backup og meta

Rasa Pedih Ketika Kencing Selepas Seks? Mungkin Anda Terkena Jangkitan Saluran Kencing

Rasa Pedih Ketika Kencing Selepas Seks? Mungkin Anda Terkena Jangkitan Saluran Kencing

Mengalami jangkitan saluran kencing (UTI) selepas seks adalah keadaan biasa yang berlaku pada wanita. Ini yang perlu anda fahami mengapa masalah UTI cenderung untuk dialami. 

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Urologi, sila dapatkannya di sini.

Jangkitan saluran kencing

Kehamilan dan jangkitan kelamin (STD) bukanlah satu-satunya kesan selepas seks.

Bagi sesetengah wanita, jangkitan saluran kencing juga boleh menjadi antara kesannya. 

Keadaan anatomi tubuh dikatakan sebagai punca mengapa UTI atau turut dikenali sebagai jangkitan pundi kencing lebih kerap dialami wanita berbanding lelaki. 

Walau bagaimanapun, langkah berjaga-jaga yang betul akan dapat membantu mengurangkan risiko ia terjadi kepada anda. 

Punca UTI selepas seks?

Uretra adalah tiub di mana air kencing dikeluarkan daripada tubuh melalui pundi kencing.

Bagi wanita, tiub ini umumnya lebih pendek, menjadikan bakteria lebih cepat dan mudah memasuki bukaan dan menyusup masuk ke pundi kencing. 

Bakteria yang menyebabkan UTI hidup di kawasan sekitar dubur dan hubungan seks boleh membawanya ke arah depan (faraj).

Keadaan itu membolehkan bakteria naik ke uretra, seterusnya ke pundi kencing dan membiak. Akhirnya berlakunya jangkitan saluran kencing.

selepas seks

Apakah simptom UTI?

Sudah tentu gejalanya akan berkaitan dengan kekerapan dan kualiti air kencing.

Wanita yang menderita jangkitan ini sama ada mereka mengalaminya selepas seks atau cara lain, akan mempunyai keinginan kuat untuk membuang air kecil.

Selain itu, anda mungkian akan perasan nanah keluar daripada uretra dan mungkin mengalami kesakitan serta sensasi terbakar semasa kencing merupakan antara simptomnya. 

Individu dengan jangkitan saluran kencing juga mungkin akan demam, menggigil, sakit pada bahagian belakang atas, sisi atau sekitar pinggul.

Risiko jangkitan saluran kencing selepas seks

Anda mungkin tidak akan mengalami UTI setiap kali selepas melakukan hubungan intim. Tetapi anda mungkin berasa seperti dijangkiti jika sering mengalami jangkitan ini.

Seks sememangnya boleh menjadi pencetus kepada jangkitan pundi kencing ini. 

Bahkan, jangkitan ini turut diberikan nama jolokan honeymoon cystitis – merupakan nama lain untuk jangkitan pada pundi kencing – berlaku kerana hubungan seksual yang kerap.

Punca lain untuk mendapat jangkitan UTI berulang adalah:

Lelaki juga berisiko untuk dijangkiti UTI, cuma ia lebih jarang untuk berlaku berbanding wanita

selepas seks

Mencegah UTI jika aktif secara seksual

Anda tidak perlu menolak ajakan seks untuk mencegah jangkitan ini. 

Berikut ada beberapa langkah yang boleh diambil untuk meminimumkan risiko pembiakan bakteria dan mengurangkan kecenderungan mendapat jangkitan saluran kencing selepas seks.

1. Buang air sebelum dan selepas

Tindakan ini boleh membantu membersihkan sistem dan mencegah bakteria daripada memasuki saluran kencing. 

2. Cuci kemaluan

Bersihkan kawasan kemaluan dan dubur. Pastikan anda mengelap daripada depan ke belakang sahaja.

Lakukannya sebelum dan selepas hubungan kelamin.

3. Kekal terhidrat

Pastikan pengambilan cecair anda mencukupi. 

Anda juga digalakkan untuk meminum segelas air selepas melakukan hubungan seks. Ia dapat membantu membersihkan saluran kencing anda daripada bakteria yang tidak diingini. 

4. Pelincir faraj

Jika faraj kering, anda disarankan untuk menggunakan pelincir faraj

Ini kerana geseran semasa hubungan seksual boleh merengsakan uretra. 

5. Kawalan kontraseptif

Pertimbangkan untuk menggunakan alat kawalan kelahiran tertentu.

Jika anda terdedah kepada jangkitan saluran kencing, elakkan daripada menggunakan kaedah diafragma atau spermisida sebagai pilihan pencegahan kehamilan.

Ini kerana ia boleh menyebabkan kemasukan bakteria jahat dan membunuh bakteria baik yang berfungsi menjaga kesihatan faraj.

6. Elakkan meruang

Hindari tabiat meruang (douche), semburan atau meletakkan sebarang serbuk pada kawasan kemaluan.

Tindakan tersebut boleh menyingkirkan bakteria pelindung dalam faraj sekali gus meningkatkan risiko jangkitan UTI.

selepas seks

Elakkan seks untuk sementara waktu

Secara amnya, jika anda mengalami jangkitan saluran kencing, anda amat dinasihatkan untuk tidak melakukan sebarang aktiviti persetubuhan buat sementara.

Sekiranya perlu, anda boleh bertanyakan kepada doktor bilakah masa yang tepat dan sesuai untuk meneruskan dan melakukan aktiviti seksual.

Tidak boleh melakukan hubungan seks bukanlah bermakna anda harus mengelakkan sebarang hubungan romantis dengan pasangan.

Ciuman, pelukan manja dan sebarang hubungan intim dan emosi lain masih boleh dilakukan.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Did my partner get her bladder infection from me? https://www.health.harvard.edu/diseases-and-conditions/did-my-partner-get-her-bladder-infection-from-me. Accessed on Dec 12, 2020. 

I keep getting urinary tract infections after I have sex with my boyfriend. I’ve tried drinking a lot of liquids but that doesn’t help. Is there anything I can do to stop the pain? https://youngwomenshealth.org/2015/08/03/i-keep-getting-urinary-tract-infections/. Accessed on Dec 12, 2020. 

Recurrent Urinary Tract Infections Management in Women. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3749018/. Accessed on Dec 12, 2020. 

Urinary Tract Infections. https://kidshealth.org/en/teens/uti.html. Accessed on Dec 12, 2020. 

Urinary Tract Infections. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/urinary-tract-infection/symptoms-causes/syc-20353447. Accessed on Dec 12, 2020. 

Versi Terbaru

16/07/2023

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Kerap Kencing Tanda Penyakit! Lagi-lagi Kalau Alami 8 Simptom Ini, Kena Cepat Rawat

Perasan Tak Warna Alat Sulit Kita Berbeza Dengan Kulit Badan? Ini Rupanya Punca Kejadian!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 16/07/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan