backup og meta

11 Rawatan & Diagnosis Untuk Kencing Tak Lawas

11 Rawatan & Diagnosis Untuk Kencing Tak Lawas

Terasa pedih semasa membuang air kecil tidak seharusnya dibiarkan terlalu lama kerana anda perlu melakukan ujian air kencing untuk melihat keabnormalan tahap air kencing anda. 

Walaubagaimanapun, rawatan untuk penyakit kerap kencing ini bergantung kepada berapa serius simptom yang dialami. 

Diagnosis untuk inkontinens urin selalunya tidak akan memakan masa yang lama. Malah, ia dapat dilakukan di klinik dan tidak memerlukan sebarang pemeriksaan yang kompleks.

Doktor akan melakukan rawatan yang konservatif terlebih dahulu sebelum melakukan rawatan yang lebih invasif. Sebagai contoh, doktor mungkin akan mencadangkan agar pesakit melakukan perubahan gaya hidup, senaman kegel dan latihan pundi kencing terlebih dahulu.

Jika tidak berkesan, doktor akan memberikan ubat-ubatan yang bersesuaian untuk mengawal inkontinens yang dialami. Jika ubat kerap kencing juga tidak berkesan, barulah doktor akan mencadangkan prosedur yang lebih invasif seperti pembedahan.  

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kencing Tak Lawas, sila dapatkannya di sini. 

Ujian air kencing – Diagnosis dan rawatan untuk inkontinens urin

Pertama sekali, doktor mungkin akan lakukan ujian fizikal untuk menentukan jenis inkontinens yang anda alami. Setiap jenis inkontinens mempunyai simptomnya yang tersendiri.

Ujian fizikal yang dilakukan mungkin merangkumi ujian pelvis, urodynamics, dan juga X-ray atau ultrasound jika diperlukan untuk memeriksa sama ada pesakit alami masalah lain seperti batu karang atau sebarang abnormaliti dari segi anatomi.

Selepas itu, doktor akan menggunakan informasi yang ada untuk menentukan rawatan yang selanjutnya selepas mengambil kira keseriusan inkontinens yang dialami, umur, dan juga keupayaan untuk melakukan rawatan tersebut.

Antara diagnosis dan rawatan yang mungkin akan anda alami untuk merawat inkontinens urin adalah:

1. Ujian air kencing – Analisis urin 

Urinalisis atau analisis urin merupakan sejenis ujian air kencing. Ia boleh mengesan pelbagai jenis penyakit, contohnya jangkitan saluran kencing (UTI), penyakit buah pinggang, diabetes dan banyak lagi. 

Melalui ujian ini, doktor akan memeriksa urin pesakit untuk menentukan punca sebenar inkontinens yang anda alami.

2. Diari pundi kencing (bladder diary)

Dalam masa beberapa hari, cuba catatkan berapa banyak anda minum air. Selain itu, pastikan anda catatkan juga bila anda perlu ke tandas, berapa banyak air kencing yang keluar dan masa yang diperlukan semasa berada di tandas.  

3. Pengiraan residu selepas kencing

Doktor akan meminta pesakit untuk buang air kecil di dalam sebuah bekas bagi menentukan jumlah urin yang keluar. Kemudiannya, doktor akan memeriksa jumlah urin yang tinggal menggunakan kateter ataupun ujian ultrasound.

Jika anda mempunyai jumlah urin yang banyak di dalam pundi kencing selepas membuang air, itu mungkin bermaksud ada halangan pada saluran kencing atau ada masalah dengan otot pundi kencing.

4. Teknik dari segi tingkah laku untuk merawat inkontinens urin

ujian air kencing

Doktor mungkin mencadangkan beberapa teknik yang boleh anda lakukan di rumah untuk mengelakkan masalah inkontinen ataupun mengurangkan  ketidakselesaan yang dialami. Antaranya adalah:

1. Latihan kawalan pundi kencing

Latihan ini sesuai untuk pesakit yang mempunyai masalah menahan kencing. Pada permulaan, bila rasa nak terkencing, cuba tahan dan lewatkan masa anda ke tandas selama 10 minit.

Lakukan latihan yang sama sehinggalah anda perlu ke tandas sekali setiap 2 atau 3 jam. Terapi ini amat efektif untuk merawat penyakit inkontinens urin.

Tujuan latihan ini dijalankan adalah untuk menjarakkan masa membuang air supaya anda tidak perlu ke tandas setiap masa. Latihan ini juga dapat mengurangkan rasa terdesak untuk membuang air dan mengurangkan masalah kebocoran air kencing.

2. Lakukan double voiding untuk elakkan inkontinens urin

Double voiding merupakan satu amalan yang boleh dilakukan untuk mengurangkan inkontinens terdesak.

Teknik double voiding atau mengosongkan pundi kencing dua kali dapat membantu pesakit yang mempunyai masalah untuk membuang air kecil.

Selepas membuang air kecil, tunggu selama beberapa minit. Kemudian, cuba buang air untuk kali kedua.

3. Pelan masa ke tandas

Cuba pelan masa anda untuk ke tandas. Walaupun anda tidak rasa ingin membuang air, cuba latih diri anda untuk pergi ke tandas setiap dua jam atau empat jam sekali. 

4. Jaga pemakanan dan bersenam ubat kerap kencing

Kurangkan pengambilan alkohol, kafein dan makanan berasid. Selain itu, meningkatkan aktiviti fizikal dan menurunkan berat badan juga boleh mengurangkan masalah inkontinens urin.

5. Lakukan senaman otot lantai pelvis

ujian air kencing

Antara senaman yang baik adalah senaman kegel. Ini amat bermanfaat untuk pesakit inkontinens urin terutamanya yang menghidap inkontinens stres.

Jika anda ingin mulakan senaman kegel, berhubunglah dengan doktor anda terlebih dahulu. 

Mereka boleh membantu anda untuk mengenal pasti sama ada anda menggunakan otot yang betul semasa melakukan senaman kegel ini. 

6. Ubat masalah kerap kencing dengan stimulasi elektrikal

Stimulasi elektrikal yang sederhana dapat membantu pesakit yang menghidap inkontinens stress atau inkontinens terdesak. Walau bagaimanapun, stimulasi menggunakan elektrod ini mungkin perlu dilakukan beberapa kali dalam beberapa bulan.

7. Ubat-ubatan untuk merawat inkontinens urin

Ada beberapa ubat yang boleh dibekalkan oleh doktor untuk merawat inkontinens:

1. Alpha blockers

Dalam kalangan lelaki dengan masalah inkontinens melimpah atau inkontinens terdesak, ubat ini dapat membantu mengendurkan otot pelvis. Apabila otot mulai relaks, jumlah urin yang boleh disimpan di dalam pundi kencing juga bertambah.

Oleh sebab itu, pesakit dapat menahan kencing dengan lebih lama dan tidak perlu ke tandas berkali-kali.

2. Estrogen topikal

Wanita boleh menggunakan estrogen topikal yang berdos rendah di dalam bentuk krim, cincin ataupun pelekat. Estrogen topikal ini dapat membantu untuk menguatkan semula tisu pada kawasan uretra dan vagina.

3. Anticholinergics

Anticholinergics merupakan sejenis ubat yang boleh merawat masalah pundi kencing terlebih aktif. Selain itu, ia juga dapat membantu pesakit yang mempunyai penyakit inkontinens terdesak.

8. Penggunaan alatan medikal

Ada beberapa jenis alatan medikal yang boleh membantu wanita dengan masalah inkontinens urin. Antaranya:

  1. Urethral insert – Sejenis alat seperti tampon yang boleh dimasukkan ke dalam urethra sebelum melakukan aktiviti seperti bersukan, atau apa-apa juga aktiviti yang boleh menyebabkan kekerapan kencing. 
  2. Pessary – Sejenis cincin yang boleh dimasukkan di dalam vagina dan boleh dipakai sepanjang hari. Selalunya, alat ini digunakan oleh wanita yang mengalami masalah rahim jatuh.

9. Terapi intervensi kurangkan simptom inkontinens urin

Terapi intervensi juga dapat membantu pesakit yang menghidap inkontinens. Sebagai contoh:

1. Bulking material injection

Sejenis bahan sintetik akan disuntik ke dalam tisu yang mengelilingi uretra. Material ini dapat membantu uretra kekal tertutup dan mengurangkan kebocoran urin. Rawatan ini tidak mempunyai keberkesanan seperti pembedahan, dan perlu dilakukan berkali-kali.

2. Suntikan botox

Suntikan botox ke dalam otot pundi kencing dapat membantu pesakit yang mempunyai penyakit pundi kencing terlebih aktif. Walau bagaimanapun, botox hanyalah akan diberi kepada individu yang telah menerima beberapa rawatan, tetapi tidak berjaya.

3. Stimulator saraf

Alat yang menyerupai perentak jantung ini akan dimasukkan ke dalam kulit pesakit untuk memberikan signal elektrikal kepada saraf yang terlibat dengan kawalan pundi kencing. Jika terapi lain tidak berkesan, penggunaan stimulator saraf ini dapat membantu untuk elak kebocoran.

10. Pembedahan

Jika rawatan lain tidak dapat membantu pesakit dengan masalah kencing tak lawas, beberapa jenis prosedur pembedahan boleh dilakukan untuk merawat punca inkontinens urin.

Walau bagaimanapun, sebelum melakukan apa-apa prosedur pembedahan, pastikan anda berbincang mengenai baik buruk rawatan tersebut.

Jika anda bercadang untuk mengandung pada masa hadapan, pembedahan mungkin akan menjadi sukar. Oleh sebab itu, anda mungkin perlu menunggu sehingga melahirkan anak sebelum melakukan pembedahan.

11. Penggunaan pad penyerap dan kateter urin

ujian air kencing

Penggunaan alat dan produk tertentu juga dapat membantu pesakit supaya kekal selesa walaupun menghidap inkontinens urin. Sebagai contoh, pesakit boleh gunakan pad penyerap dan juga kateter urin untuk memudahkan hidup mereka.

Produk yang paling popular ialah pad penyerap. Sama seperti pad wanita dan lampin kanak-kanak, ia mempunyai teknologi yang sama untuk memastikan kulit kekal kering.

Pesakit yang mempunyai kebocoran urin yang sederhana boleh memakai pad yang nipis. Sementara pesakit yang alami inkontinens yang teruk selalunya bersaiz besar.

Selain itu, anda juga boleh memakai kateter jika mempunyai masalah untuk mengosongkan pundi kencing. Kateter merupakan sejenis tiub kecil yang akan dimasukkan ke dalam uretra beberapa kali sehari untuk kosongkan pundi kencing.

Kesimpulan

Mungkin sukar untuk pesakit mencari ubat atau penyakit inkontinens urin atau masalah kerap kencing yang dialami. Walau bagaimanapun, dengan bantuan pakar, anda boleh menjalani hidup yang lebih selesa selepas melakukan rawatan yang bersesuaian.

Oleh sebab itu, pastikan anda berjumpa doktor untuk rawatan lanjut. Jangan sesekali diamkan masalah inkontinens urin yang dialami ya!

[embed-health-tool-heart-rate]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Brigham and Women’s Hospital. n.d. Diagnosis, Treatment and Prevention of Urinary Incontinence. Accessed December 18, 2020. https://www.brighamandwomens.org/obgyn/urogynecology/diagnosis-treatment-and-prevention-of-urinary-incontinence.
  2. Mayo Clinic. 2019. Urinalysis. October 23. Accessed December 18, 2020. https://www.mayoclinic.org/tests-procedures/urinalysis/about/pac-20384907.
  3. —. 2019. Urinary incontinence. April 13. Accessed December 18, 2020. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/urinary-incontinence/diagnosis-treatment/drc-20352814.
  4. NHS. 2019. Non-surgical treatment. November 7. Accessed December 18, 2020. https://www.nhs.uk/conditions/urinary-incontinence/treatment/.
  5. Stanford Health Care. n.d. Urinary Incontinence Diagnosis. Accessed December 18, 2020. https://stanfordhealthcare.org/medical-conditions/primary-care/urinary-incontinence/diagnosis.html.

 

Versi Terbaru

05/10/2022

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: [email protected]


Artikel Berkaitan

Ada 5 Jenis Masalah Kencing Tidak Lawas, Mana Satu Yang Mungkin Anda Pernah Alami? 

Biasa Alami Kencing Tidak Lawas? Ini Tanda, Punca Dan Rawatan Yang Anda Perlu Tahu


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 05/10/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan