Tahukah anda, kadar kekerapan kes denggi Malaysia berserta kadar kematian akibat denggi sebenarnya agak tinggi? Kami sediakan beberapa pantang larang demam denggi untuk makluman anda.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group
Tahukah anda, kadar kekerapan kes denggi Malaysia berserta kadar kematian akibat denggi sebenarnya agak tinggi? Kami sediakan beberapa pantang larang demam denggi untuk makluman anda.
Demam denggi Malaysia berlaku apabila tubuh badan kita dijangkiti dengan virus denggi (DENV) yang dibawa oleh nyamuk Aedes.
Untuk pengetahuan anda, jenis nyamuk yang sama juga adalah nyamuk yang bertanggungjawab menyebabkan jangkitan virus Zika dan demam kuning.
Jika tidak dirawat, denggi sememangnya membawa maut. Setakat ini, tiada sebarang vaksin atau ubat-ubatan khusus yang boleh digunakan untuk merawat demam denggi.
Kebanyakan kes jangkitan denggi hanya dirawat melalui rawatan simptom yang sedang berlaku.
Selain itu, pesakit denggi juga mungkin akan diberikan beberapa ubat penahan sakit yang boleh membantu mengurangkan pendarahan yang berlaku.
Pesakit denggi dinasihatkan untuk banyak meminum air bagi mengelakkan dehidrasi.
Bagi kes-kes denggi yang lebih kritikal, doktor akan memasukkan air ke dalam tubuh dengan menggunakan cecair IV .
Di seluruh dunia, kadar kes-kes jangkitan demam denggi menunjukkan peningkatan setiap tahun.
Pihak Pusat Kawalan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat juga menyatakan bahawa setiap seorang daripada empat orang individu yang mendapat demam denggi akan jatuh sakit.
Di Malaysia juga, kes denggi tidak menunjukkan tahap yang membanggakan.
Berdasarkan laporan terkini yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, kes denggi Malaysia meningkat sebanyak 3.6% berbanding minggu sebelumnya pada minggu ketiga bulan April 2021.
Bermula Januari 2021 sehingga 17 April 2021, kes jangkitan demam denggi Malaysia yang telah dicatatkan ialah sebanyak 8,313 kes.
Kematian yang disebabkan oleh demam denggi pula ialah sebanyak 5 kematian.
Berikut adalah beberapa pantang larang demam denggi yang anda kena patuhi sekiranya dijangkiti dengan virus denggi ini:
#1. Berjumpa doktor dengan kadar segera
Sekiranya anda mengalami salah satu daripada tanda-tanda di bawah, sila hadir ke klinik atau hospital dengan kadar segera:
Sekiranya anda pergi berjumpa doktor dengan lebih awal, doktor boleh membuat pemeriksaan dan memberikan rawatan awal.
#2. Minum banyak air
Ini bermakna, anda mungkin perlu ke tandas setiap tiga atau empat jam untuk membuang air kecil.
Minum air dengan banyak bukan sahaja membantu tubuh mengekalkan hidrasi, tetapi juga membantu demam yang dialami untuk lebih cepat pulih.
Selain itu, anda juga perlu banyak berehat bagi membantu memulihkan simptom yang dialami.
#3. Pantau simptom yang sedang anda alami
Biasanya, selepas fasa awal anda mengalami demam panas, anda akan beralih ke fasa yang lebih kritikal.
Oleh itu, adalah amat penting untuk anda sentiasa memantau simptom yang anda alami.
Perhatikan suhu badan anda dan juga simptom-simptom lain sekiranya ia menjadi semakin buruk.
Sekiranya anda semakin kerap muntah, atau mengalami pendarahan pada gusi gigi, itu adalah tanda simptom yang dialami menjadi semakin teruk.
Segeralah berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan yang sepatutnya.
#4. Denggi Malaysia: Patuhi arahan doktor
Sekiranya anda mengesyaki bahawa anda dijangkiti demam denggi, maka teruslah ke hospital bagi mendapatkan rawatan yang sewajarnya.
Anda mungkin perlu ditahan di wad bagi mendapatkan rawatan yang konsisten sehingga anda pulih.
Ikut segala arahan doktor semasa anda berada di wad agar anda lebih cepat sembuh.
Berikut ialah beberapa langkah untuk memastikan tiada jangkitan denggi berlaku di kawasan perumahan anda. Antara perkara yang boleh anda lakukan adalah:
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen