backup og meta

Jom Ikuti 7 Tip Ini Untuk Sistem Perkumuhan Yang Sihat! #4 Paling Penting

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 13/02/2023

    Jom Ikuti 7 Tip Ini Untuk Sistem Perkumuhan Yang Sihat! #4 Paling Penting

    Semua individu pasti menginginkan untuk memiliki sistem perkumuhan dan penyahtinjaan yang sihat bukan?

    Ini bertujuan untuk mengurangkan risiko terkena penyakit berkaitan sistem ini termasuklah jangkitan salur kencing, sumbatan batu karang dan lain-lain.

    Disebabkan itu, adalah sangat penting untuk kalian semua mengikuti tip-tip yang bakal kami berikan ini agar kesihatan and berada pada tahap terbaik.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan Urologi, anda boleh klik di sini.

    Kenapa sistem perkumuhan yang sihat itu penting?

    Ramai yang mungkin sangka bahawa kesihatan tubuh badan itu bermula daripada sistem penghadaman yang baik.

    Ya, ia tidak dapat disangkal lagi namun ada satu lagi perkara yang perlu kalian berikan perhatian yakni sistem perkumuhan.

    Untuk pengetahuan anda, ia adalah satu program atau proses yang melibatkan pengeluaran najis dan tinja daripada tubuh badan.

    Ia termasuklah air kecil, air besar dan sebagainya yang keluar daripada tubuh badan anda kerana tidak lagi diperlukan.

    Jika sistem ini terjejas, akan berlaku pelbagai masalah berkaitan kesihatan buat anda dan ia perlu dijaga dengan sebaik mungkin.

    Bagaimana? Boleh ikuti tip-tip berikut!

    Bagaimana mendapatkan sistem perkumuhan sihat?

    Ia bukanlah sekadar minum air 8 gelas sehari, jom ikuti tip-tip yang berikut:

    #1. Kawal pengambilan garam

    kencing, buang air kecil

    Tidak dinafikan bahawa garam adalah salah satu daripada ramuan utama dalam masakan dan tanpanya maka tidak lengkaplah sebuah hidangan.

    Pun begitu, anda mungkin perlu mengurangkan pengambilan garam kerana ia boleh membuat tubuh badan rintang terhadap air.

    Dalam erti kata lebih mudah, garam yang terlalu banyak mungkin boleh menyebabkan kekurangan air dalam tubuh badan.

    Selain itu, ia juga boleh meningkatkan risiko tekanan darah tinggi yang seterusnya akan membawa kepada masalah organ buah pinggang.

    Ekoran itu, masalah seperti sumbatan batu karang mungkin boleh berlaku dan ia wajar dielakkan sebelum melarat dengan lebih teruk.

    Baca juga:

    #2. Kawal pengambilan gula

    Selain garam, gula juga adalah satu aspek dalam masakan terutamanya minuman yang sangat penting untuk membawa rasa manis.

    Tidak perlu dijelaskan lagi, kita semua sudah tahu bahawa pengambilan gula yang terlalu banyak boleh menyebabkan gula dalam darah tinggi.

    Akibatnya, anda akan lebih mudah terkena penyakit kencing manis yang sekali gus akan menjejaskan keupayaan badan untuk membuang air kecil dengan baik.

    #3. Kawal pengambilan kafein

    tanda kencing manis tinggi

    Bukan sahaja minuman bergula, minuman berkafein juga haruslah dikawal pengambilannya untuk badan yang lebih sihat.

    Ini kerana pengambilan minuman bersifat diuretik ini yang terlalu banyak boleh menyebabkan masalah tinggi kekerapan buang air kecil.

    Jika dibiarkan berlarutan, maka anda akan mengalami isu dehidrasi yang akan meningkatkan masalah pada sistem ini kelak.

    Jaga sistem perkumuhan dengan #4. Kekal hidrat

    Bercakap tentang dehidrasi, maka adalah sangat penting untuk kalian tahu cara betul untuk mengelakkan kondisi tersebut daripada terjadi.

    Mudah sahaja, anda hanya perlu minum air sekurang-kurangnya 8 gelas cawan sehari.

    Jika jumlah terkurang, maka sedikitlah air dalam tubuh badan yang seterusnya menyebabkan masalah sukar untuk kencing.

    Jika ia terlebih, maka air dalam tubuh badan akan terlalu banyak lantas mengakibatkan anda terpaksa kerap ke tandas.

    Dehidrasi juga akan membawa kepada masalah kronik berkaitan sistem ini seperti jangkitan salur kencing, sumbatan batu karang serta masalah pada organ buah pinggang.

    #5. Banyakkan minum air selepas bersenam

    Tubuh badan akan kehilangan banyak air selepas bersenam atau ketika berada di tempat beriklim panas akibat peluh yang keluar.

    Untuk menggantikan kehilangan ini, sila banyakkan minum air agar badan anda sentiasa berada pada tahap terbaik.

    #6. Berwaspada sebelum, semasa dan selepas seks

    Bakteria penyebab jangkitan salur kencing boleh tersebar melalui hubungan kelamin di antara individu yang sudah dan belum dijangkiti.

    Oleh itu, sila bersihkan alat kemaluan anda setiap kali sebelum dan selepas melakukan seks agar bakteria ini tidak akan merebak.

    Jaga sistem perkumuhan dengan #7. Jangan tahan kencing @ berak

    Akhir sekali, adalah sangat penting untuk kalian tidak menahan keperluan untuk membuang air kecil atau besar.

    Ini kerana perbuatan ini hanya akan menyebabkan tekanan berlebihan pada salur perkumuhan dan akan menjejaskannya.

    Dalam usaha menjaga badan kita agar kekal sihat, sila ikuti 7 tip di atas tadi dan segera berjumpa doktor jika ada masalah okay?

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 13/02/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan