backup og meta

Waspada Dengan Simptom-Simptom GERD Ini, Gejala No. 5 Mungkin Paling BAHAYA!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 01/03/2024

    Waspada Dengan Simptom-Simptom GERD Ini, Gejala No. 5 Mungkin Paling BAHAYA!

    Terdapat banyak simptom GERD yang boleh berlaku dan berulang kepada penderita penyakit ini. Persoalannya, apakah dia gejala yang paling berbahaya kepada individu? Jom baca artikel ini!

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Sistem Penghadaman, anda boleh klik di sini.

    Apa maksud sebenar di sebalik kondisi GERD?

    Ramai orang yang mungkin kurang pasti tentang beza GERD dan gastrik. Untuk pengetahuan anda semua, kedua-dua kondisi ini adalah berbeza dan tidak pula berkaitan di antara satu sama lain.

    Gastrik merupakan kondisi di mana sistem penghadaman anda rasa tidak selesa ekoran lapisan perut yang mengalami keradangan. Ia juga sering kali dikaitkan dengan tabiat makan lambat serta perut berangin.

    Manakala GERD atau asid refluks pula adalah keadaan kesihatan di mana asid di dalam perut mengalir kembali lantas keluar ke saluran esofagus – tiub yang menghubungkan bahagian mulut dan perut.

    simptom gerd
    GERD menyebabkan rasa sakit perut dan dada.

    Kebanyakan individu yang menghidap masalah GERD juga mungkin tidak menyedarinya sehinggalah gejala menjadi semakin teruk.

    Bagi mencegah asid refluks pada tahap yang lebih teruk, anda bukan sahaja perlu mengelak jenis makanan punca GERD malah perlu memahami mengenai simptom GERD dengan lebih dalam lagi.

    Ini antara simptom GERD yang paling umum

    Sekiranya anda tidak tahu atau masih keliru tentang ketidakselesaan pada perut, ada cara untuk mengenali mana satu simptom GERD, gastrik angin, ulser peptik, pedih ulu hati atau ketidakhadaman.

    Walaupun hanya berada di rumah, anda boleh lihat beberapa tanda tanda GERD teruk seperti yang berikut:

    #1. Rasa mual-mual dan muntah-muntah

    Pertama dan paling umum, anda bakal rasa ketidakselesaan yang agak teruk pada perut dan dada. Ini adalah angkara asid di dalam perut itu refluks atau keluar ke atas melalui saluran esofagus.

    Kesannya, penderita penyakit ini akan rasa loya yang melampau dan kemudiannya akan berkesudahan dengan muntah.

    Simptom GERD #2. Sukar bernafas

    Kedua, kondisi ini turut bakal menyebabkan individu sukar bernafas selain batuk, lelah dan sesak nafas (dyspnea).

    Apabila asid perut refluks melepasi saluran esofagus, ia juga secara tidak sengaja akan memasuki paru-paru. Ini akan merengsakan kawasan organ itu sekali gus menyebabkan masalah pernafasan.

    Apa yang lebih membimbangkan, masalah GERD turut dikaitkan sebagai pencetus kepada asma. Maka, individu yang menghidap kedua-dua kondisi ini mempunyai risiko komplikasi lebih tinggi.

    Simptom GERD #3. Mulut berbau

    simptom gerd
    GERD menyebabkan masalah mulut dan nafas berbau.

    Ketiga, GERD juga akan menyerang satu lagi perkara melibatkan sistem pernafasan dengan membuat mulut berbau.

    Buat anda yang belum tahu, perut merupakan ‘rumah’ kepada pelbagai jenis bakteria. Ketika asid perut refluks keluar, makanan yang gagal dicernakan itu akan kembali semula ke saluran esofagus.

    Dengan pengumpulan makanan itu bersama dengan bakteria yang tinggal di dalam mulut, ia akan mengakibatkan individu mengalami masalah mulut berbau dan sekali gus menjejaskan kehidupan.

    #4. Sukar menelan makanan dan minuman

    Tidak cukup dengan itu, antara simptom GERD lain termasuk juga kesukaran setiap kali menelan makanan dan minuman selain air liur yang rasa seolah tersekat dengan sesuatu di dalam tekak.

    Sebenarnya, sekatan atau halangan itu berpunca daripada asid perut yang refluks dari saluran esofagus. Jika berlaku dengan kerap, ia boleh mengakibatkan iritasi dan komplikasi seperti dysphagia.

    tekak rasa sakit
    Punca tekak rasa sakit setiap kali telan air liur.

    #5. Munculnya ketulan di tekak/kerongkong

    Paling berbahaya, simptom GERD yang paling teruk mungkin boleh mengakibatkan sehingga munculnya seperti bentuk ketulan di kawasan tekak atau kerongkong tanpa anda tahu puncanya.

    Fenomena ini dinamakan sebagai sensasi globus – rasa seakan-akan ada sesuatu pada rongga tekak atau kerongkong. Pun begitu, kewujudan ketulan ini tidak dapat dipastikan benar ada atau tidak.

    Apa yang pasti, GERD akan menyebabkan asid perut refluks ke dalam larinks dan farinks, lalu menyebabkan hal ini.

    Terdapat beberapa gejala GERD yang berbahaya, antaranya adalah seperti berikut:

    • Rasa loya dan muntah
    • Sudah bernafas
    • Nafas berbau
    • Kesukaran menelan
    • Muncul ketulan di tekak/kerongkong

    Sekiranya anda sering kali mengalami gejala-gejala di atas, ia mungkin petanda penyakit GERD sedang menyerang.

    Ada kemungkinan untuk ia kembali semula di masa hadapan jika anda tidak mengamalkan cara menyembuhkan penyakit gerd dengan cepat. Jadi, jangan ambil mudah kondisi ini ya?

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 01/03/2024

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan