelumnya. Gaya hidup dan faktor genetik juga memainkan peranan.
Apakah pilihan rawatan yang ada untuk gangguan lantai pelvis?
Rawatan tanpa bedah termasuk:
- Senaman otot lantai pelvis untuk supaya dapat mengawal otot pelvis
- Suntikan untuk masalah pundi kencing
- Ubat untuk mengawal pundi kencing atau mengubati keadaan najis longgar dan masalah buang air besar
- Pesari vagina untuk merawat prolaps dan menyokong organ-organ pelvis, menghalang organ-organ tersebut daripada menggeleber ke dalam vagina lagi
Sekiranya pilihan rawatan tanpa bedah tidak berkesan untuk anda, doktor anda mungkin mengesyorkan pembedahan, terutama prolaps organ pelvis untuk membaiki prolaps dan membina semula otot pelvis. Pembedahan juga bermanfaat bagi mereka yang mempunyai masalah kawalan pundi kencing dan usus. Walau bagaimanapun, pembedahan pelvis mungkin mengganggu keupayaan anda untuk mempunyai anak. Adalah lebih baik untuk berunding dengan doktor anda secara terperinci untuk mempertimbangkan kebaikan dan keburukan dan mengena pasti pilihan yang paling sesuai untuk anda.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen