Oleh sebab itu, anda mungkin akan mendapati diri mengalami cecair lebih banyak semasa hamil dan ini adalah keadaan normal.

Tip mengatasi masalah faraj berlecak
Seperti yang dinyatakan pada awal tadi, keadaan ini adalah normal dan tiada apa yang boleh dilakukan untuk mencegahnya. Namun anda boleh menangani dengan penggunaan panty liner bagi mengawal kelembapan berlebihan.
Petua menguruskan lebihan cecair faraj
Selain itu, terdapat beberapa langkah boleh diambil untuk melindungi kesihatan faraj secara keseluruhan, termasuklah:
- Mengelap vagina dari depan ke belakang selepas menggunakan tandas
- Elakkan seluar ketat untuk tempoh yang lama
- Memakai seluar material kapas pada siang hari untuk membolehkan bahagian kemaluan bernafas
- Tidak memakai pakaian dalam pada waktu malam
- Elakkan berendam dalam tab mandian panas
- Mandi setiap hari dan pastikan bahagian kemaluan dilap kering
- Tidak menggunakan semburan pembersih wanita
Keadaan yang perlu anda awasi jika faraj berlecak
Walaupun lendir faraj adalah perkara yang tidak perlu dibimbangkan, tetapi jika cecair meleleh terlalu banyak anda harus melakukan pemeriksaan dengan doktor.

Ini kerana ada kalanya lendir faraj boleh menjadi petanda jangkitan seperti:
Dalam kes jangkitan di atas ini, lendir faraj biasanya tidak berwarna jernih.
- Ia mungkin kuning, putih atau kehijauan dan jangkitan yis boleh menjadi berketul-ketul
- Lendir normal biasanya berbau sedikit masin atau masam, tetapi jika ia merupakan jangkitan, ia akan menyebabkan bau hanyir
- Lendir berdarah atau tompokan darah lebih banyak daripada biasa di antara tempoh haid
- Jika ia disertai dengan rasa pedih, gatal dan sakit terutamanya selepas hubungan seks atau selepas membuang air, berjumpalah doktor dengan segera
Kesimpulan
Keputihan berair yang menyebabkan faraj berlecak tidak perlu dirisaukan kerana ia petanda vagina sedang membersihkan dirinya dan petanda ovulasi berlaku.
Tetapi jika disertai dengan gejala lain seperti kegatalan, kesakitan pada faraj atau sebarang keadaan lain, lakukan pemeriksaan dengan doktor untuk lebih kepastian.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen