backup og meta

Bahaya Demam Denggi Berdarah, Benarkah Ia Berisiko Pada Kanak-kanak?

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 25/08/2023

    Bahaya Demam Denggi Berdarah, Benarkah Ia Berisiko Pada Kanak-kanak?

    Penyakit demam denggi bukanlah sesuatu yang asing di Malaysia dan yang lebih menakutkan jika ia adalah demam denggi berdarah.

    Berada di kawasan tropikal yang mengalami hujan sepanjang tahun, Malaysia adalah antara negara dengan kadar kes denggi tertinggi di dunia.

    Hampir 100 000 kes dicatatkan setiap tahun!

    Kebanyakan kes denggi melibatkan demam denggi biasa yang berkekalan selama satu atau dua minggu tanpa komplikasi yang serius.

    Namun, ada peratusan kecil daripada kes denggi yang boleh membawa maut iaitu denggi berdarah dan sindrom kejutan denggi.

    Dapatkan lebih banyak info tentang Penyakit Berjangkit, dapatkan di sini.

    Jenis demam denggi yang wujud!

    Demam denggi terdiri daripada beberapa jenis. Jenis-jenis tersebut adalah:

    • Denggi dengan demam biasa (undifferentiated fever)
    • Demam denggi biasa (classical dengue)
    • Demam denggi berdarah (dengue hemorrhagic fever)
    • Sindrom kejutan denggi (dengue shock syndrome)

    Pada tahun 2017, sebanyak 163 kematian telah dilaporkan manakala tahun sebelumnya pula adalah sebanyak 214 kematian.

    Disebabkan potensi denggi membawa maut, ia adalah penyakit yang perlu diberi perhatian.

    Tambahan pula, ia boleh berjangkit melalui gigitan nyamuk dan boleh dicegah dengan langkah serta penguatkuasaan yang rapi.

    Baca juga:

    Apa itu demam denggi berdarah?

    Penyakit denggi berdarah atau dengue hemorrhagic fever adalah sejenis sindrom yang cenderung berlaku dalam kalangan kanak-kanak berumur 10 tahun ke bawah.

    Antara simptom demam denggi berdarah adalah:

    Keadaan utama yang membuatkan denggi berdarah berbahaya adalah kebocoran plasma.

    Ia disebabkan oleh peningkatan pada kebolehtalapan (permeability) kapilari, menyebabkan plasma keluar daripada saluran darah menjadikan darah lebih pekat.

    Di samping itu, ia juga mungkin menyebabkan paru-paru berair (pleural effusion) dan ascites (perut buncit).

    Sindrom ini turut boleh menjejaskan hati dan menyebabkan radang hati atau hepatitis.

    demam denggi berdarah

    Kegagalan sistem peredaran pula menyebabkan tekanan darah rendah dan mungkin membawa maut tidak tidak dirawat segera.

    Kematian mungkin berlaku dalam tempoh 24 hingga 48 jam selepas permulaan tanda-tanda kegagalan sistem peredaran darah.

    Bagaimana kondisi ini boleh berlaku?

    Mana-mana jenis demam denggi, semuanya disebabkan oleh virus denggi yang dibawa oleh nyamuk Aedes aegypti.

    Virus ini mempunyai empat jenis serotype (jenis-sero) iaitu DEN-1, DEN-2, DEN-3, DEN-4.

    Setiap orang hanya boleh menghidap demam denggi sekali dari setiap virus.

    Patologi bagaimana penyakit denggi berdarah boleh berlaku adalah kurang jelas.

    Namun, kebanyakan pesakit yang mengalami denggi berdarah pernah mengalami demam denggi sebelumnya.

    Apabila seseorang dijangkiti buat kali kedua oleh serotype virus denggi yang lain dan menghasilkan kadar antibodi yang rendah.

    Antibodi ini mungkin bergabung dengan macrophage (sejenis sel bertindak menghapuskan bakteria atau virus) sehingga menyebabkan proses menghapuskan virus berkenaan gagal.

    demam denggi berdarah

    Sebaliknya ini akan membentuk kompleks antigen-antibodi yang mengakibatkan pelepasan bahan-bahan menyebabkan peningkatan kebolehtalapan (permeability) saluran darah sehingga berlaku kebocoran plasma, hypovolemia (kurang darah di dalam saluran darah) dan kejutan (shock).

    Beberapa kajian mendakwa bahawa kiraan platelet yang rendah berkaitan dengan patologi pada T cell (salah satu sel darah putih) di mana T cell menjadi lebih aktif daripada biasa dan mempercepatkan proses penghapusan sel (apoptosis) sehingga kiraan platelet turut terjejas.

    Mencegah demam denggi berdarah!

    Demam denggi adalah penyakit yang boleh dicegah. Pencegahan hendaklah bermula dari rumah.

    demam denggi berdarah

    Langkah-langkah berikut boleh diambil:

    • Membuang bekas air yang boleh menakung air
    • Memastikan pasu-pasu bunga atau bekas tadahan dibuang airnya sekurang-kurangnya seminggu sekali
    • Memastikan tangki dan bekas tadahan air ditutup
    • Gunakan semburan untuk membunuh nyamuk
    • Melindungi diri dari gigitan nyamuk seperti menutup tingkap dan pintu rumah, memakai baju lengan panjang atau menyapu ubat penghalau nyamuk
    • Pasangkan ubat lingkaran nyamuk atau ubat nyamuk eletrik di rumah

    Jangan pandang ringan terhadap kemungkinan nyamuk membiak di kawasan rumah anda ya?

    Lindungi diri, keluarga dan kejiranan anda daripada denggi.

    Jangan sampai kecuaian anda menyebabkan orang lain menderita.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 25/08/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan