Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 20/02/2024
Adakah demam denggi bahaya? Adakah demam denggi boleh sembuh? Demam denggi merupakan salah satu penyakit yang sering berlaku di Malaysia. Penyakit ini berpunca daripada jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes. Malah terdapat demam denggi yang boleh menyebabkan maut. Jom ikuti artikel ini dengan lebih mendalam lagi untuk mengetahui mengenai jenis demam denggi dan simptomnya.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Penyakit Berjangkit, sila dapatkannya di sini.
Statistik denggi di Malaysia
Berdasarkan Laporan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Situasi Denggi Semasa 25 Julai 2015, Statistik Demam Denggi menunjukkan peningkatan kes kumulatif yang begitu tinggi saban tahun sehingga mencecah 68,223 kes bagi tempoh Januari sehingga Julai 2015 di seluruh Malaysia sahaja dengan melibatkan 185 kes kematian.
Adakah demam denggi bahaya?
Manakala bagi tempoh yang sama bagi tahun 2014 telah mencatatkan 52,232 kes (peningkatan 30.6%) dengan 96 kematian (peningkatan 92.7%).
Jenis demam denggi & simptomnya
1. Jenis demam denggi dengan demam biasa (Undifferentiated fever)
Bagi bayi, kanak-kanak dan orang dewasa yang mendapat jangkitan demam denggi untuk kali pertama mungkin akan mengalami demam biasa yang sukar untuk dibezakan dengan demam viral yang lain.
Kadangkala membawa simptom demam seakan-akan selesema dan bertahan untuk satu hingga dua hari sahaja.
Kebiasaannya penghidap tidak mengetahui bahawa dirinya telah dijangkiti virus denggi.
Demam secara mendadak/tiba-tiba yang selama 3 hingga 7 hari
Sakit kepala yang teruk terutama di belakang mata
Sakit otot dan sendi, terutamanya dalam lutut, pergelangan kaki, siku
Anda juga mungkin mengalami rasa yang tidak menyenangkan di dalam mulut, kehilangan selera makan yang sering disertai dengan sakit perut, muntah dan cirit-birit.
Orang dewasa dan kanak-kanak sedang membesar menunjukkan tanda-tanda ini sementara kanak-kanak kecil sering tidak menunjukkan apa-apa gejala sama sekali.
3. Jenis demam denggi berdarah (Dengue Hemorrhagic Fever)
Jangkitan virus denggi yang disebarkan oleh nyamuk kadang-kadang berkembang menjadi komplikasi berpotensi maut yang dikenali sebagai DHF.
Ia mempunyai ciri-ciri serupa seperti demam denggi tetapi mungkin lebih teruk berbanding dengan sebelum ini.
Biasanya berlaku jika seseorang mengalami denggi lebih daripada sekali tetapi kebanyakan pesakit pulih dengan cepat jika mereka mengikuti rawatan perubatan yang sesuai.
DHF juga boleh dikategorikan kepada 4 gred mengikut simptom jangkitan iaitu:
Gred 1: Demam dan simptom lain yang tidak khusus dan ujian torniquet positif (berlaku pendarahan)
Gred 2: Tanda-tanda Gred 1 bersama pendarahan secara rawak (tiba-tiba)
Gred 3: Tanda-tanda kegagalan aliran darah (denyutan nadi menjadi laju atau lemah, tekanan darah rendah, kulit tampak lembap atau sejuk)
Gred 4: Kesan renjatan yang jelas sehinggakan nadi dan tekanan darah tidak dapat dibaca.
Simptom DHF:
Selepas demam, selama dua hingga lima hari, simptom ini mula muncul, tetapi ia mula menurun apabila demam mula sembuh.
Ia boleh membawa kepada komplikasi yang berpotensi maut akibat kebocoran plasma, pengumpulan cecair, kesukaran pernafasan, pendarahan teruk, atau gangguan organ jika tidak dirawat tepat pada waktunya.
4. Sindrom Kejutan Denggi (Dengue Shock Syndrome)
Jenis demam denggi ini adalah komplikasi yang berbahaya bagi jangkitan denggi dan dikaitkan dengan kematian yang tinggi.
Terkejut dalam denggi boleh menjadi dramatik, dan perkembangannya tidak berhenti.
Jika anda mengesyaki bahawa ada terdapat simptom demam denggi atau jenis demam denggi di atas pada badan anda (tanda demam berlanjutan dengan suhu badan tinggi), segera berjumpa doktor.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen