backup og meta

Gusi Mudah Berdarah? Ini Tanda Anda Kurang Vitamin! Semak 4 Gejala Lain

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 02/06/2022

    Gusi Mudah Berdarah? Ini Tanda Anda Kurang Vitamin! Semak 4 Gejala Lain

    Kesan kekurangan vitamin pada tubuh mungkin tidak begitu disedari apabila ia berlaku. Namun, anda berisiko untuk mengalami beberapa masalah atau penyakit akibat kekurangan vitamin.

    Apakah tanda-tanda tubuh badan anda mengalami kekurangan vitamin? Bagaimana pula dengan kesannya, adakah ia begitu teruk?

    Untuk mengetahui jawapannya, teruskan membaca artikel ini.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan pemakanan sihat, anda boleh klik di sini

    Pentingkah vitamin kepada tubuh?

    Setiap hari, badan anda akan menghasilkan kulit, otot, dan tulang baharu.

    Tubuh badan menghasilkan darah merah yang membawa nutrien dan oksigen ke seluruh bahagian tubuh.

    Selain itu, ia juga menghantar isyarat saraf ke seluruh badan anda.

    Akan tetapi, untuk melakukan semua ini, badan anda memerlukan beberapa jenis ‘bahan mentah’ iaitu vitamin dan mineral.

    Tubuh memerlukan sekurang-kurangnya 30 jenis vitamin, mineral dan komponen pemakanan, tetapi ia tidak dapat dihasilkan sendiri dalam jumlah yang mencukupi.

    Vitamin dan mineral dianggap sebagai nutrien penting, kerana ia melaksanakan beratus-ratus peranan dalam badan anda.

    Antara peranan penting vitamin dan mineral adalah membantu menguatkan tulang, menyembuhkan luka, dan meningkatkan sistem imun anda.

    Selain itu, ia juga berfungsi menukarkan makanan kepada bentuk tenaga, dan memperbaiki kerosakan sel tubuh. 

    Tanda-tanda dan kesan kekurangan vitamin

    kesan kekurangan vitamin

    Apabila tubuh badan mengalami kekurangan vitamin, ia akan menunjukkan beberapa tanda atau simptom yang boleh dikenal pasti.

    Tubuh badan juga akan mengalami beberapa masalah atau penyakit akibat kekurangan vitamin.

    Antara tanda dan kesan kekurangan vitamin ialah: 

    #1. Ulser mulut

    Luka di dalam dan sekitar mulut mungkin berlaku disebabkan pengambilan vitamin atau mineral tertentu yang tidak mencukupi.

    Sebagai contoh, ulser mulut biasa terjadi disebabkan oleh kekurangan zat besi atau vitamin B.

    Satu kajian kecil menyatakan bahawa, mereka yang ada ulser mulut berkemungkinan mempunyai tahap zat besi yang rendah sebanyak dua kali berbanding mereka yang tidak mempunyai ulser.

    Oleh itu, bagi menangani masalah kekurangan zat besi, anda perlulah mengambil jenis makanan yang kaya dengan mineral ini.

    Makanan yang kaya dengan zat besi termasuklah ayam, daging, ikan, kekacang, sayur-sayuran berdaun gelap, kacang, bijian, dan bijirin penuh.

    #2. Rambut dan kuku yang rapuh

    Salah satu tanda kesan kekurangan vitamin ialah keadaan rambut atau kuku yang rapuh.

    Pelbagai faktor boleh menyebabkan rambut dan kuku rapuh. Salah satunya ialah kekurangan biotin.

    Biotin juga dikenali sebagai vitamin B7, membantu tubuh menukarkan makanan kepada tenaga.

    Kekurangan biotin sangat jarang berlaku, tetapi apabila ia berlaku, rambut dan kuku akan menjadi rapuh, menipis, atau terbelah.

    Anda boleh mempertimbangkan untuk makan makanan yang kaya dengan biotin seperti kuning telur, ikan, daging dan produk tenusu.

    Selain itu, anda juga boleh mengambil kacang, bijian, sayur bayam dan juga brokoli. 

    #3. Keguguran rambut

    kesan kekurangan vitamin

    Keguguran rambut boleh berlaku disebabkan tubuh anda kekurangan beberapa jenis mineral atau vitamin.

    Antaranya ialah seperti zink, zat besi, asid linoleik (LA), asid alfa-linolenik (ALA), vitamin B3 dan vitamin B7.

    Anda boleh mengatasi penyakit akibat kekurangan vitamin ini dengan mengambil beberapa jenis makanan seperti kekacang, biji-bijian, sayuran berdaun gelap, ikan, telur, daging, dan juga bijirin penuh. 

    #4. Gusi berdarah

    Gusi berdarah juga merupakan antara kesan kekurangan vitamin.

    Kadangkala, teknik memberus gigi yang kasar adalah punca gusi berdarah.

    Namun, diet yang kekurangan vitamin C juga boleh menjadi antara punca ia berlaku.

    Vitamin C memainkan peranan penting dalam penyembuhan luka dan imuniti.

    Malah ia juga bertindak sebagai antioksida yang membantu mencegah kerosakan sel.

    Tubuh badan anda tidak menghasilkan vitamin C secara semula jadi, jadi satu-satunya cara untuk mengekalkan tahap vitamin C yang mencukupi adalah melalui diet.

    Anda perlu mengambil sekurang-kurangnya dua potongan buah dan juga tiga hingga empat hidangan sayuran setiap hari untuk mendapatkan vitamin C yang mencukupi. 

    #5. Sakit pada tulang

    Salah satu penyakit akibat kekurangan vitamin ialah sakit yang berlaku pada tulang anda.

    Jika anda mengalami kesakitan pada tulang, ia berkemungkinan disebabkan oleh kekurangan vitamin D.

    Bagi mengatasi penyakit akibat kekurangan vitamin D, anda boleh mengambil beberapa jenis makanan seperti ikan salmon, tuna, tiram, udang dan cendawan.

    Selain itu, anda juga boleh mengambil susu lembu, susu kacang soya, oatmil dan juga bijirin yang diperkaya dengan vitamin D.

    Vitamin D juga boleh diperoleh dengan cara menjemurkan diri anda di bawah matahari selama 10 minit.

    Jika lebih daripada 10 minit, anda perlu memakai sunscreen bagi melindungi diri anda daripada sinaran UV matahari. 

    Jangan ambil mudah kesan kekurangan vitamin 

    Kebanyakan tanda atau gejala kekurangan vitamin ini tidaklah begitu serius.

    Namun jika dibiarkan, ia bukan sahaja menyebabkan penyakit akibat kekurangan vitamin, tetapi juga mengganggu fisiologi tubuh anda.

    Ikuti saranan kami di atas bagi mengatasi masalah yang berkaitan dengan kekurangan vitamin. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 02/06/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan