Membuang air kecil merupakan satu perbuatan yang dilakukan sehari-harian. Namun, tahukah anda sebenarnya berapa kali kencing normal dalam sehari?
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group
Membuang air kecil merupakan satu perbuatan yang dilakukan sehari-harian. Namun, tahukah anda sebenarnya berapa kali kencing normal dalam sehari?
Persoalan ini mungkin tidak kerap timbul kerana kebanyakan individu cenderung untuk pergi ke tandas hanya apabila sudah rasa ia berada di penghujung.
Untuk pengetahuan anda, sebenarnya ada panduan mengikut usia tentang berapa kali kencing normal dalam sehari. Jom bersama teruskan membaca artikel dengan lebih mendalam lagi.
Pundi kencing manusia adalah organ yang boleh mengembang. Ia akan diisi oleh air kencing setelah ditapis oleh buah pinggang dan perlu dibuang selepas penuh.
Organ ini mengandungi reseptor yang berhubung dengan otak di mana ia akan menghantar isyarat jika pundi kencing masih lagi kosong atau sudah penuh.
Ada satu ‘titik aras’ yang menentukan keperluan untuk membuang air kecil. Ia mungkin tidak perlu penuh terlebih dahulu sebelum anda rasa ingin terkencing.
Sebenarnya, pundi kencing anda masih boleh menahan air kencing daripada keluar apabila ia sudah penuh di mana otot sekitarnya akan mula mengembang.
Pun begitu, anda juga perlu tahu bahawa tabiat gemar menahan kencing itu adalah tidak bagus!
Seperti mana yang telah dinyatakan di atas tadi, pundi kencing akan dipenuhi dengan air kencing namun proses ini tentu sahaja akan memakan sedikit masa.
Masa yang diperlukan untuk organ ini penuh adalah berbeza mengikut individu berdasarkan beberapa faktor seperti usia atau kuantiti minuman yang diminum.
Berikut adalah kekerapan berapa kali kencing normal dalam sehari berlandaskan faktor usia:
Pun begitu, kiraan ini hanyalah sekadar purata normal yang mungkin tidak akan tepat bagi setiap individu. Dapatkan nasihat doktor untuk tahu dengan lebih lanjut.
Berkaitan dengan perkara di atas, persoalan berapa kali kencing normal dalam sehari ini juga mempunyai jawapan bervariasi bergantung kepada individu itu sendiri.
Ia dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti usia, kuantiti minuman yang diminum atau keadaan kesihatan lain yang membabitkan sistem perkumuhan individu.
Bagi golongan bayi dan budak yang mempunyai pundi kencing bersaiz kecil, mereka mungkin perlu kencing 6 ke 8 kali sehari atau lebih daripada itu.
Bagi golongan kanak-kanak terutamanya yang sedang menjalani latihan tandas, mereka mungkin perlu kencing 10 kali sehari atau lebih daripada itu.
Bagi golongan dewasa, mereka mungkin perlu kencing 6 ke 7 kali sehari dan masih dianggap normal jika terpaksa ke tandas hampir 10 kali.
Sekiranya jumlah itu terkurang atau terlebih, ia mungkin diakibatkan oleh beberapa kondisi:
Mungkin akan ada ketika di mana anda terpaksa menahan daripada membuang air kecil angkara situasi tertentu seperti ketiadaan tandas yang berhampiran.
Jangan risau kerana anda tidak semestinya perlu kencing tepat pada masanya dan air kencing ini masih boleh ditahan daripada keluar namun ada had tempoh masa untuknya.
Menurut kajian, pundi kencing anda mungkin mampu untuk tahan kencing sehingga 10 jam sebelum organ ini mengalami kerosakan yang berbahaya.
Pun begitu, adalah sangat tidak disarankan untuk anda menahannya lebih-lebih lagi jika ia terlalu lama dan cenderung dilakukan berulang kali.
Bahaya menahan air kecil daripada keluar ini juga mungkin tidak akan nampak dengan segera kerana ia lebih bersifat jangka masa panjang.
Sehingga kini, masih belum ada kes kematian direkodkan akibat tabiat menahan diri daripada terkencing walaupun dalam jangka masa panjang.
Pun begitu, ada kes yang unik membabitkan individu itu sudah terbiasa dan tidak lagi berupaya untuk kencing lantas mengakibatkan pundi kencing pecah.
Akibatnya, ia mungkin boleh menyebabkan maut jika anda tidak segera mendapatkan rawatan!
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen