Dalam kalangan lelaki, penyakit kanser prostat merupakan kanser kedua yang lazim selepas kanser kulit. Untuk kanser prostat tanda penyakit ini agak sukar dikenal pasti.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group
Dalam kalangan lelaki, penyakit kanser prostat merupakan kanser kedua yang lazim selepas kanser kulit. Untuk kanser prostat tanda penyakit ini agak sukar dikenal pasti.
Manakan tidak, kanser prostat tanda membesar dengan perlahan dan sukar untuk dikesan awal.
Walaupun lelaki yang menghidap kanser prostat selalunya tidak akan mengalami sebarang simptom, namun ada juga tanda-tanda tertentu yang boleh diperhatikan sebagai langkah berjaga-jaga.
Jika anda risau mengenai sebarang perubahan pada tubuh badan anda, berbincanglah dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut. Nanti, doktor akan bertanyakan beberapa soalan untuk tujuan diagnosis.
Mari ikuti artikel ini untuk ketahui mengenai penyakit kanser prostat tanda dalam kalangan lelaki.
Disebabkan lokasi kelenjar prostat yang dekat dengan pundi kencing dan urethra, antara tanda awal kanser yang boleh diperhatikan ialah masalah ketika membuang air.
Walau bagaimanapun, simptom ini hanya akan muncul jika kanser tersebut membesar lalu menekan saluran urinari.
Namun, kanser yang telah menekan saluran urinari selalunya telah berada dalam tahap yang serius. Oleh sebab itu, jika pesakit mengalami sebarang masalah urinari, ia selalunya berpunca daripada penyakit lain.
Sebagai contoh, lelaki boleh menghidap masalah prostat membengkak atau BPH. BPH juga boleh menyebabkan masalah seperti kesukaran untuk kencing, kencing tidak lawas dan sebagainya.
Selain itu, tanda awal lain untuk masalah BPH ialah:
Jika kanser prostat telah merebak ke kawasan lain, ia boleh menyebabkan simptom seperti:
Simptom di atas bukan sahaja boleh berlaku disebabkan kanser prostat tanda ini juga mungkin kerana masalah kesihatan lain.
Oleh sebab itu, berjumpalah doktor dengan segera dan dapatkan rawatan secepat mungkin.
Penghidap kanser prostat yang serius akan mengalami simptom yang lebih banyak berbanding pesakit biasa. Ini kerana kanser tersebut telah merebak daripada prostat ke kawasan badan yang lain.
Ketika ini, kanser tersebut dikatakan telah mengalami metastasis. Ada banyak rawatan sedia ada yang boleh dilakukan untuk mengurus kanser yang telah merebak.
Rawatan tersebut bukan sahaja mampu membunuh sel kanser, ia juga dapat membantu pesakit mengawal kesakitan yang dialami.
Antara tanda kanser prostat yang serius ialah:
Tidak ada cara untuk mengesan kanser prostat melainkan berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Sebagai langkah berjaga-jaga, berjumpalah dengan doktor jika anda berusia 50 tahun ke atas lebih-lebih lagi jika anda mempunyai ahli keluarga yang menghidap kanser yang sama.
Ketahuilah, 1 daripada 8 lelaki akan didiagnosis dengan kanser prostat sekali seumur hidup.
Hingga hari ini, punca sebenar kanser prostat masih belum diketahui. Namun, faktor seperti usia, keturunan dan bangsa memainkan peranan yang penting dalam risiko kanser prostat.
Ada beberapa langkah yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan risiko kanser prostat. Sebagai contoh:
Untuk mengesan kanser prostat tanda awalnya perlulah diperhatikan dengan teliti. Kadangkala, simptom awal kanser prostat menyerupai masalah urinari.
Oleh sebab itu, ramai yang bertindak mengabaikan simptom tersebut sehinggalah kanser menjadi serius.
Jika anda risau mengenai sebarang perubahan pada fizikal anda, berjumpalah doktor secepat mungkin untuk melakukan diagnosis. Masalah yang anda alami mungkin berpunca daripada kanser atau kesan penyakit lain yang kurang serius.
Namun, jika benar ia merupakan kanser prostat, dapatkan rawatan secepat mungkin. Rawatan yang diberikan bergantung kepada beberapa faktor seperti tahap kanser dan juga tahap kesihatan pesakit.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen