backup og meta

17 Punca Darah Dalam Air Kencing! Berbeza Ikut Lelaki, Perempuan, Kanak-Kanak & Ibu Hamil!

17 Punca Darah Dalam Air Kencing! Berbeza Ikut Lelaki, Perempuan, Kanak-Kanak & Ibu Hamil!

Ada banyak sebab atau punca kencing berdarah yang boleh berlaku kepada seseorang. Namun, ia mungkin berbeza mengikut golongan seperti orang lelaki, wanita, kanak-kanak dan ibu hamil.

Berikut adalah punca-punca yang boleh berlaku mengikut golongan.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Masalah Urologi, sila dapatkannya di sini

Air kencing berdarah atau hematuria

Air kencing berdarah juga dikenali sebagai hematuria dalam istilah perubatan.

Ia adalah satu keadaan di mana terdapat darah dalam air kencing seseorang individu yang boleh dilihat dengan jelas sewaktu membuang air kecil.

Walaupun keadaan ini mungkin agak menakutkan, tetapi terdapat banyak punca yang boleh menyebabkan nya, daripada yang ringan sehingga punca yang lebih serius.

Artikel ini akan membincangkan punca-punca utama air kencing berdarah mengikut kategori individu dan kenapa boleh kencing berdarah.

Punca kencing berdarah bagi lelaki

punca kencing berdarah
Orang lelaki juga berisiko alami kencing berdarah.

Kenapa boleh kencing berdarah dalam kalangan orang lelaki?

Berikut adalah punca punca kencing berdarah bagi lelaki:

  • Jangkitan saluran kencing (UTI): Jangkitan ini boleh menyebabkan kewujudan darah dalam air kencing. Ia biasanya disebabkan oleh bakteria yang masuk melalui uretra dan membiak dalam pundi kencing
  • Batu karang: Batu karang adalah sebatian keras seperti kristal yang terbentuk dalam buah pinggang. Ia boleh menyebabkan rasa sakit serta kemunculan darah dalam air kencing apabila ia bergerak melalui tiub air kencing
  • Pembesaran prostat: Prostat yang membesar dalam kalangan orang lelaki juga boleh menekan uretra dan menyebabkan kesukaran atau darah dalam air kencing
  • Kanser:Kanser prostat, buah pinggang, atau pundi kencing juga boleh menyebabkan hematuria

Punca kencing berdarah bagi wanita

Untuk orang perempuan pula, kenapa boleh kencing berdarah?

Di bawah ini merupakan beberapa punca darah dalam kencing bagi wanita yang biasa berlaku:

  • Jangkitan saluran kencing: Sama seperti orang lelaki, kaum wanita juga boleh mendapat UTI yang menyebabkan air kencing berdarah
  • Kerosakan atau jangkitan pada pundi kencing: Ini boleh berlaku akibat kecederaan atau jangkitan, yang kemudiannya menyebabkan pendarahan
punca kencing berdarah
Lihat warna air kencing dan petunjuknya di sini.
  • Ketidakseimbangan hormon: Perubahan hormon boleh menyebabkan pendarahan dalam kalangan wanita terutamanya semasa fasa menopaus
  • Endometriosis: Tisu yang biasanya melapisi rahim wanita menjadi tidak normal dengan tumbuh di luar rahim atau kadangkala di pundi kencing. Keadaan ini juga boleh menyebabkan masalah kencing berdarah

Punca kencing berdarah semasa mengandung

Adakah bahaya kencing berdarah dalam kalangan wanita hamil?

Bagi ibu-ibu yang sedang hamil, berikut adalah antara punca darah dalam air kencing semasa mengandung:

  • Jangkitan saluran kencing: Risiko UTI akan meningkat semasa kehamilan disebabkan perubahan dalam sistem imun ibu hamil
  • Batu karang: Kehamilan juga boleh meningkatkan risiko pembentukan batu karang kerana terdapat perubahan dalam keseimbangan air dan mineral dalam tubuh
  • Trauma: Kecederaan atau trauma di kawasan pelvis semasa kehamilan boleh menyebabkan pendarahan dalam air kencing
  • Komplikasi kehamilan: Antara komplikasi-komplikasi kehamilan yang boleh menyebabkan pendarahan dalam air kencing adalah seperti placenta previa atau sejarah pembedahan lalu

Punca kencing berdarah bagi kanak-kanak

punca kencing berdarah
Kanak-kanak juga boleh alami masalah ini.

Bagi kanak-kanak, kenapa boleh kencing berdarah?

Kanak-kanak juga tidak terlepas daripada risiko mengalami masalah kencing berdarah. Berikut adalah punca darah dalam kencing bagi kanak-kanak:

  • Jangkitan saluran kencing: Kanak-kanak terutamanya kanak-kanak perempuan mungkin boleh mengalami UTI yang menyebabkan air kencing berdarah
  • Kecederaan: Terjatuh atau kecederaan lain juga boleh menyebabkan pendarahan dalam sistem perkumuhan kanak-kanak
  • Masalah buah pinggang: Kanak-kanak juga boleh mengalami glomerulonefritis, iaitu keadaan di mana saluran penapis-penapis kecil dalam buah pinggang mengalami keradangan. Ini kemudiannya boleh menyebabkan masalah kencing berdarah
  • Masalah konginetal: Keadaan konginetal seperti refluks vesicoureteral turut boleh menyebabkan kencing berdarah dalam kalangan kanak-kanak. Refluks vesicoureteral ialah aliran air kencing tidak normal, yang mengalir dari pundi kencing kembali ke buah pinggang. Aliran air kencing yang normal sepatutnya dari buah pinggang ke pundi kencing, bukan sebaliknya

Kesimpulan

Kini anda telah tahu adakah bahaya kencing berdarah.

Air kencing berdarah boleh menjadi tanda masalah kesihatan yang serius atau mungkin hanya gejala sementara yang tidak membahayakan.

Oleh sebab itu, pemeriksaan lanjut perlu dilakukan bagi mengetahui puncanya dengan lebih tepat.

Fakta

Kesedaran mengenai punca-punca darah dalam air kencing adalah langkah pertama untuk mendapatkan bantuan yang diperlukan daripada pakar perubatan. 

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Blood in urine (hematuria). https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/blood-in-urine/symptoms-causes/syc-20353432. Diakses pada September 27, 2023. 

Hematuria. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/15234-hematuria. Diakses pada September 27, 2023.

Blood in urine (hematuria): Causes and treatment. https://www.kidneyfund.org/all-about-kidneys/other-kidney-problems/blood-urine-hematuria. Diakses pada September 27, 2023.

Hematuria (Blood in Urine). https://www.pennmedicine.org/for-patients-and-visitors/patient-information/conditions-treated-a-to-z/hematuria. Diakses pada September 27, 2023.

Hematuria. https://www.urologyhealth.org/urology-a-z/h/hematuria. Diakses pada September 27, 2023.

Versi Terbaru

12/07/2024

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Elak 5 Makanan Ini Jika Anda Ada Masalah Kencing Kotor, Makin Buruk Jadinya Nanti!

AWAS Jika Anda Kerap Kencing & Air Kencing Bau KUAT, Ia Mungkin Tanda Bahaya Ini!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 12/07/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan