Halba Dan Keistimewaannya Pada Kesihatan, Ia Juga Boleh Menghalang Kanser Kolon? Wow!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 21/10/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Banyak kebaikan halba pada kesihatan seperti daunnya digunakan sebagai herba dan bijinya pula digunakan sebagai rempah.

Ia berasal dari Timur Tengah dan Timur Dekat dan digunakan secara meluas di India.

Tumbuhan ini ditanam di negara-negara di seluruh dunia, tetapi kebanyakannya ditanam dan dimakan di India.

Halba adalah sejenis pokok rempah yang mempunyai daun berwarna hijau muda dan bunga putih yang kecil.

Pohon halba tumbuh kira-kira dua hingga tiga kaki tinggi, dan pod bijinya mengandungi 10 hingga 20 biji yang kecil yang rata, berwarna kuning-coklat, berasa pedas dan bersifat aromatik.

Biji rempah ini mempunyai rasa yang agak pahit, mirip dengan saderi, sirap mapel atau gula yang terbakar, dan sering digunakan untuk membuat ubat. 

Halba boleh dimakan atau digunakan dengan dijadikan pes yang digunakan keatas permukaan kulit untuk membantu menyembuhkan keradangan.

Kebaikan halba pada kesihatan

kebaikan halba

Walaupun saiznya agak kecil, tetapi ia kaya dengan pelbagai manfaat untuk kesihatan manusia.

Berikut merupakan antara manfaat yang boleh didapati jika anda mengambil halba dalam diet anda:

  • Menggalakkan pengeluaran susu

Pakar perubatan Ayurveda tradisional India sering menetapkan kebaikan halba kepada ibu-ibu yang menyusu.

Penyelidikan dalam Journal of Alternative and Complementary Medicine, New York, berjaya menyimpulkan bahawa dengan pengambilan teh halba untuk diet boleh membantu golongan ibu dalam meningkatkan pengeluaran susu.

Kapsul ekstrak helba membantu meningkatkan jumlah susu yang dihasilkan oleh payudara.

Kandungan magnesium dan vitamin di dalamnya juga membantu meningkatkan kualiti susu sekaligus menjaga kesihatan bayi.

Dalam kajian yang dijalankan pada tahun 2014, 25 orang wanita yang baru melahirkan anak meminum tiga cawan teh halba setiap hari selama 2 minggu dan menyaksikan peningkatan dalam jumlah susu pada minggu pertama.

  • Mengurangkan ketidakselesaan haid

Halba dianggap sebagai bahan yang kuat yang memudahkan proses menstruasi dan melegakan simptom yang berkaitan.

Ia adalah emmenagog, yang bermakna ia boleh membuka haid yang terhalang dan memberikan kelegaan daripada gangguan haid.

Para penyelidik berpendapat bahawa sebatian yang dipanggil alkaloid dalam rempah ini membantu menghalang reseptor deria yang membolehkan otak merasakan kesakitan.

Dalam satu kajian yang dijalankan pada tahun 2014, seramai 51 orang wanita yang mempunyai haid yang menyakitkan telah mengambil kapsul serbuk biji halba tiga kali sehari untuk 3 hari pertama haid mereka selama 2 bulan berturut-turut.

Mereka mengalami tempoh kesakitan yang lebih pendek dan simptom yang lebih sedikit.

  • Mengurangkan simptom menopaus

Antara kebaikan halba mengandungi kandungan diosgenin dan isoflavon estrogenik, yang sama dengan hormon seks wanita, estrogen.

Kehilangan estrogen boleh menyebabkan gejala menopaus oleh itu, dengan memakan halba boleh membantu mengurangkan simptom menopaus seperti perubahan mood, kemurungan, kekejangan, dan rasa lapar yang tidak normal.

Ia juga membantu mengawal beberapa hormon lain yang memelihara banyak proses tubuh lain.

  • Menurunkan tahap kolesterol

Penyelidikan yang diterbitkan dalam The British Journal of Nutrition menunjukkan bahawa penggunaan kebaikan halba mempunyai keberkesanan dalam membantu mengurangkan tahap kolesterol.

Ia membantu mengurangkan tahap kolesterol LDL (buruk) dengan ketara, yang boleh menghalang pelbagai keadaan seperti aterosklerosis, serangan jantung, dan strok.

Ia adalah sumber serat yang kaya, yang menghancurkan kolesterol yang berlebihan daripada arteri dan saluran darah badan.

Dengan mengurangkan kandungan kolesterol dalam aliran darah, anda mengurangkan risiko pembentukan gumpalan darah.

Walau bagaimanapun, teh tersebut tidak menyebabkan peserta kurang makan. Oleh disebabkan kandungan serat, serbuk ekstrak serat halba juga boleh menyebabkan rasa kenyang.

  • Menghalang kanser kolon

kebaikan halba

Kebaikan halba yang lain adalah mempunyai ciri-ciri anti karsinogenik, terutamanya berkaitan dengan kanser payudara dan pencegahan kanser kolon.

Steroid diosgenin yang terdapat dalam herba ini telah dikaitkan secara khusus dengan pencegahan kanser kolon.

Tambahan pula, pelbagai polisakarida bukan kanji seperti saponin, hemiselulosa, mucilage, tanin, dan pektin berfungsi merendahkan tahap kolesterol dan menghalang garam hempedu daripada diserap semula oleh kolon.

Ini boleh mengikat toksin dan melindungi membran mukus usus, yang boleh mengurangkan kanser kolorektal dan keadaan lain yang boleh menjejaskan kolon.

Dalam beberapa kajian lain, halba telah didapati menunjukkan kesan antikanser dan juga boleh membantu menggalakkan apoptosis atau kematian sel yang telah diprogram.

  • Mengawal diabetes

Kajian perintis pada tahun 2005 telah menunjukkan bahawa penambahan biji halba dalam diet pesakit diabetes membantu menurunkan tahap glukosa darah.

Disebabkan oleh kehadiran serat semula jadi galactomannan, herba ini memperlahankan kadar di mana gula diserap ke dalam aliran darah.

Asid amino 4-hydroxy isoleucine didapati dalam rempah ini, yang mengawal pembebasan insulin.

Ini membantu mengelakkan penurunan dan kenaikan gula darah dalam kalangan pesakit kencing manis. Sebanyak 15 – 20 gram halba biasanya disyorkan untuk mengawal gula darah setiap hari.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Ini Kebaikan Bone Broth Pada Si Kecil, Bolehlah Ibu Campurkan Ke Dalam Makanan Anak Nanti

Bone broth, sup tulang yang direbus lebih lama sehingga menjadi pekat dan disimpan sebagai kiub. Tetapi benarkah ia bagus untuk kesihatan diri anak kecil?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Fakta Nutrisi, Pemakanan Sihat 21/10/2020 . 3 minit bacaan

Minum Air Rendaman Kapal Terbang Boleh Rawat Kencing Manis? Jangan Buat BAHAYA!

Ada yang mendakwa, daun kapal terbang boleh ubati kencing manis. Namun, tidak ramai yang sedar, air rendaman daun pokok kapal terbang boleh sebabkan kanser.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Fakta Nutrisi, Pemakanan Sihat 18/08/2020 . 3 minit bacaan

Khasiat Kacip Fatimah Diperakui, Tapi Wanita Hamil Dan Ibu Menyusu Boleh Makan Ke?

Kacip fatimah adalah antara herba yang popular dalam kalangan masyarakat terutamanya di  negara Malaysia. Namun, bolehkah ibu hamil & wanita menyusu ambil?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Fakta Nutrisi, Pemakanan Sihat 04/08/2020 . 3 minit bacaan

Ingin Cepat Sembuh Daripada Sakit Tekak? Ini Penawarnya

Jika anda ingin memulihkan sakit tekak, di sini kami ada senaraikan beberapa penawar yang boleh meringankan simptom tersebut. Teruskan membaca.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Keadaan Tekak, Keadaan Telinga, Hidung/Tekak 03/07/2020 . 8 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

makanan pedas

Bila Boleh Berikan Bayi Makanan Pedas Seperti Kari? Ini Penjelasan Lengkap Untuk Anda

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 09/02/2021 . 3 minit bacaan
tahun baharu

Memori Tahun 2020, Ini 5 Pengajaran Yang Tidak Boleh Dilupakan

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 23/12/2020 . 3 minit bacaan
bahaya petir ketika cakap telefon

Jangan Guna Telefon Bimbit Ketika Ribut Petir, Bahaya! Apa Alasan Di Sebaliknya?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 11/12/2020 . 3 minit bacaan
kesihatan diri remaja

Remaja Pun Ada Masalah Kesihatan, Jangan Ambil Ringan! Ibu Ayah Sila Alert Terutama No. 5!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 04/11/2020 . 3 minit bacaan