backup og meta

Alami Masalah Kencing Tak Lawas? Ketahui Punca, Simptom & Rawatannya

Alami Masalah Kencing Tak Lawas? Ketahui Punca, Simptom & Rawatannya

Kenapa asyik rasa nak kencing? Masalah kencing tidak lawas atau inkontinens urin merupakan sesuatu yang lazim berlaku dan mengganggu ramai orang daripada pelbagai lapisan usia. 

Sering dikaitkan dengan penuaan, kencing tidak lawas lelaki dan wanita dikatakan merupakan sesuatu yang normal apabila telah meningkat usia.

Walau bagaimanapun, kenyataan tersebut adalah tidak benar sama sekali. Masalah kencing tak lawas boleh dielakkan walaupun ketika di usia tua. 

Jika kondisi ini mengganggu kehidupan seharian, anda boleh berjumpa doktor untuk sesi konsultasi. Malah, ada banyak rawatan yang dapat membantu pesakit yang menderita dengan masalah inkontinens urin.

Kadangkala, perubahan dari segi gaya hidup boleh mendatangkan kelegaan kepada ketidakselesaan yang dialami.

Selain itu, ada juga ubat-ubatan dan produk tertentu yang boleh diambil untuk menyelesaikan masalah ini. Oleh sebab itu, kenapa asyik rasa nak kencing.

Ramai individu yang mengalami masalah inkontinens urin rasa malu untuk bercakap mengenai kondisi mereka. Ada juga yang rasa kondisi ini bukanlah satu masalah yang besar dan boleh baik dengan sendirinya.

Oleh sebab itu, ada pesakit inkontinens urin yang pilih untuk menderita dalam diam. 

Untuk pengetahuan anda, ketidakselesaan yang disebabkan oleh kencing tidak lawas boleh menyebabkan pelbagai masalah dari segi emosi dan psikologi.

Elakkan daripada membiarkan masalah ini menghantui diri anda.

Ketahui punca dan tanda kencing tak lawas serta langkah pencegahan yang anda boleh lakukan untuk mengelakkan ketidakselesaan disebabkan penyakit kencing tidak lawas wanita dan lelaki.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Urologi, sila dapatkannya di sini.

Jenis inkontinens urin

kencing tidak lawas
Jenis-jenis inkontinen dalam kalangan wanita.

Kenapa asyik rasa nak kencing? Apa tanda kencing tak lawas?

Ramai orang yang menghidap inkontinens urin akan mengalami masalah untuk mengawal air kencing. Kadangkala, mereka tidak dapat menahan kencing dengan baik dan ‘terbabas’ sebelum sempat ke tandas.

Ada beberapa jenis inkontinens urin yang anda perlu tahu. Kondisi yang berbeza mungkin perlukan rawatan dan pendekatan yang berlainan. 

  1. Inkontinens stres. Inkontinens jenis ini berlaku apabila terdapatnya tekanan pada kawasan pundi kencing apabila anda batuk, bersin, ketawa atau mengangkat sesuatu yang berat.
  2. Inkontinens terdesak. Rasa hendak kencing secara tiba-tiba dan mudah mengalami kebocoran urin. Kadangkala, anda mungkin perlu ke tandas dengan kerap, lebih-lebih lagi pada waktu malam.
  3. Inkontinens melimpah. Alami kebocoran urin disebabkan pundi kencing yang tidak dapat dikosongkan sepenuhnya.
  4. Inkontinens fungsi. Masalah dari segi mental atau fizikal yang menyebabkan pesakit tidak dapat ke tandas untuk membuang air kecil.
  5. Inkontinens kombinasi. Gabungan dua jenis inkontinens urin yang berlainan.

Apa punca masalah kencing tak lawas?

Kenapa asyik rasa nak kencing?

Masalah inkontinens urin selalunya berlaku apabila otot dan saraf yang membantu pundi kencing untuk berfungsi dengan baik mengalami masalah.

Untuk wanita, peristiwa seperti kehamilan, melahirkan anak dan menopaus boleh menjadi punca kencing tidak lawas.

Selain masalah yang digariskan di atas, ada beberapa punca lain yang mungkin menyumbang kepada inkontinens urin:

1. Berat badan berlebihan punca kenapa asyik rasa nak kencing

Individu yang mempunyai berat badan berlebihan akan mengalami tekanan pada kawasan pundi kencing.

Akibatnya, lama-kelamaan otot pada kawasan tersebut akan menjadi lemah.

2. Alami sembelit

Masalah untuk mengawal pundi kencing boleh berlaku kepada individu yang kerap mengalami sembelit.

Mereka yang sering meneran ketika membuang air besar boleh menyebabkan pundi kencing dan lantai pelvis menjadi semakin lemah. Tekanan dan stres pada otot ini boleh menyebabkan masalah inkontinens urin.

3. Kecederaan pada saraf juga punca kenapa asyik rasa nak kencing

Masalah kesihatan seperti diabetes dan sklerosis berbilang boleh menyebabkan pesakit alami kecederaan saraf pada kawasan pundi kencing, uretra atau lantai pelvis.

4. Pembedahan

Pembedahan yang melibatkan organ reproduktif wanita seperti hysterectomy boleh menyebabkan kecederaan pada kawasan lantai pelvis, lebih-lebih lagi jika pembedahan tersebut melibatkan pengeluaran uterus.

Jika otot pada lantai pelvis tercedera, otot pada pundi kencing tidak dapat berfungsi dengan baik dan menyebabkan masalah inkontinens urin.

5. Jangkitan saluran kencing juga punca kenapa asyik rasa nak kencing

Inkontinens juga boleh berlaku disebabkan jangkitan saluran kencing atau UTI.

Jangkitan ini boleh menyebabkan iritiasi pada kawasan pundi kencing dan menyebabkan anda alami ketidakselesaan dan rasa yang kuat untuk membuang air kecil.

Diagnosis dan rawatan kencing tidak lawas

kencing tidak lawas
Orang lelaki juga boleh mengalami masalah ini.

Langkah pertama yang perlu anda lakukan jika mengalami masalah untuk membuang air kencing ialah dengan berjumpa doktor secepat mungkin.

Doktor akan melakukan beberapa jenis ujian dan menyemak sejarah perubatan anda. Selain itu, beliau juga mungkin akan bertanya beberapa soalan berkenaan simptom yang anda alami dan ubat-ubatan yang sedang diambil.

Jika anda telah melakukan sebarang pembedahan, pastikan anda memberitahu doktor semua informasi tentangnya. Untuk melakukan diagnosis, doktor mungkin akan melakukan ujian seperti:

  1. Ujian urin.
  2. Ujian darah.
  3. Ujian untuk menguji sejauh mana anda boleh mengosongkan pundi kencing.

Selain itu, anda juga mungkin perlu mencatat masa anda perlu ke tandas dan bila anda mengalami kebocoran urin. 

Informasi ini boleh dicatat di dalam ‘bladder diary’ dan amat berguna untuk membantu doktor melakukan diagnosis dan rawatan.

Rawatan pula akan diberikan mengikut jenis inkontinens yang dialami. Kadangkala, gabungan pelbagai jenis rawatan mungkin diperlukan jika pesakit mengalami kencing tidak lawas dan berdarah yang serius.

Pada awal rawatan, doktor akan mecadangkan agar anda melakukan prosedur yang konservatif dan kurang invasif. Jika ia gagal, barulah doktor akan melakukan prosedur lain yang dirasakan bersesuaian.

Sebagai contoh, pesakit mungkin akan diminta untuk melakukan perubahan dari segi gaya hidup, senaman lantai pelvis (senaman kegel) atau melakukan latihan pundi kencing.

Jika kesemua langkah ini tidak menjadi, doktor mungkin akan memberikan ubat-ubatan atau mencadangkan prosedur lain seperti pembedahan.

Ada banyak produk dan alat yang boleh membantu lelaki dan wanita yang mempunyai masalah inkontinens urin untuk hidup dengan lebih selesa seperti: 

  • Seluar atau pad penyerap
  • Kateter
  • Alat yang diletakkan di dalam vagina atau uretra untuk menghalang kebocoran urin

Walaupun penggunaan alat-alat ini bukanlah rawatan untuk kencing tidak lawas, ia dapat membantu anda untuk mengawal inkontinens yang dihadapi dengan lebih baik sebelum menerima rawatan selanjutnya.

Langkah untuk mengelakkan inkontinens urin

kencing tidak lawas
Elakkan merokok kerana ia boleh mengurangkan risiko kencing tak lawas.

Apa cara hilangkan kencing tak lawas?

Kadangkala, kencing tidak lawas berlaku tanpa sebarang amaran. Walaupun kondisi kencing tidak lawas ini sukar untuk dielakkan, namun anda boleh mengambil beberapa langkah untuk mengurangkan risiko inkontinens urin.

Antara cara hilangkan kencing tak lawas adalah:

  1. Melakukan senaman kegel: senaman ini dapat membantu menguatkan kembali otot pada lantai pelvis. Walaupun begitu, senaman ini boleh membuatkan masalah kencing tak lawas jadi semakin teruk jika tidak dilakukan dengan betul. Oleh itu, dapatkan panduan doktor terlebih dahulu. 
  2. Latih pundi kencing anda: Jika anda ingin terkencing, cuba jarakkan masa membuang air dengan hanya ke tandas pada waktu tertentu. Dengan cara ini, pundi kencing dapat menyesuaikan diri dan boleh simpan banyak urin sebelum memberi signal untuk ke tandas lagi.
  3. Turunkan berat badan: Jika anda obes, cuba turunkan berat badan untuk mengurangkan masalah kencing tidak lawas yang dialami. 
  4. Berhenti merokok: Dengan henti merokok bukan mengurangkan ketidakselesaan sahaja tapi juga menurunkan risiko penyakit lain. 

Kesimpulan


Penyakit kencing tak lawas boleh menyebabkan penghidapnya mengalami ketidakselesaan sepanjang hari. Malah masalah ini banyak menghantui kaum wanita berbanding lelaki tanpa mengira usia.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Urinary incontinence. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/urinary-incontinence/symptoms-causes/syc-20352808. Accessed January 4, 2021.
  2. 10 ways to stop leaks. https://www.nhs.uk/conditions/urinary-incontinence/10-ways-to-stop-leaks/. Accessed January 4, 2021.
  3. Urinary Incontinence in Older Adults. https://www.nia.nih.gov/health/urinary-incontinence-older-adults. Accessed January 4, 2021.
  4. Urinary Incontinence. https://www.urologyhealth.org/urology-a-z/u/urinary-incontinence. Accessed January 4, 2021.
  5. Urinary incontinence. https://www.womenshealth.gov/a-z-topics/urinary-incontinence. Accessed January 4, 2021.

Versi Terbaru

03/09/2024

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Annes Nadia


Artikel Berkaitan

7 Sebab Sebenar Di Sebalik Masalah Kencing Malam, Paling Tak Sangka Punca Yang Terakhir!

Sakit Ketika Buang Air Kecil? Jaga-Jaga, Ini Mungkin Tanda Penyakit Kencing Kotor!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 03/09/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan